Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Ejen Hartanah Cover Seluruh Semenanjung Malaysia

Posted on August 15, 2025November 2, 2025 by admin

Bila beli rumah atau mahu jual rumah, antara individu yang akan membantu kita adalah “EJEN HARTANAH” iaitu properties agent. Dan sebutan yang betul dan tepat sebenarnya adalah Real Estate Negotiator (REN) dan dalam bahasa melayu Malaysia kita bolehlah sebut dan panggil mereka ini dengan panggilan “perunding hartanah”. Mereka ini akan membantu anda ketika anda mahu membeli atau menjual rumah. Sebagai permulaan, sila pastikan ejen hartanah tersebut adalah berlesen dan berdaftar dengan setiap dari mereka wajib kena ada nombor REN sebagai pengenalan diri yang sah berdaftar. Harap maklum.

Saya telah berurusan dengan 2 orang ejen hartanah dalam urusan penjualan rumah. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Namun yang menjadi fokus utama saya selepas jualan rumah selesai adalah adakah mereka (REN) ini boleh membantu urusan pembelian dan penjualan rumah seluruh semenanjung Malaysia. Alhamdulillah, jawapannya adalah YA!!!. Dan maaf, saya tidak ingat tentang siapa ejen hartanah yang saya pernah berurusan ketika proses beli rumah pertama kali 12 tahun lalu. Jadi fokus pada kali ini lebih kepada memperkenalkan ejen hartanah iaitu perunding hartanah yang saya telah berusan baru baru ini. Harap maklum.

Ejen hartanah adalah perunding hartanah untuk tolong uruskan proses jual beli rumah
Ejen hartanah adalah perunding hartanah untuk tolong uruskan proses jual beli rumah

Whatsapp Ejen Hartanah | Perunding Hartanah | REN Jual Beli Rumah

Semua REN atau mana mana ejen hartanah pastilah akan menjalankan tugasan mereka sebaik mungkin. Teringat saya akan kata kata dan lontaran negatif yang ramai orang awam berikan kepada ejen hartanah seperti ini. Katanya mereka ini semua makan komisen, rumah di markup kaw kaw tinggi, beli terus dari owner lebih murah dan bermacam macam lagi. Sebenarnya selepas saya bekerjasama dengan ejen hartanah ini, rasanya apa yang mereka tawarkan itu adalah bayaran patut dan layak untuk mereka kerana ianya tetap tertakluk kepada undang undang. Selagi pemilik rumah bersetuju, maka segala urusan jual beli hartanah adalah sah legal dan halal sebenarnya. Tidak ada isu pun.

Setiap ejen hartanah iaitu REN ini WAJIB untuk berkerja di bawah agensi hartanah. Secara ringkas, REN adalah seorang perunding hartanah yang bekerja di bawah agensi dan memainkan peranan penting dalam membantu urusan yang berkaitan dengan hal jual beli hartanah dan salah satunya adalah rumah.

Tugas & Tanggungjawab REN

  • Mengurus transaksi hartanah
  • Buat penilaian harga
  • Buat pemasaran
  • Buat saringan pembeli
  • Mengurus proses rundingan
  • Buat proses penyediaan dokumen
  • dan lain-lain.
Ketika saya mahu menjual rumah, 2 ejen hartanah masing masing melakukan kaedah marketing mereka yang tersendiri. Masing masing ada cara mereka yang tersendiri. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. TETAPI, jika anda sudah sain perjanjian untuk jual atau beli dari seorang ejen hartanah, sila biarkan perunding hartanah ini buat kerja sehingga selesai dan jangan mencari ejen hartanah yang lain. Harap maklum.
Ejen hartanah adalah Real Estate Negotiator (REN) untuk uruskan proses jual beli rumah
Ejen hartanah adalah Real Estate Negotiator (REN) untuk uruskan proses jual beli rumah

2 Perunding Hartanah (REN) Malaysia

  • Ejen hartanah lelaki (REN51XXX – contoh sahaja)
  • Ejen hartanah wanita (REN48XXX – contoh sahaja)

Kelebihan ejen hartanah REN lelaki yang saya recommend ini mempunyai talian dengan investor hartanah bagi menawarkan pemilik rumah (home/house owner) untuk di renovasi terlebih dahulu sebelum menjual rumah. Rumah anda akan diperbaiki dan dicantikkan dan barulah akan dijual kepada pembeli (home/house buyer) yang berminat.

Kelebihan ejen hartanah REN wanita ini pula menawarkan untuk membantu anda yang mahu menjual rumah untuk seluruh Malaysia. Beliau menawarkan proses “major cleaning” sahaja sebelum menjual rumah anda. Cumanya anda boleh meminta harga jualan rumah yang sedikit tinggi berdasarkan persetujuan bersama.

Ejen Hartanah Seluruh Malaysia

  • [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat mendapatkan bantuan saya untuk urusan jual beli rumah guna ejen hartanah

Jika anda mahu beli rumah baru atau rumah terpakai sub-sales, anda juga boleh menggunakan khidmat ejen hartanah ini. Memang tugas mereka membantu proses jual dan beli rumah. Bolehkah beli rumah baru di showroom guna perunding hartanah? Jawapannya adalah ya boleh. Ejen hartanah yang berlesen ada nombor REN dan mereka boleh jual rumah tersebut atas lantikan developer rumah baru dengan mengeluarkan surat undertaking tanpa masalah. Tidak kisahlah samada anda mahu beli atau jual rumah, selagi anda mahu bantuan khidmat dari ejen hartanah REN yang berlesen dan berdaftar, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2026 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme