Saya pernah berpengalaman membeli sebuah teropong untuk melihat sesuatu yang jauh dan berasa teruja apabila berjaya nampak perkara yang dilihat kelihatan dekat. Itu kisah lebih 10 tahun lalu. Ketika waktu itu, harga bagi sebuah teropong jarak jauh jenis kecil pun sudah agak mahal. Saya membelinya dengan harga RM200 seingat saya. Ianya memang agak kecil dan boleh muat diletakkan dalam poket seluar. Namun memang terasa binaannya berkualiti. Dan paparan imej gambar yang dilihat melalui teropong berkenaan memang agak memuaskan hati. Sampaikan ramai rakan hendak meminjamnya.
Zaman sekarang, rasanya sudah banyak teropong jarak jauh yang dijual dengan harga murah. Anda boleh dapatkannya serendah bawah RM100. Namun, kalau hendakkan kualiti dan berupaya melihat objek yang agak jauh, kenalah melabur duit yang lebih sedikit. Ini kerana, perkara yang membuatkan sesebuah teropong itu mahal harganya adalah kerana kanta mata. Lebih mahal harganya, lebih berkualiti dan lebih jelas imej gambar yang berupaya ianya dapatkan. Perkara yang seronok ketika menggunakan teropong adalah dapat melihat objek yang jauh secara dekat.
Membeli Teropong Jarak Jauh (Binocular) Murah Online
Teropong jarak jauh yang saya maksudkan ini adalah dari jenis “binocular” dan bukannya “teleskop”. Harap anda dapat bezaan antara keduanya. Kalau anda jenis suka jalan jauh, suka masuk hutan, suka kepada tempat yang besar dan luas, maka anda memang memerlukan sebuah teropong. Kadang kala minat melihat burung dan hobi kepada alam sekitar juga akan membuatkan seseorang itu cuba untuk membeli dan memiliki sebuah teropong jarak jauh.
Pengalaman saya beli teropong jarak jauh dulu adalah dari jenama Olympus. Di pasaran rasanya brand Olympus, Fujifilm, Canon dan juga Nikon adalah empat jenama yang popular dengan kualiti. Kalau bajet wang adalah masalah anda, anda boleh sahaja dapatkan mana mana teropong buatan dari negara China yang dijual dengan harga murah. Barang dari China sekarang pun sudah banyak yang berkualiti. Berminat?
Website Yang Menjual Binocular
- Lazada – ada sangat banyak teropong jarak jauh yang boleh dicari di sini
- 11Street – anda juga boleh mencari teropong untuk dua mata di sini
- Ezbuy – anda boleh mencari teropong buatan China murah di sini
- Amazon – anda boleh beli teropong yang berkualiti dari luar negara di sini
- AliExpress – ada banyak pilihan teropong yang murah dari China di sini
Kalau anda mahukan sebuah teropong jarak jauh yang memudahkan urusan anda. Sila dapatkan sebuah teropong dari jenis kecil yang boleh anda masukkan atau sangkutkan pada badan anda. Soal harga jangan bimbang. Ada yang paling murah serendah bawah RM50 dan paling mahal sehingga ribuan ringgit. Dan di atas ini saya kongsikan beberapa website yang boleh anda survey untuk mencari mana mana binocular yang anda mahukan. Selamat mencuba.
Leave a Reply