Ketika pertama kali LAZADA masuk ke pasaran Malaysia, saya salah seorang yang membeli barang secara online di platform eCommerce Lazada. Kemudian selepas itu, Shopee masuk ke pasaran Malaysia pun saya tidak berapa hendak teringin menggunakan Shopee. Dan ya, saya salah seorang yang aktif buat duit dengan Lazada melalui program affiliate mereka tapi melalui pihak ketiga iaitu InvolveAsia lah. Saya berikan bukti yang saya memang buat duit dengan affiliate Lazada melalui InvolveAsia. Yang tahu tu, tahulah. Sila lihat gambar pertama di bawah ini sebagai bukti.
Kemudian, saya mula merasakan ada yang kurang dari segi pengalaman menggunakan aplikasi Lazada. Saya cuba guna aplikasi Shopee dan terus suka sejak hari itu. Tapi saya tidak lah aktif buat duit dengan affiliate Shopee. Dan saya sendiri sudah tidak lagi mempromosikan affiliate Lazada. Stop 100%. Saya mula berjinak buat duit dengan iklan dari video di YouTube sehinggalah sekarang. Cuma pada bulan July 2025 saya dihubungi oleh Shopee untuk menyertai kempen affiliate YouTube Shopping. Program kerjasama antara YouTube dengan pihak Shopee. Ya saya join.
Mudah Dapat Income Dari Affiliate Lazada Video Dari Rumah
Ketika artikel ini ditulis, Lazada Malaysia (10/11) juga mengumumkan bahawa mereka juga telah bekerjasama dengan pihak YouTube sama seperti Shopee sebelum ini. Makanya, start hari ini, link affiliate dari Lazada boleh dipautkan (tag) kepada video di YouTube. Dan pihak pemilik channel YouTube selepas ini boleh mula menjana pendapatan (monetise) dengan affiliate Lazada dengan mudah. Adakah saya juga menyertainya? Jawapannya adalah sudah tentu. Kenapa?
Kita kena faham ya. Di Malaysia, platform online shopping popular adalah dari Shopee dan juga Lazada. Dengan kata lain, anda orang suka beli barang di Shopee. Dan ada orang suka beli barang di Lazada. Jadi adalah satu tindakkan yang munasabah kalau saya mempromosikan kedua duanya sekali. Jadi kalau ada orang beli barang selepas menonton video saya di YouTube, jika mereka klik pada link affiliate Lazada, maka saya akan mendapat komisen. Mudah bukan?

Daftar / Register Akaun Lazada
- [ Lazada ] – sila daftar akaun Lazada Malaysia di sini
- Boleh masukkan kod tajaan “Aa5P9KGy” jika mahu mendaftar bawah referral code saya
Sekarang zaman content creator berbentuk video. Orang lebih suka menonton video pendek berbanding melihat gambar atau membaca. Dan pihak Lazada juga tidak mahu ketinggalan di dalam area ini. Maka dengan kerjasama antara Lazada dan juga YouTube, maka akan ada lebih banyak pembuat kandungan video yang akan berkongsikan link affiliate Lazada pula selepas ini. Jika anda berminat, sila daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.