Tujuan utama kegunaan kasut sukan adalah untuk aktiviti bebentuk kesukanan. Ianya dicipta untuk tahan lasak dalam apa jua aktiviti. Namun ramai sahaja yang memakai kasut sukan hanya kerana selesa dan juga gaya. Dan setelah beberapa kali membeli dan memakai kasut sukan ini, saya dapati anda memang tidak boleh pakai main beli sahaja. Ada beberapa kriteria yang perlu anda lihat sebelum membelinya antaranya adalah keselesaan, ruang kelegaan pada jari kaki dan juga kemampuan tekanan (support) ketika kita gunakannya untuk aktiviti yang memerlukan kita melompat atau berlari. Semua ini kena diambil kira.
Saya pernah membeli kasut sukan jenis tapak yang nipis. Terasa bergaya dan mudah untuk saya pakai dan gunakan untuk ke tempat kerja. Namun dari hari ke hari saya dapati walaupun ianya agak cantik pada pandangan saya, ianya sebenarnya tidak sesuai digunakan untuk aktiviti jogging. Kaki akan mudah terasa sakit, letih dan penat kerana ianya tidak mampu menyerap hentakkan ketika kita berlari. Untuk jangka panjang memang tidak bagus untuk kesihatan kaki kita.
Beli Kasut Sukan Untuk Lelaki Dan Wanita Online
Rupa rupanya, setiap kasut sukan yang dihasilkan mempunyai kriteria mereka sendiri seperti Running Shoes, Hiking Shoes, Walking Shoes dan bermacam macam lagi. Ada kesesuaian yang perlu anda ambil kira sebelum memilih membeli mana mana kasut sukan. Jangan salah pilih terutamanya saiz. Ramai orang terkena masalah kaki melecet kerana saiz yang agak sempit. Sebab itulah kita sarankan anda untuk memakai stokin siap siap jika ke kedai kasut. Kalau sudah tahu saiz, maka anda boleh membeli kasut sukan anda secara online sahaja kalau mahu.
Dari pengalaman saya membeli kasut sukan, saya mencadangkan anda membeli mana mana sport shoes yang mempunyai tapak agak tebal, kusyen dalam kasut yang agak lembut, material yang ringan dan tahan lasak. Soal harga pula bergantung kepada bajet anda. Kalau ada wang lebih, dapatkanlah kasut yang berjenama kalau mahu. Kalau bajet wang kurang, ada sahaja kasut sukan yang dijual murah di bawah RM100. Contohnya kedai kasut bata ada banyak sport shoes untuk lelaki dan juga wanita yang bagus, berkualiti tetapi berharga murah bawah RM100.
Website Yang Menjual Sport Shoes
- Lazada – ada sangat pilihan kasut sukan berharga murah di sini
- 11Street – anda juga boleh mencari kasut yang anda inginkan di sini
- Shopee – ada banyak kasut sukan yang dijual bawah RM100 di sini
- Ezbuy – ada banyak pilihan kasut jogging buatan China di sini
- Amazon – anda mahukan kasut jogging berkualiti ada di sini
- Aliexpress – dapatkan kasut sukan murah dan cantik dari China di sini
Pernah tidak anda perasan yang kadang kala anda ke kedai kasut, tetapi pilihan jumlah kasut yang ada agak terhad. Anda kurang berpuas hati dengan rekaan kasut yang ada. Jadi saranan saya, anda membuat carian kasut sukan yang anda mahukan itu melalui website di internet. Dan di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman website yang ada menjual kasut sukan untuk anda survey dan beli secara online. Berminat? Jom lawat sekarang juga. Bye.
Leave a Reply