Anda pernah pegang bola sepak? Apa yang anda rasa? Kulit bola sepak sangat tebal dan juga keras. Itu bermakna, untuk menyepak bola sepak, anda perlu menggunakan kasut yang sesuai iaitu kasut bola sepak. Saya pernah menyepak bola sepak menggunakan kaki ayam, memang boleh. Tetapi kaki akan terasa sakit. Lagi lagi kalau terpaksa menyepak untuk membuat hantaran yang jauh. Mungkin anda perasan yang kasut bola sepak ada 2 jenis material. Satu dari jenis kain dan satu lagi dari jenis kulit. Untuk lebih selamat dan tahan lama, sila gunakan kasut bola sepak dari jenis kulit.
Kali pertama saya menggunakan kasut bola sepak jenis kulit adalah ketika saya zaman sekolah rendah. Se ingat saya sewaktu darjah 6. Ketika itu ada pertandingan bola sepak antara “kem askar”. Ayah saya seorang tentera dan semua anak tentera perlu menyertai pertandingan bola sepak antara regimen. Jadi ayah ada belikan sepasang kasut bola sepak yang cantik untuk membuatkan saya terasa berminat untuk bermain bola sepak. Satu pengalaman yang seronok ketika itu kerana berjaya dapat hadiah disebabkan penyertaan.
Beli Kasut Bola Sepak Online
Kalau anda perasan, kasut bola sepak biasanya di tapak ada terdapat seperti bonjolan bulat bulat. Orang sebut benda tu sebagai “studs” yang berperanan memberikan kesan cengkapan pada tanah di padang untuk membuatkan pemain bola sepak boleh berlari dengan tangkas dan cekap. Kita tahu, kasut bola yang mahal dan juga seorang kaki bangku tidak akan dapat memberikan keputusan permainan yang berjaya. Namun keadaan kasut bola sepak yang betul juga memberikan kesan kepada tahap permainan.
Studs ada panjang dan pendek. Yang panjang untuk permukaan padang yang basah dan pendek adalah sebaliknya. Ada studs yang boleh ditanggal, dipasang dan ditukar tukar. Kelebihannya adalah untuk kos jangka panjang dan menjimatkan wang. Anda boleh menukar studs yang baru sahaja selepas studs haus dan menjadi tipis tanpa perlu menukar kasut bola sepak yang baharu. Studs ada diperbuat dari getah, plastik atau besi.
Website Yang Menjual Kasut Bola Sepak
- Lazada – anda juga boleh membeli kasut bola sepak yang bagus di sini
- 11Street – ada sangat banyak pilihan football shoes yang cantik di sini
- Shopee – ada banyak pilihan kasut bola murah bawah RM100 di sini
- Amazon – dapatkan kasut bola berjenama dan berkualiti dari luar negara di sini
Bagi saya, sebagai pemain bola sepak anda perlu peka terhadap keselamatan diri dan juga orang lain. Anda beli dan pakai kasut bola sepak yang anda rasakan cantik semata mata itu adalah tidak bertanggung jawab. Kalau anda memakai kasut bola yang mempunyai studs dari jenis besi dan juga tajam, sila jaga kawalan kaki anda ketika anda menggelecek bola sepak agar anda dan juga pemain yang lain tidak tercedera dari asakan dan juga terjahan yang anda lakukan. Bab ini anda kena faham dan ambil tahu dengan sangat penting. Di atas ini saya kongsikan link untuk anda mencari dan membeli kasut bola sepak idaman anda dengan harga murah. Bye
Leave a Reply