Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Buat Duit Dari Rumah Dengan YouTube Affiliate Shopping

Posted on September 21, 2025November 2, 2025 by admin

Ya, blog ini adalah tentang jual beli rumah. Tidak kisahlah samada anda mahu beli rumah baru atau terpakai (sub-sale), anda boleh refer ejen hartanah kami. Dan kalau anda mahu jual rumah anda, anda juga boleh melalui ejen kami. Cumanya di artikel kali ini, dengan tema “bisnes dari rumah”, saya mahu berkongsikan sedikit sebanyak peluang buat duit online yang boleh anda cuba buat dari rumah anda. Dan platform yang saya mahu kongsikan adalah platform YouTube. Rasanya semua orang kenal dan pernah guna YouTube betul?

Tajuk yang saya kongsikan di atas ini adalah “YouTube Affiliate Shopping” betul? Sejak pertengahan tahun 2025, YouTube telah menawarkan program affiliate mereka dengan kerjasama Shopee. Ya, anda tidak salah dengar. YouTube dan Shopee telah berkerjasama menawarkan platfrom untuk anda review produk dengan cara meng-upload video di YouTube dan kemudian link kan video tersebut dengan link affiliate dari Shopee. Dan saya salah seorang yang menyertai program ini. Dan ya, saya berjaya menjana pendapatan melaluinya.

YouTube affiliate shopping Shopee
YouTube affiliate shopping Shopee

Saya telah mendapat jemputan dari pihak Shopee untuk menyertai kempen mereka. Dan saya sendiri tidak tahu pada awalnya akan sebab kenapa mereka memilih saya. Dan hanya sebulan selepas itu barulah saya tahu bahawa saya dipilih kerana mempunyai akaun channel di YouTube dengan jumlah subscriber melebihi 10K. Rupa rupanya kempen ini iaitu YouTube affiliate shopping hanya ditawarkan kepada akaun YouTube yang mempunyai subscriber minima 10K dan ke atas sahaja. 

Jadi adakah anda yang mempunyai subscriber kurang dari 10K tidak boleh buat duit dengan YouTube affiliate shopping Shopee ini? Jawapannya ya, masih boleh. Cuma akaun link affiliate tidak ter-integrasi secara automatik kepada video produk review yang anda upload di YouTube channel anda. Maksudnya apa? Jom saya ceritakan.

Link affiliate Shopee automatik terpapar pada video di YouTube channel
Link affiliate Shopee automatik terpapar pada video di YouTube channel

Program affiliate YouTube shopping adalah dengan kerjasama bersama Shopee. Dan akaun channel YouTube yang layak join adalah untuk anda yang mempunyai subscriber sebanyak 10K dan ke atas sahaja. Dan akaun YouTube channel anda akan mendapat fungsi untuk link kan dengan produk Shopee secara terbina. Sila lihat gambar kedua di atas ini. Itulah paparan iklan produk yang pada video saya yang saya pautkan kepada link affiliate Shopee.

Dan kepada anda yang tidak cukup minima 10K subscriber pun masih boleh buat duit dari rumah dengan YouTube dan juga Shopee ini. Cumanya link affiliate Shopee anda kena letak secara manual lah. Anda pasti terbiasa nampak ruangan description video di YouTube yang diletakkan sekali dengan link affiliate produk yang diiklankan betul tidak? Itulah maksud manual yang saya ceritakan tadi.

Masukkan link affiliate Shopee secara manual di description video YouTube channel
Masukkan link affiliate Shopee secara manual di description video YouTube channel

Bagi saya, anda tidak perlu risaukan tentang automatik atau manual untuk letakkan link affiliate Shopee di akaun YouTube channel anda. Yang penting anda buat sahaja. Jika belum ada 10K subscriber pun ok. Teruskan sahaja upload video video baru. Nanti seiring berjalannya waktu, jumlah subscriber anda pasti akan naik sedikit demi sedikit. Itulah yang berlaku kepada channel YouTube saya. Saya bukan popular. Video pun sendu. Akibat rajin upload video baru, lama lama berjaya juga capai 10K subscriber.

Daftar / Register Akaun Shopee

  • [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini

Anda suri rumah? Atau anda ketua keluarga yang hilang mata pencarian dan kini duduk di rumah. Dan mungkin dengan buat video di YouTube boleh membantu anda. Mulakan merakam dan upload video menggunakan produk yang anda di rumah anda. Contohnya kerusi, pinggan mangkuk, kipas, mainan anak, cara cara diy, cara masak dan bermacam lagi boleh dibuat dari rumah anda. Semuanya adalah produk yang boleh anda iklankan dan letakkan lah link affiliate Shopee pada video anda dan mula menjana pendapatan online dari rumah bersama YouTube affiliate shopping Shopee. Berminat? Daftar sekarang melalui link Shopee di atas ini ya. BYE!!!.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme