Rasanya semua orang tahu yang modem internet yang paling popular di Malaysia adalah modem streamyx. Dan yang kedua adalah modem untuk Unifi. Ini adalah pilihan sambungan internet yang paling ramai dipakai oleh rakyat Malaysia untuk rumah kediaman. Bagaimana pula dengan sambungan internet berbentuk broadband? Untuk broadband, anda perlu melanggan pakej internet biasanya dari syarikat telekomunikasi mobile seperti Maxis, Celcom, Digi dan juga UMobile. Dan majoritinya akan menggunakannya pada telefon mereka. Tetapi apakah ada modem wifi yang bertindak sebagai hotspot dengan menggunakan talian internet dari simkad telefon? Jawapannya YA ADA.
Mungkin ada yang kurang faham. Mari saya jelaskan. Apabila anda melanggan pakej data dari mana mana syarikat telco. Mungkin ada di antara anda yang melanggan pakej tersebut kerana mahukan pelan kuota data yang besar dan mahu dikongsikan dengan ramai ahli keluarga misalnya. Saya bagi contoh mudah. Anda melanggan pakej Digi Postpaid Plan yang berharga RM150 sebulan. Pakej tersebut menawarkan unlimited internet dengan unlimited tethering hotspot sekali. Kalau anda bandingkan dengan pakej RM140 streamyx dengan Digi ini, sudah tentu pakej dari Digi ini lebih menarik. Kenapa?
Beli Modem Wifi Untuk Mobile Internet (Mifi) Murah Online
Streamyx hanya boleh dipakai dan digunakan di rumah anda sahaja. Sedangkan pakej dari Digi ini membolehkan anda membawa dan menggunakan ianya di mana mana sahaja yang terdapat line rangkaian Digi. Malah kelajuan mobile broadband Digi lebih laju berbanding streamyx yang hanya terhad kepada kelajuan 4Mbps sahaja. Jelas? Akan tetapi untuk anda berkongsi internet melalui hotspot tethering melalui smartphone anda untuk jangka panjang adalah tidak digalakkan. Smartphone anda akan cepat panas dan kehabisan bateri. Malah boleh rosak pula. Sebab itulah di cadangkan anda untuk menggunakan modem wifi yang sesuai.
Untuk pengetahuan anda, modem wifi yang sesuai untuk dimasukkan dan dipasangkan simkad adalah dari jenis MiFi. Apa maksud mifi ini? Ianya adalah dari singkatakn “Mobile Wifi Hotspot” modem. Mudah cerita, kalau anda ingin mencari modem yang boleh dipasangkan dengan simkad untuk melakukan wifi hotspot, anda kena cari modem jenis mifi. Jelas? Ini penting untuk anda ketahui sekiranya di tempat tinggal anda tiada sambungan streamyx dan juga Unifi. Jadi dengan cara ini anda boleh memasang sambungan internet di rumah anda dengan menggunakan modem wifi dari jenis mifi. Harap maklum.
Website Yang Menjual Modem Mifi Untuk Simkad
- Lazada – ada sangat banyak modem mifi yang boleh anda pilih
- 11Street – anda juga boleh dapatkan modem wifi untuk mifi di sini
- Amazon – dapatkan mobile wifi modem terbaik dan berkualiti di sini
- AliExpress – dapatkan modem murah untuk simkad anda di sini
Ada 2 jenis. Mifi yang pertama direka khusus untuk bersifat mudah alih (portable). Maka anda boleh bawa modem ini ke mana mana termasuk diletakkan dalam beg atau poket seluar anda. Mifi yang kedua pula dari jenis yang berwajar yang mempunyai palam soket elektrik untuk anda menyambungkan dengan kuasa elektrik dari soket elektrik rumah anda. Terpulang anda mahukan yang mana mengikut ke sesuaian anda. Berapakah harga modem wifi untuk mifi ini? Ada yang berharga murah di bawah RM100 dan berharga mahal sehingga ratusan ringgit. Sebelum membeli modem wifi jenis mifi ini, sila pastikan samada ianya support 3G dan juga 4G termasuk kemampuan capaian muat turun/muat naik yang ianya boleh support. Bye
Leave a Reply