Alhamdulillah simkad BeMobile telah di lancarkan dan boleh didaftarkan bermula pada 19 July 2023 sempena awal Muharram. Oleh kerana saya antara yang terawal untuk cepat cepat mendaftar dan aktifkan simkad Be Mobile saya, maka saya perasan yang pastinya akan ada masalah di sana sini untuk orang lain yang cuba untuk registerkan simkad mereka melalui app BeMobile. Jadi perkongsian dan penulisan artikel ini adalah untuk berkongsikan sedikit panduan buat anda semua selaku pengguna simkad BeMobile ya.
STEP 1 – Proses untuk mendaftar simkad BeMobile adalah WAJIB melalui aplikasi BeMobile itu sendiri. Dengan kata lain anda perlu memasang (install) app BeMobile pada smartphone anda terlebih dahulu. Anda perlu register dan selesaikan mendaftar profile anda dahulu di aplikasi BeMobile ya. Ikuti panduan di bawah ini ya.
Cara Daftar Aplikasi Bemobile
- [ App Bemobile ] – sila muat turun (download) aplikasi Bemobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
- [ Daftar App BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
- Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
- Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
- Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
- Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 (tak termasuk kos pos) kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.
Langkah pertama ini adalah proses daftar aplikasi BeMobile memerlukan anda mendaftar keahlian anda selaku pengguna BeMobile melalui aplikasi Be Mobile. Kalau anda sudah lakukan proses di atas ini sehingga selesai, maka anda telah berjaya register akaun profile anda dengan BeMobile dengan jayanya.
STEP 2 – selepas anda sudah mendaftar profile anda di aplikasi BeMobile, barulah anda boleh mulakan proses register simkad BeMobile melalui aplikasi Be Mobile itu sendiri. Sila ikuti panduan di bawah ini ya.
Cara Daftar Simkad BeMobile
- Sila buka (open) aplikasi BeMobile anda
- Sila klik pada menu “Mobile 4G/5G package”
- Search user – ini adalah untuk mendaftar simkad orang lain atau ahli downline anda
- Register your own sim – jika anda mahu mendaftar simkad untuk diri anda sendiri, sila klik di sini iaitu “REGISTER NOW”
- Fill-in user information – jika anda belum isikan maklumat anda, sila isikan ke semua info yang diminta. Jika sudah, sila semak dan pastikan ke semua info yang diberikan sebelum ini adalah betul dan tepat termasuk gambar IC depan belakang dan gambar selfie sambil memegang IC/MyKad. Jika siap, sila klik “Submit”
- Choose Package Plan
- Choose your number from Dealer – anda boleh buat carian nombor di sini jika Dealer anda mempunyai stok simkad pada tangan mereka.
- Search preferred number – sila cari nombor telefon yang anda inginkan di sini. Jika jumpa, sila klik pada nombor berkenaan.
- Shipment Type
- By hand – jika simkad ada di tangan anda, sila klik di sini
- Courier – jika simkad tiada di tangan anda, anda mahu beli online, sila klik di sini
- Monthly Subscription Plan – sila pilih pakej telco yang anda inginkan.
- Simcard Verification 6 Digit ICCID – sila isikan 6 digit terakhir 6 nombor yang ada pada belakang simkad anda. Ada nombor dengan siap barkod. Itulah nombor ICCID. Jika anda isi dengan betul, ianya akan memaparkan “Correct”
- Jika siap, sila klik submit.
Pada tahap ini, proses permohonan pendaftaran simkad anda akan bertukar dari status “Approved” kepada “Processing” dam akhir sekali menjadi “Completed”. Sila buat panggilan telefon kepada mana mana nombor telefon untuk memastikan simkad berkenaan telah AKTIF secara rasmi.
STEP 3 – proses terakhir adalah untuk mengaktifkan fungsi OTP. Ketika artikel ini ditulis, OTP yang digunakan adalah menggunakan OTP dari aplikasi Telegram. Sila ikuti panduan di bawah ini ya.
Cara Aktifkan OTP Telegram (BeMobile)
- Anda akan mendapat sms yang menyatakan simkad anda telah diaktifkan.
- SMS tersebut juga berkongsikan link untuk anda klik untuk mendaftar OTP. Sila klik link tersebut
- Anda akan dibawa untuk ke Telegram (Bemobile Dnar OTP). Ianya adalah Bemobile Telegram Bot ya. Sila klik button “START”
- Akan ada paparan “Login to your Bemobile Account”. Sila klik link tersebut ya. Anda akan dibawa untuk menyambungkan dengan akaun dari aplikasi BeMobile versi web app. Sila klik “Start”
- Anda akan diminta sign in. Masukkan sahaja username dan password aplikasi Bemobile anda dan klik “LOGIN”.
- Jika tidak ada apa apa masalah, akan dipaparkan Success.
- Done. Siap. Itu sahaja.
Proses ini adalah untuk mendapatkan OTP tetapi tidak melalui sms seperti biasa tetapi melalui aplikasi Telegram. Sebab itulah kena sambungkan Bemobile Telegram Bot dengan aplikasi BeMobile kita. Harap maklum ya. Jadi selepas ini, jika aplikasi meminta nombor OTP untuk apa apa proses melibatkan BeMobile, anda hanya perlu ke Bemobile Telegram Bot sahaja. Harap maklum ya.
Saya juga kongsikan panduan cara daftar simkad BeMobile melalui video di atas ini untuk rujukan anda. Saya harap perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu ketika sedang register simkad Be Mobile anda ya melalui app aplikasi BeMobile. Selamat mencuba. BYE!!!.