Sekarang ini mudah sahaja untuk buat dan jalankan bisnes secara online. Yang perlu anda ada adalah eCommerce webstore. Ada banyak pakej pakej online store yang ada di Malaysia ini. Anda hanya tinggal pilih dan langgan servis mereka. Tidak perlu bina DIY kedai online anda sendiri. Bayar dan guna sahaja. Sesetengah peniaga online takut hendak gunakan servis web store Malaysia kerana merasakan ianya mahal. Lagi lagi apabila perlu membayar cas yuran bulanan. Benarkah untuk memiliki kedai online sendiri anda perlu membayar cas bulanan yang mahal?
Sebelum saya menceritakan tentang pakej bayaran yang dikenakan, ada baiknya saya menceritakan serba sedikit berkenaan kedai online eCommerce yang ada di internet. Nasihat saya yang pertama adalah sila JANGAN pakai dan bina kedai online yang percuma yang memerlukan anda install shopping cart dari cPanel web hosting anda. Bukan tidak boleh, tetapi apabila berlaku masalah teknikal seperti theme rosak, tidak boleh login dan sebagainya, adakah anda reti dan tahu untuk menyelesaikannya? Ingat, pihak web hosting memang tidak akan tolong anda.
Tawaran Menarik Dari Web Store Malaysia Dari EasyStore
Dan kenapa perlu langgan dan menggunakan webstore eCommerce Malaysia yang berbayar? Mudah sahaja sebabnya. Anda bayar dan terus guna. Tidak perlu ambil tahu hal hal teknikal dan juga hosting. Terus daftar, bayar, login, upload produk, lakukan promosi dan mula menjual. Malah ada banyak kelebihan dari segi mobile friendly, SEO ready, banyak plugin, fungsi Facebook Page store, banyak theme yang cantik dan yang paling penting sekali ianya mudah diurus dan digunakan.
Di atas ini adalah senarai beberapa fungsi “STANDARD” yang ada sekiranya anda mahu melanggan pakej web store Malaysia dari EasyStore. Boleh dikatakan anda sebenarnya mendapat lebih dari mencukupi. Semuanya ada dan tersedia. EasyStore hanya menyediakan 2 pakej sahaja iaitu pakej Basic berharga RM39 dan pakej Plus berharga RM69 sebulan. Kos maintance website kedai online sebegini rasanya terlalu murah pada pandangan saya. Salah satu sebab kenapa ianya murah kerana mahu menggalakkan lebih ramai peniaga online beralih kepada shopping cart yang lebih professional. Anda berminat? Daftar sekarang dengan klik link di bawah ini.
Leave a Reply