GSA adalah singkatan kepada Gold Storage Account. Ini adalah akaun untuk anda beli emas, jual emas, simpan emas, tukar kepada emas fizikal dan transfer emas digital kepada akaun Quantum Metal pihak lain. Dengan kata lain, bila ada yang bertanya di mana hendak beli emas di Quantum Metal misalnya, jawapannya adalah semua itu boleh dilakukan melalui akaun GSA Quantum Metal. Harap maklum ya. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan Quantum Metal di artikel ini. Anda boleh baca panjang lebar tentang Quantum Metal di link ini. Saya ingin terus kepada topik perbincangan tajuk posting ini iaitu tentang GSA Quantum Metal.
Cara Beli Emas Quantum Metal
- Sila klik pada menu GSA;
- QM Sell – Sila klik di sini untuk beli emas.
- QM Buy – Sila klik di sini untuk jual emas.
- Physical Withdrawal – Sila klik di sini untuk jual emas dan dapatkan emas fizikal minima 0.01gram. Tidak digalakkan kerana kos untuk mendapatkan emas fizikal akan dikenakan cas cas tambahan kerana upah menghasilkan emas bar dan kos penghantaran termasuk insurans. Kalau anda tidak kisah, dipersilakan.
- Transfer – Anda boleh transfer emas anda dalam bentuk gram@cash kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun GSA dengan Quantum Metal dengan minima RM1.
Pasti akan ada yang bertanya, kenapa kita hendak beli emas Quantum Metal kena klik pada QM Sell pula? Anda kena faham QM Sell bermaksud pihak Quantum Metal menjual emas anda anda. Sedangkan QM Buy pula bermaksud pihak Quantum Metal membeli emas dari anda. Jelas? Harap anda tidak terkeliru ya.
Minima pembelian emas Quantum Metal adalah RM10. Setiap pembelian emas dikenakan spread sebanyak 7% dari harga yang dijual. Spread inilah jumlah keuntungan yang pihak Quantum ambil dan dapat. Contoh. Katakan harga pasaran emas 1 gram semasa adalah RM250. Maka harga emas yang Quantum Metal jual kepada anda adalah RM250 + [ 7%xRM250] = RM250 + RM17.5 = RM267.50. Dengan kata lain, harga akhir anda beli emas adalah bernilai RM267.50 untuk 1 gram yang sudah termasuk kos spread iaitu keuntungan untuk pihak Quantum Metal.
Kalau anda ingin menjual emas anda, anda kena klik pada QM buy ya. Bagaimana dengan harga jualan pula? Harga jualan adalah mengikut harga pasaran dan tidak dikenakan apa apa cas spread. Kalau harga pasaran emas adalah RM250 untuk 1 gram. Maka harga jualan adalah RM250 juga. Bahasa mudahnya begini, kalau anda ingin beli emas hari ini, anda kena bayar RM267.50 dan kalau anda ingin jual emas anda hari ini iaitu hari yang sama anda beli, maka harga jualan adalah RM250. Maknanya anda rugi membayar kos spread emas iaitu RM17.50. Jelas ya.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Di atas ini adalah penjelasan ringkas berkenaan cara beli dan cara jual emas di dalam akaun GSA Quantum Metal. Anda berminat untuk buat duit dengan Quantum Metal boleh daftar melalui link di atas ini. Kalau anda ada apa apa soalan yang masih kurang jelas berkenaan apa apa isu, anda boleh ke dalam group Whatsapp kendalian saya untuk saya bantu anda. Saya harap artikel ini memberikan sedikit panduan kepada anda yang masih tidak faham berkenaan akaun Gold Storage Account (GSA) Quantum Metal ini. BYE!!!.