Perasan tidak, selepas gas memasak di rumah anda habis. Anda perlu membeli tong gas memasak yang baharu pula. Dan selepas itu anda perlu membuat pemasangan kepala gas semula untuk gas mengalir keluar dan masuk ke dapur gas memasak anda untuk anda memasak makanan. Ini adalah hal yang biasa. Namun bagi anda yang baru pertama kali belajar hendak menggunakan dapur gas memang akan menjadi masalah. Masalah yang bagaimana? Iaitu tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memasang paip kepala gas kepada tong gas. Jadi takut kalau ianya salah.
Sedikit panduan kepada anda yang tidak tahu mengenai langkah keselamatan untuk menggunakan dapur gas memasak ini. Kebiasaannya, dapur gas memasak memerlukan 3 komponen utama. Yang pertama adalah dapur memasak itu sendiri. Ianya bertujuan sebagai tempat untuk memasak makanan. Yang kedua pula adalah hos iaitu paip gas yang akan menghubungkan laluan gas dari tong gas memasak ke dapur memasak. Jelas?

Sambungan pemasangan antara kepala gas dengan tong gas memasak
Bagaimana Sambungan Kepala Gas Dengan Tong Gas Yang Betul
Dan yang ketiga pula adalah “KEPALA GAS” itu sendiri. Kepala gas adalah alat yang sangat penting dan menjadi penghubung utama antara tong gas dengan paip gas. Kepala gas inilah yang akan membuka dan membenarkan laluan gas memasak dari tong gas dan masuk ke paip gas dan mengalir ke dapur memasak. Tujuan penggunaan kepala gas adalah untuk mencengkam muncung tong gas agar laluan keluar gas adalah selamat dan tidak berlaku kebocoran.
Kalau anda mempunyai bajet wang yang lebih, saya nasihatkan anda mendapatkan dan beli kepala gas yang mempunyai meter. Ianya bukanlah wajib. Tetapi membantu anda juga dari segi bilakah hari yang boleh anda bersedia duit untuk membeli tong gas yang baru jika gas sudah habis. Tidaklah anda terkejut tiba tiba api memasak terpadam ketika sedang memasak.

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee
Website Untuk Beli Dapur Gas, Paip Gas Dan Kepala Gas
- Lazada – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
- 11Street – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
- Shopee – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
Ada sesetengah paip gas mempunyai sistem yang agak canggih. Contohnya kalau paip gas longgar dan tertanggal, ianya dapat dengan cepat dapat menahan (block) gas dari terus keluar dan membahayakan kalau terdapat api yang sedang menyala. Biasanya, paip hos gas memasak yang biasa tidak terdapat ciri ini. Jadi sila pastikan sambungan hos paip gas memasak dengan sambungannya adalah ketat. Jelas ya.
Bagaimana hendak pasang kepala gas memasak dengan betul? Pertama sekali, sila pastikan sambungan hos paip gas antara dapur memasak dengan kepala gas adalah ketat. Ini adalah wajib ya. Selepas itu, sila perhatikan bawah kepada gas terdapat lubang berbentuk bulat. Lubang berkenaan adalah untuk dimasukkan muncung tong gas memasak. Masukkan muncung tong gas kepada lubang yang terdapat di bawah kepala gas. Tekan sedikit kepala gas ke bawah. Selepas itu, sila putangkan pemutar/suis/tuil yang terdapat pada kepala gas sehingga habis dan tujuannya adalah untuk mengetatkan sambungan antara kepada gas dengan muncung tong gas. Proses ini akan menyebabkan gas dibuka dan masuk ke paip gas melalui kepala gas. Faham? Kemudian, sila buka api pada dapur gas memasak anda. Jika menyala, maka sambungan anda adalah betul. Jelas? Selamat mencuba.
Leave a Reply