Kalau rumah dulu dulu seperti rumah kampung yang dibuat dari papan ataupun rumah teres yang berlantaikan simen, biasanya orang akan gunakan penyapu lidi atau penyapu biasa untuk menyapu dan membersihkan lantai. Akan tetapi, rumah sekarang yang kebanyakkannya dibuat sudah siap sekali dengan lantai jenis mozek akan memerlukan satu kaedah yang baru untuk membersih habuk di lantai iaitu dengan menggunakan penyedut hampagas. Dari pengalaman saya sendiri yang tidak pernah menggunakan pembersih hampagas memang merasakan yang produk seperti ini sangat membantu. Kenapa?
Setelah berkahwin dan berpindah ke rumah baru yang memang lantai mozek. Saya mendapati sangat mudah untuk nampak habuk di lantai. Dan ianya juga sangat mudah untuk melihat debu debu dan juga gumpalan rambut gugur. Dan setelah menyapu lantai menggunakan penyapu lidi dan juga penyapu lantai biasa dan bandingkan pula dengan penyedut hampagas, saya dapati yang pembersih hampagas bertindak lebih efisyen dalam menghilangkan habuk dilantai. Malah proses mengemas rumah menjadi lebih cepat dan kurang memenatkan.
Beli Penyedut Hampagas Berjenama Dan Murah Online
Beberapa hari lepas saya ada pergi ke pasaraya shopping complex untuk mencari barang keperluan dapur. Dan saya ternampak akan promosi penyedut hampagas yang kecil, simple, ringan dan murah harganya. Pasal kualiti dan ketahanan tidak boleh saya komen kerana tidak tahu. Di rumah saya menggunakan pembersih hampagas dari jenis yang konvensional yang biasa orang pakai di rumah rumah. Itu dari jenis mesin penyedut yang besar yang perlu ditarik dan dibawa ke mana mana ketika menyedut habuk kotoran di lantai.
Kalau yang dipasaraya yang saya nampak ianya dari jenis “handheld” iaitu dari jenis mudah alih yang sangat mudah digunakan dengan tangan. Mesin penyedut terus diletakkan pada batang penyedut hampagas. Kalau nak tanya pasal mudah digunakan atau tidak, jawapannya sudah tentu mudah dan murah pula kosnya. Anda lihat kedua dua gambar di atas ini. Ada beza bukan? Satu berharga murah dijual di bawah RM100 dan satu lagi dijual di atas RM100.
Senarai Website Yang Menjual Penyedut Hampagas
- Lazada – ada sangat banyak jenis produk penyedut habuk rumah di sini
- Ezbuy – mahukan penyedut habuk hampagas dari China ada di sini
- 11Street – ada banyak pilihan penyedut hampagas yang boleh anda cari di sini
- Amazon – mahu beli vacuum cleaner rumah yang berkualiti ada di sini
- Aliexpress – mahukan vacuum cleaner yang unik dan cantik ada di sini
Orang Malaysia terutamanya orang melayu memang sebut produk ini dengan nama “penyedut hampagas”. Biasanya orang akan sebut pembersih hampagas ini sebagai vacuum cleaner. Bagi saya, setiap rumah zaman moden ini memang perlukan benda ini. Tidak wajib tetapi ianya diperlukan. Harganya pun tidaklah mahal mana. Bajet dalam RM200 pun sudah dapat penyedut hampagas yang baik dan berkualiti. Kalau boleh jangan beli pembersih hampagas dari jenama yang tidak dikenali. Beli sahaja dari brand yang dikenali kerana lebih tahan lama dan mudah pula mendapat jaminan jika berlaku kerosakkan. Bye
Leave a Reply