Teringat saya ketika pertama kali beli rumah milik diri sendiri pada tahun 2012 di Johor. Saya masih muda ketika itu. Dan ilmu hartanah pun ZERO. Memang tidak tahu apa apa knowledge berkenaan cara dan panduan untuk membeli rumah. Tapi saya jenis seorang yang simple dan terus pergi sahaja ke showroom jualan rumah baru seorang diri. Jumpa staff jualan rumah, bertanya kepada mereka tentang proses beli rumah dan akhirnya membawa kepada persetujuan untuk membeli rumah tersebut. Akhirnya saya berjaya memiliki rumah sendiri atas nama diri sendiri. Tahniah!!!
Yang lawaknya, selepas saya balik dari bercuti dan masuk kerja. Rakan bertanya saya satu soalan sahaja. “Kau buat loan rumah berapa lama? berapa tahun?”. Terpinga pinya saya hendak menjawabnya. Kenapa? Sebab saya sendiri tidak tahu tempoh bayaran yang saya perlu bayar sehingga selesai. Ya, saya mengaku saya tidak tahu apa apa. Saya newbie dan saya kosong knowledge. Bila saya semak semula jadual pembayaran di surat agreement S&P, barulah saya sedar dan tahu rupa rupanya rumah yang saya beli itu perlu dibayar dalam tempoh 40 tahun lamanya. Tersandar sekejap. Kenapa?

Panduan Beli Rumah Baru
Beli rumah bukan macam beli kereta. Biasanya pada awal tahun, bayaran bulanan rumah adalah lebih kepada bayar interest sahaja berbanding pinjaman pokok. Contoh rumah yang saya beli itu berharga RM150K. Bulanan adalah RM600 selama 40 tahun. Setiap kali saya bayar RM600, hanya RM120 bayaran pokok (prinsiple) dan RM480 pula adalah bayaran untuk interest. Apa yang anda dan saya belajar dari kisah ini? Kalau buat loan rumah lama lama, nanti kalau hendak jual, hutang pokok dengan pihak bank masih lagi tinggi sebab kita rupa rupanya baru bayar sedikit sahaja. Jelas? Faham?
Persediaan Untuk Beli Rumah
- Deposit : downpayment beli rumah adalah 10% harga rumah
- Kos Peguam (yuran guaman) : 1.25% dari harga rumah(tertakluk kepada minimum sebanyak RM500)
- Ejen Hartanah : 3% dari harga rumah jika anda beli rumah subsale iaitu terpakai
- Duti Setem ;
- Perjanjian Jual Beli SPA : RM10
- Perjanjian Pinjaman Bank : 0.5% dari harga rumah
- Surat Serah Hak (MOT @ DOA) : 1%-4% dari harga rumah
- Deposit bil api & air sebagai syarat untuk elektrik dan air disambungkan ke rumah yang anda beli
- Done
Untuk wang muka (deposit | downpayment), anda boleh keluarkan simpanan KWSP akaun 2. Pihak KWSP membenarkan ahli pencarumnya untuk membuat pengeluaran wang bagi tujuan membeli rumah. Duit untuk bayar peguam juga boleh anda sekalikan menggunakan wang hasil pengeluaran akaun KWSP. Itu kalau anda duit dalam akaun KWSP lah. Kalau tiada atau kurang cukup, memang kena topup guna duit simpanan sendiri.

Hendak beli rumah memang kena ada persediaan wang yang cukup. Kos paling besar adalah untuk menyediakan downpayment dan juga bayaran peguam. Inilah kos terbesar. Lain lain bolehlah dianggap kecil. Dan kos deposit pemasangan meter air dan elektrik adalah wajib sebelum anda akan diberikan kunci untuk masuk rumah baru anda. Jelas? Faham?
Ejen Hartanah Seluruh Malaysia
- [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat mendapatkan bantuan saya untuk beli rumah baru atau terpakai.
Kalau anda berminat hendak beli rumah. Tidak kisah samada rumah baru atau rumah terpakai (sub-sales), anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Saya bukan seorang ejen hartanah atau peguam hartanah. Saya cumalah seorang pemilik rumah iaitu house owner yang telah berjaya membeli dan menjual rumah menggunakan khidmat dari ejen hartanah. Atas pengalaman kecil ini, saya berminat untuk mencadangkan anda kepada ejen hartanah bagi membantu anda di dalam hal urusan yang berkaitan dengan proses pembelian rumah idaman anda. Harap maklum ya. BYE!!!.

