Siapa yang tidak sukakan air batu campur (ABC) betul? Semua orang suka makan ABC. Kecuali yang tidak sukakan makanan yang berunsur sejuk. Dari pengalaman saya, bukan semua penjual abc itu sedap rasanya. Hanya ada tempat tempat tertentu sahaja yang menjual air batu campur yang sedap dan kena dengan lidah kita. Anda pernah memiliki mesin air batu campur? Pernah terfikir hendak membuat sendiri air batu campur di rumah anda? Tahukah anda, yang mesin kisar air batu ini ada yang kecil dan dicipta untuk kegunaan di rumah. Jadi tidak perlu beli mesin abc yang besar seperti orang yang menjual air batu campur tersebut. Anda berminat?
Mesin air batu campur ini ada 2 jenis. Ada yang jenis manual yang anda kena pusingkan pengisar. Dan ada mesin abc dari jenis elektrik yang memudahkan proses mengisar ais. Air batu campur iaitu hirisan halus air batu itu sebenarnya dalam bahasa english disebut sebagai “snowflake ice” iaitu ais yang telah menjadi seperti salji. Kalau anda tanyakan saya, saya lebih berminat membeli mesin kisar ais dari jenis elektrik kerana ianya memudahkan kerja. Tidak pernah lagi cuma menggunakan mesin abc yang manual. Tapi dapat agak yang ianya memenatkan.
Beli Mesin Air Batu Campur Online
Kepada anda yang berniaga menjual air batu campur, anda boleh membeli mesin air batu campur yang besar untuk produktiviti yang lebih lancar. Dan kepada anda yang berminat untuk membuat air batu campur di rumah, cukup sahaja anda mendapatkan mesin air batu campur mini sahaja. Saya pasti tidak ramai yang tahu berkenaan mesin abc jenis mini. Saya galakkan anda beli mesin abc kecil sebegini jika anda memang seorang yang suka makan air batu campur.
Website Yang Menjual Ice Shaver
- Lazada – ada sangat banyak mesin abc jenis elektrik yang murah
- 11Street – ada banyak pilihan ice shaver dan ice crusher di sini
- Ezbuy – ada dijual mesin abc jenis manual berharga cuma RM210
- Amazon – ada banyak mesin abc yang kecil mini dan berkualiti
- Aliexpress – mahukan mesin air batu campur besar untuk berniaga ada di sini
Kalau sebelum ini saya berkongsikan dengan anda akan alat mesin membuat aiskrim di rumah. Pada kali ini saya mahu berkongsi dengan anda akan mesin air batu campur abc untuk rumah juga. Ianya sebab saya hendak beritahu anda yang anda boleh buat aiskrim dan juga air batu campur (abc) dengan mudah sebenarnya dari dapur rumah anda. Yang penting anda mempunyai alat mesin yang sesuai itu sahaja. Sila klik dan lawat laman web di atas ini jika anda mahu membeli mesin air batu campur. Bye
Leave a Reply