Zaman emak kita dulu dulu kalau masak air pasti akan gunakan periuk atau cerek air dan di letakkan di atas dapur gas memasak. Kalau tonton drama melayu dulu dulu cukup suka kalau kita dengar cerek air berbunyi yang menandakan air sudah masak. Tetapi selalunya orang pakai cerek masak air yang tiada bunyi pun. Akibatnya selalu sangatlah kalau ada air yang melimpah dan juga kes kes air yang sedang di masak menjadi kering kerana tidak sedar sudah terlalu lama memasak air. Sebab itulah cerek air zaman sekarang lebih banyak gunakan dari jenis cerek elektrik. Anda bagaimana?
Kadang kadang teknologi memang memberikan kita kemudahan. Kes kes masak air melimpah atau menjadi kering sudah hampir tiada lagi jika anda menggunakan cerek air elektrik. Lepas mendidih sahaja terus ianya akan tutup sendiri. Saya tidak pasti apa teknologi yang digunakan. Kalau dari pengalaman baik pulih cerek elektrik yang lalu saya dapati tiada apa apa alat elektronik yang dipasang pada cerek tersebut pun. Tetapi pelik juga bagaimana cerek tersebut boleh tutup suis ketika air sudah mendidih.
Dapatkan Cerek Elektrik Masak Air Murah Di Internet
Kebanyakkan cerek elektrik yang kita gunakan sekarang di rumah adalah dari jenis yang simple sahaja. Student di universiti pun mampu pakai. Mereka akan gunakan cerek tersebut untuk membuat air minuman panas panas dan juga untuk memasak mee makan segera seperti Mi Maggie. Dan biasanya cerek air elektrik ini akan diperbuat dari plastik sahaja. Sebab itu ianya dapat dijual dengan harga agak murah bawah RM50 pun sudah dapat anda beli.
Website Yang Menjual Cerek Air Jenis Elektrik
- Lazada – banyak juga cerek air panas elektrik yang murah dan cantik di sini
- 11Street – ada banyak pilihan kettle elektrik yang anda mahukan di sini
- Ezbuy – anda boleh beli electric kettles buatan China melalui website Malaysia di sini
- Amazon – anda mahukan cerek air jenis elektrik yang berkualiti ada banyak di sini
- Aliexpress – anda mahukan cerek air elektrik yang cantik cantik ada banyak di sini
Tetapi ada orang kata. Kalau bolehlah, sila dapatkan cerek elektrik untuk memasak air dari jenis beli atau kaca kerana ianya lebih selamat diminum. Saya tidak pasti dengan kesahihan cerita tersebut. Anda boleh membuat carian di internet. Cumanya setakat ini yang saya lihat, ada banyak cerek air elektrik yang dijual di pasaran memang dari jenis plastik. Kalau ianya bahaya, sudah tentu pihak berkuasa akan beri amaran dan ianya tidak dibenar dijual di pasaran. Itu pendapat sayalah. Anda berhak dengan pandangan anda. Jom masak air.
Leave a Reply