Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu
Upload video di Shopee guna menu live & video untuk publish Shopee video

Buat Duit Dengan Affiliate Shopee Video

Posted on October 13, 2025 by admin

Jika anda adalah pengguna aplikasi eCommerce online shopping dari SHOPEE. Saya pasti akan perasan akan iklan produk berbentuk video betul tidak? Dan ya saya pasti ramai dari anda juga sedar akan program affiliate Shopee. Cumanya saya bukan seorang yang rajin dan suka share link affiliate Shopee di sana sini di platform media sosial. Saya cuma menyertai kempen buat duit dengan affiliate YouTube shopping Shopee sahaja itu pun sebab dapat jemputan dari team Shopee sendiri.

Cumanya saya sendiri BARU TAHU bahawa kita juga boleh buat duit dengan menjana income pendapatan dari video yang kita upload di Shopee. Ya, di Shopee ada video menegak jenis potrait sama macam video di Tiktok. Anda boleh letak “beg kuning” sama macam video di Tiktok juga. Cumanya di Shopee warna beg kuning adalag BEG OREN lah sebab warna tema Shopee itu sendiri berwarna oren. Jadi macam mana nak buat affiliate di Shopee guna video?

Upload video di Shopee guna menu live & video untuk publish Shopee video
Upload video di Shopee guna menu live & video untuk publish Shopee video

Mudah Dapat Income Dari Affiliate Shopee Video Dari Rumah

Sebenarnya ketika anda membuka aplikasi Shopee, terdapat menu yang tertulis “Live & Video” di bawah itu. Sila lihat gambar pertama di atas ini. Anda boleh klik menu tersebut dan menonton ke semua video yang mempromosikan produk yang diiklankan. Anda pasti nampak beg oren bukan? Dan di beg oren ada untuk tekan “Buy Now” untuk beli produk barangan tersebut. Jika anda upload video dan ada orang yang tonton video anda dan tekan butang buy now untuk beli barang tersebut, maka anda akan terus dapat komisen. Mudah bukan.

Anda seorang suri rumah. Atau mahu buat duit tambahan sebagai part time dari rumah. Ya, salah satu cara yang saya sarankan adalah dengan buat duit dari program affiliate Shopee video. Upload video di aplikasi Shopee dan tag dengan link beg oren. Mudah.

Komisen income dari affiliate Shopee Video
Komisen income dari affiliate Shopee Video

Ramai yang komen mengatakan tidak ada produk. Ramai cakap tidak ada duit atau modal untuk beli produk tersebut. Saya bukan hendak sembang kencang. Tapi ini adalah benda yang saya lalui sendiri. Ini adalah benda yang saya sendiri buat. Ya, kalau anda ada duit, anda boleh beli barang tersebut untuk buat rakaman video dan produk review. Tapi jika anda tidak ada modal, dan anda mahu buat duit dari rumah, maka produk yang anda harus rakam adalah produk dan barangan yang ada di dalam rumah anda sahaja. Susah ker?

Rumah anda ada tv, peti ais, dapur memasak, lampu, kipas, pinggan mangkuk, berus bilik air, tilam, katil, jam tangan, handphone dan macam macam lagi. Rakam sahaja ke semua barangan tersebut. Jangan kisah kalau produk anda nampak lama atau lusuh. Buat permulaan ini yang kita mahu adalah keazaman anda untuk menghasilkan video dan konsisten merakam video. Tidak guna ada barang mahal, kamera smartphone hebat, tapi anda lesu dan malam untuk memulakan langkah yang pertama. Setuju?

Ketahui jenis produk yang dibeli melalui link affiliate video Shopee anda
Ketahui jenis produk yang dibeli melalui link affiliate video Shopee anda

Daftar / Register Akaun Shopee

  • [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini

Berapa banyak komisen income boleh dapat dengan upload video di Shopee? Saya tidak boleh cakap 100%. Ianya bergantung kepada usaha lah. Ini adalah salah satu cara yang boleh anda buat jika anda berminat mencari cara untuk tambah income dari rumah. Anda masak maggi, rakam dan upload lah di Shopee. Simple. Mahu atau tidak mahu sahaja. Saya harap perkongsian ringkas ini memberikan sesuatu kepada anda yang hendak tahu tentang program affiliate Shopee yang memfokuskan kepada video. Selamat mencuba. BYE!!!.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme