Kadang kadang kalau kita hendak berasa yakin samada website ecommerce tersebut bagus, tidak menipu, meyakinkan atau sebagainya, mahu tidak mahu kita kena sendiri mencuba membelinya di situ. Hasil dari pengalaman membeli beberapa kali dari Lazada Malaysia contohnya membuatkan anda berasa lebih yakin selepas itu. Dan YA, saya salah seorang yang sudah berpengalaman membeli beberapa kali barang di Lazada tanpa apa apa masalah negatif seperti cerita orang lain. Pengalaman saya sendiri adalah baik.
Ada orang cakap mereka tertipu apabila membeli barang di Lazada. Sebenarnya begini. Mari saya kongsikan sedikit info buat anda. Penjual yang ada di Lazada bukanlah penjual dari Lazada Malaysia itu sendiri. Penjual adalah seperti anda iaitu peniaga online yang membuat bisnes online berjual beli melalui internet. Penjual ini mendaftar dengan pihak Lazada dan mereka mula berniaga menggunakan platform Lazada kerana Lazada sudah terkenal dan mudah pula untuk mereka menjual barang kepada terdapat ramainya prospek bakal pembeli di situ.
Beli Belah Online di Lazada Malaysia
Jadi dalam banyak banyak penjual di Lazada Malaysia, sudah tentu ada “buah yang busuk” iaitu peniaga yang tidak jujur seperti lambat menghantar barang atau lebih teruk menipu. Namun hasil dari report anda sebagai pengguna akan membuatkan pihak Lazada membuang peniaga yang tidak jujur begini dan memberikan anda selaku pembeli pengalaman membeli yang baik di Lazada. Memang ada kes pembeli yang kurang berpuas hati namun kes tersebut boleh dikira kecil berbanding dengan kepuasan pelanggan yang lain lain.
Saya sendiri selaku pembeli di Lazada menghadapi pengalaman 100% terbaik di Lazada. Tiada masalah. Barang sampai pada tepat masa, produk sama seperti diiklankan dan saya berpuas hati kerana Lazada juga salah satu website ecommerce online shooping yang terbaik di Malaysia yang memberikan harga yang berpatutan kepada pembeli. Sebab itu tidak hairan kalau ramai pembeli yang ingin barang lebih murah suka mencari di Lazada Malaysia. Mereka dan saya sudah membeli di Lazada. Bagaimana dengan anda? Jom beli sekarang.
lepas ni nak try beli kat lazada plak. ritu try beli kat lelong cepat servis. 😀
saya selalu beli kat lazada, x pernah lagi beli kat lelong, hheee