Salah satu sebab kenapa smartphone dalam kategori sederhana sekarang ini mendapat permintaan yang tinggi adalah kerana spesifikasinya yang agak baik dan juga faktor penawaran harga yang agak murah. Begitu jugalah dengan telefon pintar dari Huawei ini iaitu Huawei Nova 2i untuk versi Malaysia. Ketika pelancarannya pada 2017, harga permulaan yang ditawarkan adalah berharga RM1299. Dan pada tahun 2018 ini, harganya telah diturunkan menjadi RM1099 sahaja. Walaupun ianya sebuah smartphone yang dilancarkan pada lewat penghujung tahun 2017, apakah ianya masih relevan untuk berlawan dengan smartphone kategori sederhana yang dilancarkan pada tahun 2018 ini dalam kategori harga yang hampir sama?
Sebenarnya saya sendiri kurang menyedari akan kehadiran smartphone Huawei Nova 2i ini. Ini kerana saya hanya berpengalaman menggunakan smartphone keluaran Samsung, Sony dan juga Xiaomi sahaja. Dan ketika artikel ini ditulis, saya sedang menggunakan telefon pintar dari Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan sehingga kini saya masih sangat berpuas hati dengan prestasi smartphone Xiaomi ini. Dan saya memang belum pernah berpengalaman menggunakan mana mana telefon pintar keluaran Huawei. Namun saya tahu yang Huawei sebuah jenama yang besar di dunia.
Review Huawei Nova 2i Malaysia
Dari pembacaan saya, 3 pengeluar smartphone terbesar di dunia di pegang oleh Samsung, Apple dan juga Huawei. Dan ketika ini, 3 perkara yang menarik mengenai Huawei adalah kemampuan CPU dari Kirin, kerjasama kamera dari Leica dan rekaan yang berkualiti. Bagi saya 3 ciri ini adalah sebab kenapa orang sekarang memandang telefon pintar dari Huawei mempunyai kelas yang tersendiri walaupun ianya sebuah telefon pintar dari China. Mudah cerita, kalau negara barat seperti USA ada Apple, South Korea ada Samsung, China pula boleh berbangga dengan smartphone yang berkualiti mereka iaitu Huawei.
Atas sebab itu anda tidak boleh menolak Huawei Nova 2i apabila sedang mencari dan membuat perbandingan tentang apakah smartphone kategori sederhana dalam lingkungan RM1000 yang sesuai untuk diri anda. Saya pasti Huawei Nova 2i dapat memberikan kelebihan yang agak baik kepada pencarian smartphone yang anda inginkan.
Spesifikasi Huawei Nova 2i
- Skrin – 5.93″ Full HD+ with 18.9 ratio
- CPU – Kirin 659 (Octa-core (4×2.36 GHz Cortex-A53 & 4×1.7 GHz Cortex-A53))
- GPU – Mali-T830 MP2
- RAM – 4GB
- Storage – 64GB for internal/256GB with microSD
- Camera Back – Dual 16 MP + 2 MP, phase detection autofocus, LED flash
- Camera Front – Dual 13 MP, f/2.0 + 2 MP
- Battery – 3340mAh
Website Yang Menjual Smartphone Huawei
- Lazada – website Lazada memang mudah untuk beli produk Huawei
- 11Street – salah website yang ramai orang Malaysia gunakan
- Amazon – website luar negara yang terpercaya untuk membeli smartphone
- GearBest – ada sangat banyak smartphone dijual di sini termasuk Huawei
Dari spesifikasi yang saya kongsikan di atas ini pasti ianya menarik minat anda bukan? Untuk tahun 2018 ini, spesifikasi ini pasti akan kekal relevan sehingga tahun akan datang. Kebanyakkan smartphone sekarang akan menggunakan saiz skrin 5.5 inci ke atas. Penggunaan CPU yang jimat tenaga. Kapasiti bateri yang tinggi. Kamera yang bagus depan belakang. Semua ini ada pada Huawei Nova 2i. Dan kalau boleh saya bandingkan, saya akan bandingkan Huawei Nova 2i ini dengan Xiaomi Redmi Note 5 Pro sebagai pesaing paling terdekat untuk kategori harga yang lebih kurang sama. Apa apa pun pilihan terletak di tangan anda. Bye
Leave a Reply