Salah satu perkara yang wajib dibuat bagi rumah yang mempunyai lantai berbentuk mozek adalah kekerapan dalam mengelap lantai. Bukanlah bermaksud yang lantai biasa seperti lantai simen, lantai dengan tikar getah atau lain lain tidak perlu untuk dilap. Cumanya lantai berbentuk mozek biasanya akan lebih mudah nampak kesan kotor dan mudah melekit akibat dari kesan tapak kaki, butir makanan yang berterabur dan kesan dari wap masakan di dapur rumah anda. Jadi sudah tentu salah satu barang iaitu produk yang wajib ada di rumah anda adalah alat seperti pengelap lantai iaitu mop lantai.
Dulu semasa bujang dan menyewa di rumah sewa yang menggunakan pelapik lantai jenis tikar getah, saya jarang merasakan kekotoran pada lantai. Dan saya juga sangat jarang memasak. Kalau terasa kotor pun hanyalah disebabkan habuk. Dan selepas berkahwin dan berpindah ke rumah baru yang mempunyai lantai jenis mozek, memang terasa sangat sangat akan keperluan kekerapan untuk mengemop lantai. Kalau lantai mozek kotor, kita akan nampak dengan jelas ianya tidak berkilap dan nampak melekit. Itu dalam keadaan belum ada anak. Kalau sudah ada anak, memang kena kerap lap lah dengan mop pengelap lantai.

Pelbagai jenis bentuk dan rekaan pengelap lantai mop yang dijual di website eCommerce Lazada Malaysia
Beli Pengelap Lantai (MOP) Murah Online
Tetapi jangan salah faham. Saya tidak bermaksud orang yang rumah ada lantai mozek sahaja kena ada pengelap lantai. Setiap rumah sememangnya wajib ada alat seperti mop lantai ini. Kalau ada apa apa minuman atau makanan yang tumpah ke lantai. Jadi memang perlu ada pengelap lantai untuk tugasan membersihkan lantai. Bukan perlu banyak. Paling kurang setiap rumah ada sebatang mop pun jadilah. Sebab ianya bukan digunakan selalu pun. Sekarang di rumah anda ada pengelap lantai jenis apa?
Biasanya orang kita akan menggunakan pengelap lantai mop jenis yang mempunyai “rambu rambu” macam rambut jenis yang berwarna putih betul? Itu adalah batang mop yang biasa kita lihat di mana mana rumah orang termasuk rumah saya sendiri. Ini kerana ianya adalah sejenis pengelap lantai yang paling biasa, paling asas dan yang paling murah yang ada di pasaran. Tetapi pada zaman kini, sudah ada beberapa rekaan design baru yang lebih moden untuk memudahkan tugasan mengelap lantai. Apakah itu?
Website Yang Ada Menjual Mop Lantai
- Lazada – ada sangat banyak pilihan dan jenis mop lantai dijual di sini
- 11Street – ada banyak pengelap lantai yang cantik dan murah di sini
- Ezbuy – ada banyak pilihan pengelap mop lantai di sini
- Amazon – di sini ada banyak mop yang berkualiti dengan bakul
- AliExpress – kalau anda mahu mencari pengemop lantai yang unik ada di sini
Mop pengelap lantai sekarang selalunya akan di datangkan sekali dengan bakul perahan. Kepala mop yang boleh dan mudah ditanggal untuk dicuci dan diganti. Ada kepala mop yang jenis empat segi dan sebagainya. Bagi saya, pengelap lantai yang di datangkan sekali dengan bekas bakul perahan adalah lebih baik. Anda boleh cuci dan perah kain mop dengan mudah tanpa perlu berulang alik ke bilik air. Di atas ini saya kongsikan akan beberapa gambar pengelap lantai jenis moden yang boleh anda cuba dapatkan melalui website yang saya kongsikan ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply