Kalau anda menjalankan bisnes samada berbentuk online mahupun online. Yang anda perlukan adalah kedai atau syarikat penghantaran barang yang berdekatan dengan tempat tinggal anda bagi memudahkan urusan pengeposan barang dari anda kepada pelanggan. Dan sudah tentu kos pengeposan barang akan menjadi perkara yang perlu anda lihat supaya harga jualan anda nanti tidak terlalu tinggi dan membebankan bakal pembeli produk anda. Harga yang tidak kompetitif akan memberi kesan kepada keputusan membeli oleh prospek anda. Setuju?
Oleh itu ada 2 faktor yang perlu anda lihat sekiranya berhajat menggunakan mana mana servis perkhidmatan syarikat penghantaran barang ini. Yang pertama adalah soal lokasi. Apabila anda perlu selalu membuat penghantaran pos barang, anda perlu menggunakan mana mana syarikat kurier servis yang paling dekat dengan rumah anda. Cukup rugi dan tidak berbaloi jika ianya agak jauh dari rumah atau tempat bisnes anda. Buang masa dan buang duit.
Senarai Syarikat Penghantaran Barang Kurier Murah Di Malaysia
Dan faktor yang kedua pula adalah soal berkenaa harga iaitu rate kadar yang dikenakan terhadap lokasi sesuatu tempat. Perihal soal servis samada cepat atau lambat adalah perkara yang subjektif. Kadang cepat kadang lambat. Ianya sangat berkaitan dengan masa, cuaca dan juga sikap manusia. Jadi anda tidak boleh cakap servis yang bagus itu mesti mahal harganya. Tidak juga. Kalau boleh anda dapatkan servis penghantaran barang yang mengenakan rate harga pos barang yang rendah, murah dan dalam masa yang sama cepat proses penghantarannya.
Kedua dua ini adalah faktor yang biasa yang perlu dilalui oleh mana mana peniaga. Kalau bisnes anda terlalu aktif yang menyebabkan anda menjadi terlalu sibuk, saya mencadangkan anda menggunakan syarikat penghantaran barang yang boleh mengambil barang terus dari anda. Maksudnya syarikat kurier tersebut boleh datang ke rumah atau lokasi bisnes anda dan terus membuat penghantaran kepada customer anda. Berminat? Anda boleh melihat dan membuat perbandingan terus syarikat penghantaran barang mana yang memberikan kadar pos barang yang murah dan terbaik secara online dengan mendaftar dan klik link di bawah ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply