Proses tumbesaran bayi (baby) dan kanak kanak memang cepat. Minggu lepas saya balik kampung dan terdengar adik perempuan menceritakan tentang anak beliau. Dia kata, “along, cuba kau tengok anak saudara kita tu, kau rasa anak dia umur berapa bulan?”. Saya jawab “tak tahu, nampak macam masih bayi lagi!”. Adik saya tanya lagi “kau agak agak berapa beza umur anak saudara kita tu dengan anak kita?”. Rupa rupanya beza umur 2 anak kecil ini hanya 1 bulan sahaja. Satu lagi masih pasif dan tidak banyak bergerak. Dan anak adik saya sudah mula meniarap dan bergerak aktif. Rupa rupanya setiap budak berbeza tumbesaran mereka. Atas sebab itulah adik perempuan saya terus membeli stroller kanak kanak untuk anak beliau.
Saya pada mulanya memang sedar akan kehadiran stroller kanak kanak di rumah emak. Tetapi tidak pastilah siapa yang punya. Sebab saya perasan adik perempuan saya memang sebelum ini tidak pernah membeli baby stroller pun. Rupanya beliau beli kerana anak beliau yang baru berumur 7 bulan sudah mula lasak bergerak sana sini. Jadi cara yang paling mudah untuk membawa jalan jalan adalah dengan membeli kereta sorong bayi/kanak kanak untuk membawa anak beliau.
Beli Stroller Kanak Kanak Online
Di sebab proses tumbesaran bayi atau kanak kanak itu cepat sangat membesar. Ada para ibu bapa yang hanya ingin dapatkan stroller kanak kanak yang murah, ringan dan ringkas sahaja. Tidak mahu terlalu membazir untuk membeli stroller yang mahal mahal. Lagi pula, bila anak anak sudah mula berjalan, mereka akan banyak berjalan sendiri. Kecuali kalau anda adalah keluarga yang sering berjalan ke pelbagai tempat.
Laman Web Yang Menjual Stroller Kanak Kanak
- Lazada – menjual banyak kereta sorong stroller kanak kanak
- 11Street – menawarkan pelbagai jenis variasi strollers untuk anak anda
- EzBuy – website EzBuy mempunyai stok strollers yang banyak pilihan
- AliExpress – mahukan stollers dari China, jangan lupa website Aliexpress
- Amazon – Amazon ini adalah syurga bagi pembeli baby stroller
Saya pernah tanya rakan sekerja saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya tanyakan kepada mereka samada mereka pernah membeli stroller kanak kanak melalui internet. Jawapan mereka adalah YA. Malah beliau pernah membeli 2 kereta strollers sekaligus. Satu dari jenis yang berkualiti dan berat dan satu lagi stroller yang ringan dan murah. Dan pengalaman mereka membeli secara online adalah baik. Dan di atas ini saya kongsikan dengan anda beberapa website yang ada menjual pelbagai jenis reka bentuk termasuk pelbagai tahap harga untuk anda cari dan pilih stroller kanak kanak yang anda berkenan di hati anda untuk anak kecil kesayangan anda. Bye.
Leave a Reply