Teringat saya ketika zaman belajar di Universiti dan tinggal di rumah sewa sebagai pelajar mahasiswa dan juga seorang yang masih bujang. Memang tidak pernah bekerja dan tidak pernah berhutang. Hanya orang yang sudah bekerja dan pernah mendapat wang gaji sahaja yang berhutang. Oleh kerana tidak pernah mendapat gaji dan tidak pernah berhutang. Biasanya orang bujang yang masih belajar akan sangat terasa “nilai wang”. Hendak belanja beli barang yang berharga RM50 pun sudah terasa mahal. Jangan ketawa kalau saya katakan yang periuk nasi iaitu rice cooker mini pun sudah menjadi aset yang sangat berharga ketika itu.
Mungkin ada di antara anda hendak tergelak membaca kisah sebegini bukan? Mungkin anda diantara anda yang tersenyum baca artikel ini kerana bersetuju dengan apa yang saya tulis ini. Kepada pelajar yang hanya hidup dengan wang pinjaman ptptn pasti merasakan yang wang tersebut hanya cukup cukup makan sahaja. Kalau makan nasi diluar atau dikedai pasti akan terasa bebanan kos sara hidup. Zaman saya dahulu, nasi goreng berharga RM2.50 sahaja. Zaman sekarang nasi goreng biasa pun sudah RM4.00 sepinggan. Apatah lagi nasi goreng ayam dan yang lain lain.
Beli Rice Cooker Mini Yang Kecil Berharga Murah Online
Setuju atau tidak, kalau anda masak nasi sendiri di rumah, anda pasti akan terasa penjimatan yang agak ketara berbanding membeli nasi bungkus di luar seperti di kedai makan. Masak nasi pagi pun boleh makan 3 kali sehari. Hanya beli lauk atau masak lauk yang simple simple sahaja sudah memadai. Biasanya kalau pelajar makan tidak terlalu memilih. Asalkan dapat makan untuk hilang lapar. Jadi untuk memasak nasi, sudah tentu anda memerlukan periuk nasi. Untuk anda yang masih belajar atau single (bujang), bagi saya sudah memadai kalau anda dapatkan rice cooker mini sahaja. Kenapa?
Untuk pengetahuan anda, periuk untuk memasak nasi iaitu rice cooker ada yang dijual dengan saiz yang besar iaitu untuk keluarga dan bersaiz kecil iaitu rice cooker jenis mini. Untuk anda yang masih bujang, cukup sahaja kalau anda gunakan rice cooker mini. Anda bukan hendak masak nasi banyak pun. Sekali masak sudah boleh makan 3 kali sehari. Tidak perlu beli periuk masak nasi elektrik yang besar dan mahal mahal.
Senarai Website Yang Menjual Mini Rice Cooker
- Lazada – ada banyak pilihan periuk nasi jenis mini di sini
- 11Street – ada juga boleh mencari periuk nasi yang kecil di sini
- Ezbuy – ada banyak rice cooker yang menarik di sini
- Senheng – anda juga boleh mencari rice cooker mini di Senheng
- Aliexpress – ada sangat banyak rice cooker cantik dari China di sini
- Amazon – mahukan rice cooker berkualiti dari luar negara ada di sini
Untuk pengetahuan anda terlebih lebih lagi bagi anda yang masih bujang atau sedang belajar. Periuk nasi atau rice cooker mini selain digunakan untuk memasak nasi, ianya sebenarnya boleh digunakan untuk merebus telur dan juga memasak bubur nasi. Jadi tiada salahnya kalau anda membeli periuk nasi jenis mini iaitu kecil. Ianya tetap memberikan fungsi yang sama pada periuk nasi bersaiz standard yang berada di pasaran. Untuk lebih penjimatan harga dalam membeli peruik nasi yang anda inginkan, sila beli dan dapatkan rice cooker kecil anda ini melalui internet di website di atas ini. Bye
Leave a Reply