Saya pernah berkongsikan pengalaman beli rumah pertama kali di Johor. Sila klik link yang diberikan untuk baca dan fahamkan situasi yang diberikan. Ketika itu saya beli rumah pada tahun 2012. Dan harga rumah yang dibeli ketika itu adalah bernilai RM150,000. Dan pada tahun 2024 saya berhasrat untuk menjual rumah berkenaan kerana merasakan ianya waktu yang sesuai untuk menjual rumah ketika ekonomi dunia di ramalkan perlahan. Bimbang kalau kalau ekonomi global bertambah buruk. Kos sara hidup meningkat. Ramai dibuang kerja. Dan kedudukkan kewangan yang semakin teruk. Saya buat keputusan untuk jual rumah ketika itu.
Rumah pertama yang saya beli adalah di Johor. Sedangkan saya bekerja di Pulau Pinang. Dan saya tidak tahu cara yang betul untuk menjual rumah sendiri tanpa bantuan orang lain. Jujur cakap saya tidak tahu iaitu ZERO knowledge. Jadi jalan yang mudah adalah dengan mendapatkana bantuan dan pertolongan dari ejen hartanah iaitu properties agent. Saya cari macam mana ejen ini? Saya buat posting iklan jual rumah di page atau group Facebook rumah yang saya beli itu. Hasilnya, saya mendapat lebih dari 5-10 orang ejen hartanah yang cuba menawarkan servis mereka.

Cara Mudah Jual Rumah Guna Ejen Hartanah
Namun ada seorang individu yang menghubungi saya melalui Whatsapp dan mencadangkan saya untuk menggunakan khidmat dari ejen hartanah ini. Beliau rupanya adalah pemilik rumah yang telah berjaya menjual 2 biji rumah beliau menggunakan khidmat dari agensi hartanah ini. Ada 2 benda yang menarik perhatian saya iaitu “Bayaran Bulanan Rumah” dan “Renovation Rumah” untuk membolehkan rumah kita terjual dengan lebih mudah. Dan atas faktor 2 inilah kenapa saya akhirnya bersetuju untuk menggunakan khidmat mereka. Jom saya kongsikan ceritanya.
Rumah yang saya beli ini saya sewakan kepada penyewa selama hampir lebih 10 tahun lamanya. Dan saya tidak pernah menjenguk pun keadaan hadapan atau di dalam rumah tersebut. Dan hanya ketika saya mahu jual rumah tersebut dan penyewa keluar dari rumah tersebut. Rupa rupanya ada banyak kerosakkan yang berlaku dari segi pendawaian elektrik, sambungan air di bilik air, keadaan sinki dapur yang bengkok, keadaan cat dinding yang rosak dan lantai yang kurang elok kerana ada kepingan mozek lantai yang pecah.
Disebabkan saya tidak ada kos untuk baik pulih rumah berkenaan sebelum dijual, maka tawaran bayaran bulanan, baik pulih dan mencantikkan rumah sebelum dijual adalah pilihan yang paling menarik bagi saya. Saya terus setuju dan mengabaikan pertanyaan dari ejen ejen hartanah (properties agent) yang lain.
Keadaan Rumah Sebelum & Selepas Renovation
Di dalam perkongsian artikel ini, saya kongsikan beberapa keping gambar bagi menunjukkan kepada anda, kenapa anda boleh dan perlu menjual rumah anda melalui kami. Kami ada “ejen hartanah” dan “investor” yang bekerjasama bagi menawarkan kelebihan kepada pemilik rumah yang mahu jual rumah. Atas kerjasama inilah kenapa pihak ejen melalui investor ini tadi mampu membuat sedikit renovation rumah anda bagi meningkatkan potensi yang rumah anda boleh terjual dengan lebih mudah dan sedikit lebih tinggi dari harga pasaran.
Kelebihan Ejen Kami
- Bayar monthly installment bank selagi rumah belum terjual
- Akan ditolak deduct semula selepas rumah berjaya dijual
- Bayar cukai rumah, cukai pintu, cukai tanah, bil api elektrik dan bil air yang tertunggak
- Akan ditolak deduct semula selepas rumah berjaya dijual
- Perbaiki kerosakkan yang berkaitan dengan pendawaian wiring elektrik dan sistem perpaipan air
- Akan ditolak deduct semula selepas rumah berjaya dijual
- Mencantikkan rumah iaitu buat renovation
- TIDAK akan ditolak deduct semula selepas rumah berjaya dijual
Masalah dan keadaan rumah anda yang rosak yang mahu dijual akan ditanggung sepenuhnya oleh ejen hartanah atas persetujuan bersama. Tetapi kos tanggungan itu anda perlu pulangkan dengan cara tolak dari keuntungan hasil jualan rumah berdasarkan harga yang dipersetujui bersama.
Berkenaan kos renovate rumah pula. Ianya adalah tanggungan agensi hartanah 100% melalui investor tadi. Ianya akan ditolak dari keuntungan jualan rumah yang dijana dari pihak ejen sendiri. Di bawah ini saya ringkaskan untuk anda lebih mudah faham.
Perjanjian Harga Jualan Rumah Antara Pemilik Rumah & Ejen
- Harga pasaran rumah iaitu market value sekitar RM250K (contoh)
- Ejen tawarkan “harga rumah” yang diberikan adalah sekitar RM200K sahaja
- Agensi hartanah akan jual rumah anda pada harga pasaran iaitu bernilai RM250K atau lebih terpulang kepada penilaian mereka
Begini ceritanya. Katakan harga pasaran rumah adalah RM250K. Dan agensi hartanah mahu jual rumah tersebut pada harga RM250K. Dan pihak agensi hartanah melalui ejen properties menawarkan keuntungan jualan rumah kepada anda sebanyak RM200K sahaja berdasarkan persetujuan bersama. Maknanya, jika rumah terjual pada harga RM250K, anda selaku pemilik rumah akan dapat sebanyak RM200K dan baki lagi RM50K adalah untuk pihak agensi hartanah. Jelas? Faham?
Kalau kita gunakan khidmat dari agensi hartanah, memang lah kita tidak akan dapat untung jual rumah ikut harga pasaran yang kita mahukan. Sebab masing masing pihak mainkan peranan dan sudah pastilah ada habuan dan keuntungan dari pihak yang membantu kita. Ini adalah maklum. Harap anda jelas berkenaan hal ini.

