Salah satu perkara yang orang sekarang suka lakukan pada smartphone mereka adalah mengecas bateri telefon pintar mereka dengan cepat. Saya sendiri adalah salah seorang yang sukakan fungsi tersebut. Kalau bateri tinggal di bawah 10% sahaja, saya memang mahu cepat cepat pasang kabel pengecas supaya bateri cepat terisi untuk kegunaan saya selepas itu. Oleh kerana saya suka menonton video melalui smartphone, keperluan untuk memastikan kapasiti bateri untuk terus penuh adalah tinggi. Atas sebab tersebut, saya memang akan memastikan yang micro usb cable dari jenis “fast charging”. Pentingkah?
Sedikit info buat anda yang mahu cepat mengecas bateri smartphone anda. Perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah, bateri telefon pintar anda hanya mampu dicas dengan cepat adalah apabila alat pengecas dan telefon pintar anda sendiri haruslah mempunyai kebolehan mengecas pantas (fast charging). Ini adalah penting untuk anda tahu dan faham. Tidak guna kalau anda mempunyai micro usb cable yang fast charging kalau alat pengecas dan smartphone anda sendiri tidak support fungsi tersebut.
Micro USB Cable Yang Boleh Mengecas Pantas
Saya bagi contoh mudah. Saya sekarang menggunakan smartphone dari Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan mengikut maklumat spesifikasi telefon pintar ini di internet, ianya menyokong sistem “Fast battery charging”. Dengan kata lain, saya boleh mengecas bateri telefon pintar ini dengan pantas kalau saya mempunyai alat pengecas dan kabel micro usb cable yang sesuai dengannya. Adakah ianya memang mengecas dengan pantas? Dari pengalaman saya, jawapannya adalah YA.
Adalah kabel micro usb cable yang sesuai dan tertulis “support fast charging” adalah penting. Jawapanya sudah tentu adalah YA. Tanpa kabel yang betul, alat pengecas yang pantas tidak dapat mengecas bateri smartphone anda dengan cepat kerana keadaan kabel micro usb yang kurang sesuai. Mudah cerita, sila pastikan alat pengecas, kabel micro usb cable dan juga smartphone anda ketiga tiganya memang mempunyai ciri mengecas pantas barulah anda boleh mengecas bateri dengan cepat. Jika salah satunya tidak support fungsi fast charging, maka anda tidak melakukan hal tersebut.

Contoh smartphone dari brand Xiaomi yang support fast battery charging
Website Yang Menjual Micro USB Cable
- Lazada – ada sangat banyak pilihan kabel termasuk cable untuk smartphone
- 11Street – anda juga boleh membeli micro usb cable yang bagus di sini
- Amazon – dapatkan kabel micro usb yang berkualiti dari luar negara di sini
- AliExpress – ada banyak micro usb cable yang murah daru China di sini
- Gearbest – ada sangat banyak kabel micro usb di sini untuk anda pilih
Untuk memastikan yang telefon pintar anda menggunakan alat pengecas yang betul dan tepat. Sila buat carian dan bacaan di internet. Ini kerana sesetengah modal smartphone perlu menggunakan sistem penyecas yang sesuai yang memang direka untuknya. Untuk model Xiaomi buat masa ini sesuai mengguakan sistem pengecas buatan Qualcomm contohnya qualcomm quickcharge. Berkenaan micro usb cable pula, sila dapatkan yang berjenama dan berkualiti untuk memastikan ianya memang direka untuk tugasan pengecasan pantas. Bye.
Leave a Reply