Perasan tidak, orang dulu dulu memang biasa mengecat dinding rumah dengan warna putih sahaja. Kemudian ada trend terbaru, orang mula berani untuk mengecat rumah dengan warna warna lain. Selepas itu trend cat atas bawah warna lain. Contohnya atas warna cair dan bawah warna gelap sedikit. Dan di tengah tengah orang pasang pelekat dinding jenis memanjang bercorak bunga, haiwan atau artistik. Dan kemudian trend cat dinding satu demi satu dengan lain lain warna. Dan sekarang apakah trend yang orang sangat suka ketika ini. Ianya adalah trend memasang dan melekat dinding rumah dengan stiker pelekat dinding rumah. Berminat?
Saya dan emak ada pergi kedai yang menjual barangan perhiasan rumah. Kami mencari pelekat dinding untuk rumah dari jenis memanjang. Hendak tahu pekerja kedai kata apa? Mereka katakan yang pelekat dinding sebegitu mereka sudah tidak jual kerana sudah tidak up to date. Mereka katakan yang orang zaman sekarang ramai mencari pelekat dinding jenis penuh atau jenis corak pada dinding untuk menjadi perhiasan. Maknanya sekarang ada 2 jenis stiker pelekat dinding rumah yang mereka jual dan mendapat permintaan tinggi.

Ada banyak pilihan pelekat dinding rumah jenis sticker yang cantik di website eCommerce Lazada Malaysia
Beli Stiker Dan Wallpaper Pelekat Dinding Rumah Murah Online
Semalam saya singgah ke rumah rakan lama di Bertam Perdana Pulau Pinang. Dan itu adalah kali kedua saya ke rumah beliau. Dan ada satu benda yang menarik perhatian saya ketika itu iaitu pelekat dinding rumah. Dan saya terus tanyakan kepada beliau, di mana beliau beli, berapa harga dan bagaimanakah beliau memasangnya. Ada beberapa tips yang beliau kongsikan hasil dari pengalaman beliau membeli pelekat dinding untuk rumah beliau sebelum.
Untuk masalah pelekat dinding rumah jenis penuh dari atas sampai ke bawah, beliau nasikatkan saya mendapatkan pelekat dinding iaitu “pelekat wallpaper” jenis yang coraknya adalah sama. Maksudnya begini, katakan anda ambil pelekat dinding dengan corak bunga. Sila pastikan sisi tepi pelekat dinding tersebut mempunyai corak bunga yang sama jarak antara satu sama lain. Kalau pakai main beli, takut selepas anda siap melekatkan pelekat dinding yang pertama.

Memang cantik dan kiut jika anda melihat tawaran pelekat dinding rumah di website Shopee Malaysia ini
Dan ketika mahu melekatkan pelekat dinding yang kedua, coraknya menjadi tidak sekata. Jadi kena lihat juga akan masalah ini. Selalunya corak dengan corak halus atau garisan tiada masalah. Kalau corak agak besar, maka perkara ini memang anda kena lihat lebih serius.
Website Yang Menjual Pelekat Dinding Rumah
- Lazada – memang mudah mencari dan membeli pelekat dinding rumah di sini
- 11Street – ada banyak juga pelekat untuk dinding rumah yang cantik di sini
- Shopee – rambang mata dibuatnya kalau anda melihat pelekat dinding rumah di sini
- Ezbuy – beli pelekat dinding untuk rumah yang murah dari China dalam RM di sini
- Amazon – dapatkan sticker dan wallpaper dinding rumah berkualiti di sini
- AliExpress – kalau hendak murah, beli sahaja terus dari China melalui web ini
Untuk pelekat dinding rumah jenis sticker yang bukan seluruh dinding seperti corak matahari, permandangan, burung, hutan, abstrak dan sebagainya, ada banyak pilihan sticker pelekat dinding rumah yang cantik cantik untuk anda pilih. Jadi rambang mata dibuatnya nanti. Di atas ini saya kongsikan gambar dan juga senarai website yang anda menjual sticker dan juga wallpaper pelekat dinding untuk rumah kediaman anda. Selamat mencuba. Bye.
Leave a Reply