Selalunya kalau orang hendak mengisi pam minyak petrol di mana mana stesen minyak, pasti akan membuat bayaran secara cash tunai di kaunter atau terus menggunakan kad kredit di pam minyak. Biasanya inilah sahaja dua cara yang biasa orang Malaysia gunakan. Rupa rupanya ada cara ketiga paling mudah yang boleh anda gunakan iaitu dengan menggunakan PETRONAS gift card. Ianya sesuai kepada anda yang selalu menghadapi keadaa di mana stesen minyak berdekatan laluan rumah anda senantiasa sesak dan anda sendiri tiada kad kredit. Mari saya jelaskannya.
Topik yang saya bincangkan ini adalah sesuai untuk stesen minyak Petronas sahaja. Saya tidak pasti samada pam minyak dari stesen lain mempunyai servis yang serupa. Tahukah anda, yang stesen minyak Petronas ada mengeluarkan sejenis kad yang mana tujuannya adalah untuk mengisi minyak dan boleh membuat pembelian barang di kedai runcit petronas iaitu Kedai Mesra. Kad tersebut hampir sama fungsinya seperti Kad Touch n Go. Anda perlu topup dan selepas itu boleh menggunakannya.
Review Kegunaan PETRONAS Gift Card
Biasanya kalau anda ingin mengisi minyak petrol di kenderaan anda, anda perlu ke kaunter dan buat bayaran betul? Kalau anda tiada masalah, maka baguslah. Tetapi anda di antara anda yang mungkin sering menghadapi keadaan di mana anda perlu beratur, menunggu giliran anda, buat bayaran dan barulah ke pam minyak untuk mengisi petrol betul? Keadaan ini pasti membuang masa anda, leceh dan memenatkan anda betul? Selain dari kad kredit, anda juga sebenarnya boleh menggunakan PETRONAS gift card untuk memudahkan urusan mengisi minyak petrol anda. Bagaimana?
Sila beli dan dapatkan PETRONAS gift card di website di bawah ini. Harga bagi PETRONAS gift card yang dijual biasa di bawah RM100 seperti RM95 atau lebih murah mengikut promosi. Dan di dalam kad PETRONAS gift card tersebut mempunyai nilai kredit sebanyak RM100. Di sini sahaja anda sudah berjimat betul? Dan nilai RM100 yang tersedia ini boleh anda gunakan seperti kredit kad di pam minyak tanpa anda perlu beratur dan ke kaunter lagi. Scan dan terus isi minyak. Malah anda juga boleh membeli barang di Kedai Mesra di Petronas dengan menggunakan PETRONAS gift card ini. Jelas?
Kekurangan Kad PETRONAS Gift Card
- Tiada no pin – orang lain boleh gunakan kad ini jika ianya jatuh atau hilang
- Tidak boleh cash – kalau hilang atau anda mahu stop. Wang tidak akan dikembalikan
- Semak baki – hanya boleh check melalui kaunter Petronas atau melalui web MesraLink
Website Yang Menjual Kad PETRONAS Gift Card
- Lazada – dapatkan PETRONAS gift card secara rasmi (official) di sini
- Shoppee – kad mengisi minyak petrol antara kerjasama antara Shopee dan Petronas
Saya sendiri sebenarnya baru tahu berkenaan kad sebegini. Saya pernah dengar akan “kad redeem point” yang biasa di gunakan di mana mana stesen minyak. Namun kad PETRONAS gift card yang berfungsi seperti kad prepaid ini memberikan nilai tambah (value) kepada pengguna setia petronas. Dan rasanya anda sendiri tahu yang pada tahun 2018 ini, Petronas telah memperkenalkan program kesetiaan baru yang menawarkan mata ganjaran point yang lebih tinggi berbanding stesen minyak lain setiap kali kita mengisi minyak petrol atau membeli barang di Kedai Mesra dengan menggunakan kad seperti MyMesra atau PETRONAS gift card ini. Berminat? Sila klik link di atas ini untuk membeli dan mendapatkan PETRONAS gift card ini. Bye
Leave a Reply