Zaman sekarang orang sudah tidak kisah untuk beli barang buatan China. Memang kalau dulu orang akan rasa barang buatan China terasa murah dan tidak berkualiti. Tetapi sekarang banyak barang dari China sudah berkualiti dan menguasai dunia. Contohnya kereta dan juga smartphone dari China. Di Malaysia kereta buatan China sudah mula dijual dan ada orang beli kerana design yang cantik. Dan di Malaysia juga, smartphone buatan China antara smartphone paling laris dijual. Bukan kerana murah semata mata tetapi kerana faktor kualiti juga.
Macam mana hendak tahu yang orang Malaysia sekarang sudah terbuka minda dan sukakan smartphone buatan China? Mudah sahaja. Anda pergi sahaja ke laman laman website yang menulis tentang teknologi dan juga smartphone telefon pintar. Sila baca artikel pasal smartphone dari China. Anda akan melihat banyak komen yang positif dan ramai yang tidak sabar dan bertanyakan bilakah smartphone tersebut akan masuk dan mula dijual di Malaysia. Itu sahaja sudah menunjukkan penerimaan yang positif.
Beli Smartphone Buatan China Berkualiti Dan Murah
Jangan cerita jauh jauh. Saya sendiri adalah salah seorang pemilik smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Boleh dikatakan saya berpuas hati memilikinya. Jadi dengan pengalaman yang baik dan bagus ini, sudah tentu saya tidak keberatan untuk membeli smartphone buatan China yang lain di masa akan datang. Hanya 2 sebab sahaja kenapa smartphone buatan China sekarang orang suka beli dan pakai. Sebabnya adalah kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dengan spesifikasi yang agak tinggi. Ini sahaja sebabnya.
Senarai Website Yang Menjual Jenama Smartphone Dari China Yang Berkualiti
- Alcatel One Touch – banyak telefon pintar spesifikasi rendah dijual di Malaysia
- Huawei – smartphone buatan china yang berkualiti dengan harga premium
- Honor – Honor ini sebuah syarikat subsidiaries di bawah Huawei
- Lenovo – jenama yang agak popular di Malaysia selain dari tablet dan juga laptop
- Meizu – jenama yang mula meningkat naik di Malaysia
- Oppo – siapa yang tidak kenal jenama Oppo yang popular dengan kamera Selfie terbaik
- Xiaomi – antara brand popular yang berani menjual harga murah dengan spesifikasi tinggi
- Vivo – jangan terkejut jenama ini antara brand yang paling laris di China
Siapa yang tidak mahu membeli dan mendapatkan smartphone android buatan China yang bagus bukan. Kalau spesifikasi tinggi dari jenama Apple, Samsung dan juga Sony menawarkan harga setinggi RM2600 dan ke atas. Spesifikasi yang sama juga terdapat pada smartphone buatan China tetapi dengan harga RM1800 dan ke bawah. Sudah tentu smartphone buatan China akan menjadi pilihan. Ini kerana barang bahan bahan pembuatan di dalam smartphone kebanyakkan adalah sama pembuatnya. Hanya jenama sahaja yang berbeza. Jom beli telefon pintar android buatan China berkualiti dan murah di internet. Bye
Leave a Reply