Tidak semua pemilik kenderaan atau lebih lebih lagi kereta akan memasang “tinted” pada kereta mereka. Dan anda akan nampak banyak juga pemilik kereta akan menggunakan “sun shade” iaitu alat pelindung cahaya matahari bagi menahan terikan cahaya matahari yang mengenai tubuh. Walaupun anda tutup tingkap kereta dan menghidupkan pasang penghawa dingin, kalau cahaya matahari memancar tepat ke badan anda, anda akan tetap berasa panas juga. Sebab itulah produk seperti sun shade ini digunakan.
Tidak pasti kenapa masih ramai pemilik kenderaan di Malaysia masih kurang berminat untuk memasang tinted pada kereta mereka. Mungkin kerana faktor kos. Mungkin terasa yang tinted ini mahal harganya. Saya setuju juga. Ini kerana kalau anda memasang tintad gelap hanya kerana mahu mengelakkan orang lain dapat melihat apa yang ada dalam kenderaan anda, maka ianya hanya berfungsi untuk itu sahaja. Tetapi jika tujuan anda untuk memotong haba dan mengurangkan rasa panas yang masuk ke dalam kereta anda, maka anda perlu menggunakan tintad yang agak mahal harganya.
Beli Pelindung Cahaya Matahari (Car Sun Shade) Online
Kalau wang bajet adalah masalah anda. Alternatif paling murah yang boleh anda lakukan untuk kurang rasa panas terik matahari ketika anda memandu di siang hari atau waktu tengah hari, maka cadangan anda adalah anda perlu menggunakan pelindung cahaya matahari iaitu “car sun shade” yang banyak dijual di kedai aksesori kenderaan. Kalau anda ingin memasang untuk keempat empat tingkap cermin kereta anda, rasanya harga untuk 4 keping sun shade tidak sampai RM50 pun.
Dari pengalaman saya membeli dan menggunakan pelindung cahaya matahari ini, ada 3 jenis windows sun shade yang biasa saya nampak. Yang pertama adalah dari jenis yang bukan lutsinar, tidak melekat pada kaca cermin kereta dan gunakan pelekat untuk melekap pada cermin. Yang kedua dari jenis plastik dan mudah melekat pada cermin. Yang ketika dari jenis yang kilat dan berwarna silver yang mudah memantul sinaran matahari.
Website Yang Menjual Car Sun Shade/Sun Shade Visor
- Lazada – ada sangat banyak pilihan car sun shade pelbagai jenis di sini
- 11Street – anda juga boleh mendapatkan pelindung cahaya matahari di sini
- Ezbuy – mari dapatkan car sun shade murah dari China di sini
- Amazon – dapatkan sunshades berkualiti dari luar negara di sini
- AliExpress – ada banyak car sunshades murah buatan China di sini
Terpulang anda mahukan yang mana. Kalau ada bajet, saya memang lebih suka pakai tinted sahaja. Dan saya juga membeli pelindung cahaya matahari (car sun shade) ini. Kegunaan selain dari mengelak panas matahari, ianya dapat membuatkan cermin kita yang kurang gelap iaitu mudah untuk orang lihat dari luar akan menjadi tertutup dan gelap. Sangat sesuai kepada anda yang mempunyai isteri yang menyusukan anak. Pasti tidak mahu orang dari luar melihat isteri anda bukan? Hendak mudah, dapatkan sahaja pelindung cahaya matahari yang berharga murah ini di internet. Bye
Leave a Reply