Anda ingin pasang aircond di rumah anda? Tetapi anda mahukan penghawa dingin portable yang boleh anda pasang dan gunakan di mana ruang bilik rumah anda? Kalau begitu, saya cadangkan anda untuk menggunakan sahaja penghawa dingin dari jenis mudah alih yang boleh anda letakkan di mana mana. Ianya boleh dijadikan sebagai kipas dan dalam masa yang sama boleh dijadikan penghawa dingin mudah alih. Rakan saya pernah menggunakan aircond mudah alih sebegini.
Ceritanya bermula begini. Ketika zaman bujang dahulu, rakan saya duduk tinggal bersama 3 orang rakan yang lain. Oleh sebab bilik terasa panas ketika malam, dan rumah pula adalah dari jenis rumah sewa, rakan saya bercadang untuk membeli dan mendapatkan penghawa dingin mudah alih sahaja. Saya sendiri pun baru tahu rupa rupanya memang ada dijual aircond dari jenis portable mudah alih ini. Dan selepas membuat carian survey di kedai kedai elektrik, rakan saya memilih portable aircond tersebut.
Penghawa Dingin Mudah Alih Portable Yang Bagus
Apakah jenama penghawa dingin mudah alih yang bagus? Sebenarnya boleh dikatakan semuanya bagus. Apabila bercakap tentang aircond, yang perlu anda ambil berat adalah servisnya. Anda kena tahu dan faham bagaimana untuk menggunakan aircond dengan betul dan cara membuatkannya tahan lama. Jangan pakai main pakai sahaja tetapi tidak ambil tahu cara menservisnya. Kebaikkan penghawa dingin mudah alih adalah, anda tidak perlukan pendawaian elektrik baru. Cukup hanya pasang sahaja.
Website Yang Menjual Penghawa Dingin Mudah Alih
- Lazada – mempunyai sangat banyak pilihan aircond mudah alih yang bagus
- 11Street – anda juga boleh dapatkan penghawa dingin mudah alih di sini
- SenHeng – tidak banyak pilihan tetapi menawarkan brand aircond yang baik
- Amazon – menawarkan banyak portable aircond yang berjenama dan berkualiti
Namun begitu, yang perlu anda lihat adalah berkenaan cermin rumah atau bilik anda. Perlu ada ruang untuk anda salurkan hos corong haba panas keluar. Apabila penghawa dingin mudah alih anda mengalirkan suhu sejuk, ianya dalam masa yang sama mengalirkan haba panas keluar. Jadi anda perlu letakkan berdekatan dengan cermin tingkap dan mempunyai sedikit ruang untuk corong panas diletakkan di tingkap rumah anda. Kalau boleh, anda beli penghawa dingin portable dari jenis yang cekap tenaga lebih bagus. Jimat bil elektrik anda. Anda boleh beli dan survey secara online portable aircond terbaik ini dengan klik link di atas ini. Bye.
Terbaikk adminn..
Sgt susah nk jumpe post2 info cmni skrg..terutama post dalam bahasa melayu..ape pon sy menyokong penuh tindakan admin..tahniahh
terima kasih.. 🙂