Percaya atau tidak, fakta terkini menunjukkan rakyat Malaysia adalah pengidap OBESITI NO 1 di asia. Cuba anda fikirkan dan ingat akan negara negara asia. Rasanya kenapa negara Malaysia boleh jadi negara paling ramai yang rakyatnya gemuk dan terlebih berat badan. Kenapa? Salah satu faktor utama adalah kerana corak dan amalan pemakanan kita sendiri. Dan faktor yang kedua adalah kerana negara kita adalah negara yang membangun yang rata rata rakyatnya mempunyai kemampuan kewangan untuk berbelanja dalam soal pemakanan. Bagi saya, dua faktor ini adalah penyumbang utama. Kalau hendak suruh makan nasi beras perang pasti ramai yang buat muka pelik sebab tidak pernah makan.
Tidak percaya? Cuba lihat fakta negara yang paling ramai rakyatnya obesiti. Juaranya adalah negara negara di kawasan negara arab. Bagi saya ada dua faktor utama. Corak pemakanan yang tidak sihat dan keadaan negara yang kaya dan mampu membeli makanan. Rakyat Malaysia memang terbeban dengan kos sara hidup yang lebih kepada terbeban untuk membeli rumah dan juga menyimpan wang. Tetapi dalam soal makan, rata rata rakyat Malaysia memang agak mampu.

Beras perang yang siap belum dimasak
Makan Beras Perang Sesuai Untuk Diet
Dan ditambah dengan corak pemakanan yang tidak sihat seperti masakan bergoreng yang berunsurkan minyak dan masakan berkuah yang lebih kepada berunsurkan santan kelapa. Dua menu ini sahaja kalau dimakan selalu memang boleh menyebabkan gemuk lemak. Sayur? Memang bukan semua orang suka makan. Buah pula sekali sekala sahaja kalau terjumpa gerai atau kedai yang menjual buah. Jarang sekali ternampak menu makanan siap dengan buah buahan. Sayur sayuran pula hanya sedikit sahaja.

Contoh paket brown rice beras perang yang saya beli
Semalam mendengar perkongsian doktor pakar diet. Beliau cakap, ramai orang GAGAL kuruskan badan kerana tiada ilmu atau ilmu yang mereka ada itu tersalah. Contoh mudah, kalau tidak makan nasi langsung pasti boleh kurus. Jawapannya memang betul boleh kurus, tetapi adakah tindakkan tersebut kurus dengan sihat? Dan berapa lama pula boleh kekalkan kurus tersebut? Nanti bila makan nasi pula, naik semula berat badan dan naik lebih dari sebelum ini.
Kata doktor pakar diet saya, kita bukan hendak kurus. Tetapi kita hendak dapatkan badan yang sihat dengan mengekalkan amalan pemakanan yang betul. Ini lagi penting kata beliau. Cepat kurus tetapi cepat naik badan buat apa? Biar kurang berat badan perlahan lahan lebih baik supaya dapat kekal lama.

Contoh beras perang yang ada dijual secara online
Website Untuk Beli Brown Rice/Beras Perang
- Lazada – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini
- 11Street – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini
- Shopee – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini
Kalau sebelum ini suka makan malam pukul 10 malam – 11 malam, selepas ini kita teruskan makan malam tetapi jangan lebih dari pukul 8.30 malam. Ini lebih baik. Makan banyak kali pada waktu siang tetapi dengan kuantiti kecil lebih baik dari makan 2 kali tetapi terus ambil saiz hidangan yang banyak. Saya setuju.
Salah satu yang doktor cadangkan adalah dengan mencuba makan nasi dari beras perang. Kenapa dengan beras perang? Beras perang mempunyai jumlah kanji yang kurang berbanding nasi dari beras putih yang biasa. Jadi kalau kita makan beras perang, sudah tentu kanji iaitu kalori yang dihasilkan adalah rendah dan dapat mengelak kita dari menjadi terlebih berat badan dari nasi putih biasa. Ini salah satu tips sahaja. Bukan wajib pun. Kalau hendak cuba bolehlah. Di mana hendak beli beras perang? Cari sahaja di mana mana pasaraya dengan nama “brown rice” atau beli secara online. Selamat mencuba.
Aku pun tak pernah lagi makan beras perang ni. Sedap ke? Harga dia boleh tahan mahal jugak ni