Keuntungan Bersih Owner Rumah
- Hasil keuntungan KASAR jualan rumah oleh pemilik rumah berdasarkan perjanjian bersama adalah sebanyak RM200K
- Hutang loan bank ada lagi RM150K
- Bayaran bulanan rumah adalah RM600 setiap bulan. Rumah terjual pada bulan ke 11. Maknanya jumlah wang bayaran monthly instalment yang pihak ejen telah keluarkan adalah sebanyak RM600 x 10 bulan = RM6000
- Bayaran tunggakkan cukai dan bil bil adalah sebanyak RM3000
- KEUNTUNGAN BERSIH adalah RM200k – RM150K – RM6000 – RM3000 = RM41K
Dari contoh perkongsian di atas ini anda akan nampak berapakah keuntungan bersih yang anda bakal dapat jika menggunanan khidmat dari ejen hartanah. Masih berbaloi lah sebab anda telah mendapat bantuan dari pihak ejen supaya rumah anda boleh terjual dengan mudah dan lebih cepat tanpa anda perlu keluarkan kos yang besar. Setuju? Faham? Jelas?
Keuntungan Bersih Agensi Hartanah
- Rumah berjaya dijual pada harga pasaran iaitu bernilai RM250K
- RM200K telah diberikan kepada pemilik rumah iaitu anda selaku owner rumah sesuai perjanjian
- Kos baik pulih rumah dan renovation rumah adalah bernilai RM15K
- Baki KASAR adalah sebanyak RM250K – RM200K – RM15K = RM35K
- Baki RM35K inilah nanti akan dibahagikan untuk bayar kos upah komisen untuk peguam, ejen hartanah, investor dan keuntungan bagi agensi hartanah
Di atas ini juga anda akan lihat secara kasar bagaimanakah upah komisen yang disebut sebagai “fee” untuk pihak yang terlibat seperti ejen hartanah, peguam hartanah, pihak investor dan juga agensi hartanah. Jelas? Faham?

Kalau anda tidak ada masalah kewangan yang mendesak, maka tidak perlulah meminta mereka untuk tolong bayarkan bayaran bulanan loan rumah anda kecuali anda memang terdesak mahukan ada pihak yang boleh tolong bayar loan rumah anda buat sementara waktu. Kalau rumah anda tidak cantik dan kurang yakin boleh terjual dengan mudah, anda juga boleh mendapatkan bantuan dari mereka untuk mereka buat renovation agar rumah anda boleh terjual dengan mudah.
Ejen Hartanah Seluruh Malaysia
- [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat mendapatkan bantuan saya untuk tolong jualkan rumah anda secara online
Iklan saya yang terakhir. Anda ada rumah? Mahu jual rumah? Rumah anda buruk? Mahu renovate rumah sebelum jual? Tidak pandai jual rumah sendiri? Tidak tahu macam mana hendak jual rumah? Dan perlu bantuan ejen hartanah untuk tolong jual kan rumah bagi pihak anda? Jika ini adalah situasi anda, jom hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp di atas ini dan saya akan hubungkan anda dengan ejen hartanah sekarang juga. Berminat, jangan fikir panjang, terus hubungi saya sekarang juga. BYE!!!.




