Saya tahu ramai peniaga online di Malaysia ini masih berminat berniaga melalui sosial media seperti Facebook, Instagram, blog, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Dalam ramai ramai peniaga online tersebut, hanya sebilangan sahaja yang ke arah berniaga secara professional dengan mempunyai kedai online eCommerce Malaysia. Saya tidak katakan anda wajib memiliki online store sendiri untuk berjaya membuat jualan sales puluhan ribuan ringgit. Tetapi mempunyai web store sendiri adalah lebih bagus sebenarnya.
Kaedah biasa menjual di media sosial agak “manual” sebenarnya. Anda memerlukan pembeli untuk membayar secara bank in atau transfer kepada akaun bank anda. Dan kemudian anda perlu untuk membuat pengesahan (verify) dan selepas itu barulah anda pos barang tersebut kepada pembeli. Proses ini dapat anda percepatkan dengan adanya kedai online eCommerce sendiri. Ini kerana selalunya pakej kedai online yang ditawarkan di datangkan dengan sistem pembayaran terus secara online untuk memudahkan pembeli.
Dapatkan Kedai Online eCommerce Malaysia
Pembeli boleh membayar melalui paypal, debit kad atau kredit kad atau menggunakan sistem payment gateway yang lain. Apa apa pun sistem pembayarannya, tujuan adalah untuk memudahkan pembeli membayar anda. Dan perkara paling penting sekali adalah antaramuka paparan kedai online anda. Selalunya kedai online eCommerce mampu memberikan paparan produk anda untuk dilihat oleh pembeli dengan mudah. Pembeli berasa selesa untuk melakukan survey dan anda sebagai pemilik perniagaan pun mudah untuk kemaskini produk anda samada habis, tinggal sedikit atau masih banyak stok.
Kalau anda inginkan kedai online eCommerce professional dan dalam masa yang sama mengenakan bayaran yang menarik, saya cadangkan kepada anda hanya 4 web eCommerce Malaysia di bawah ini untuk anda;
- Shopify – Sistem website e-commerce dari luar negara yang popular dan membuka perkhidmatannya di Malaysia
- SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
- EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes iaitu website hosting yang ternama di Malaysia
- KedaiOnlinez – Salah satu website e-commerce yang ditulis dalam bahasa Malaysia.
Ini perkara yang paling penting yang saya perlu beritahu anda. Majoriti pakej kedai online eCommerce di datangkan dengan mesra SEO. Apa itu mesra SEO? Ianya adalah fungsi yang menyebabkan kedai online anda terpapar dan berada dalam engin carian Google. Tetapi ini tidak sama dengan kedai online dari media sosial. Selalukah anda jumpa kedai online dari media sosial terpapar di Google? Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya bukan? Tetapi masing masing ada kelebihan tersendiri. Nasihat saya, sila buka dan memiliki kedai online eCommerce dan kemudian gunakan sosial media untuk menarik prospek pembeli untuk membeli di kedai online anda. Sekian.
Leave a Reply