Teringat saya kisah zaman saman persekolahan samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pada waktu itu saya kurang faham akan erti pengorbanan seorang guru dan nilainya pada pendidikkan kita. Bila ada hari guru sahaja, semua pelajar akan menyumbangkan wang sedikit untuk membelikan hadiah kepada guru kelas masing masing. Kalau suruh saya memang tidak akan tahu hendak beli hadiah hari guru apa dan bagaimana. Tetapi di dalam kelas biasanya akan ada pelajar perempuan yang akan tahu hendak beli ada dan di mana hendak mereka beli hadiah tersebut.
Setelah menjadi orang dewasa dan sudah bekerja, saya nampaknya faham kenapa kita perlu menghadiahkan hadiah kepada guru kita ketika hari guru. Sebenarnya hari guru hanya hari yang di khaskan untuk kita menghargai guru kita. Tanpa hari guru pun boleh sahaja bila bila masa kita beri hadiah. Dan sebagai orang dewasa terutamanya sebagai ibu bapa, kita harus mendidik anak kita agar menghormati dan menghargai tugasan guru yang telah mendidik kita dari kecil hingga kita tamat persekolahan.

Anak patung teddy bear adalah salah satu hadiah hari guru yang boleh diberi
Hadiah Hari Guru Simple Dan Mudah Dan Murah
Sesetengah kelas mungkin akan melakukan kutipan wang untuk membeli hadiah hari guru. Kalau tiada, anda sendiri sebagai ibu bapa boleh membawa anak ke mana mana kedai cenderahati dan membantu anak anda membelikan hadiah untuk guru kelas mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung anda telah mendidik anak anda supaya belajar menghargai pengorbanan orang lain seperti guru. Mungkin anda sendiri kurang pasti akan jenis atau bentuk hadiah yang macam mana atau bagaimana yang sesuai untuk diberikan keada guru sekolah.

Hadiahkan kuntuman atau jambangan bunga untuk cikgu sekolah anda ketika hari guru
Di bawah sini saya akan kongsikan senarai beberapa hadiah untuk hari guru yang dirasakan sesuai untuk anak anda sebagai pelajar sekolah memberikan hadiah kepada guru kelas mereka.
Senarai Hadiah Sempena Hari Guru
Kad Ucapan – ini adalah hadiah hari guru yang paling ringkas tetapi paling bermakna untuk seorang guru. Di dalamnya akan mengandungi kata kata penghargaan yang akan membuatkan guru terasa yang pengorbanan mereka selama ini dilihat dan dihargai oleh murid mereka.
Coklat – anda juga boleh menghadiahkan cikgu kelas anda dengan coklat manisan yang dibalut dengan kotak hiasan yang berbentuk hadiah dan juga reben bunga
Cawan Mug – biasanya cawan “mug” memang orang berikan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja. Anda boleh carinya di kedai hadiah
Bunga – mungkin ini adalah hadiah yang paling mudah diberikan lagi lagi kepada guru wanita di sekolah anda
Tudung – minta bantuan ibu anda untuk mencari dan membelikan tudung kepada yang cantik untuk dihadiahkan kepada guru kelas anda
Teddy Bear – dapatkan patung bear beruang yang kecil dan comel dan sangat sesuai diberikan hadiah dari anda sebagai murid yang menghargai gurunya
Sebenarnya ada banyak lagi idea tentang senarai hadiah hari guru yang boleh dikongsikan di sini. Akan tetapi, sebagai murid atau pelajar sekolah, anda biasanya tidak mempunyai wang yang besar dan juga banyak. Maka senarai hadiah hari guru yang dikongsikan ini adalah bersesuaian dengan status anda sebagai seorang murid/pelajar sekolah yang mempunyai bajet wang yang kecil dan mampu untuk membeli dan diberikan kepada guru kelas anda. Selamat hari guru.
Pengajaran dari guru-guru mesti kita selalu menghargai. Apa yang kita jadi hari ini adalah ilmu pengajaran dari guru-guru yang beri kepada kita. Jadi, kita perlu berikan sesuatu kepada guru-guru yang dihormati pada hari guru.