Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Apa Itu LG Subscribe

Posted on November 2, 2025November 2, 2025 by admin

Sebenarnya saya sudah nampak iklan berkenaan “LG Subscribe” sejak tahun lepas 2024 lagi. Ianya menarik perhatian saya, cumanya saya tidak berkesempatan untuk membuat carian dan pembacaan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Cumanya dalam 1 minggu ini (Oct 2025), saya ternampak lagi akan iklan jana pendapatan bersama produk LG dan saya terus klik, baca dan join tanpa berlengah. Sebab apa? Sebab saya mahu tahu berkenaan “Tawaran Murah Produk LG” dan “Peluang Jana Income Bersama LG” yang ada.

Saya adalah peminat produk LG. Di rumah saya ada menggunakan mesin basuh jenama LG. Dan saya juga adalah pengguna peti ais jenama LG. Malah tidak segan kalau saya katakan kebanyakkan produk peti ais dan juga mesin basuh di rumah yang berkualiti adalah dari jenama LG. Saya pasti rumah anda pun begitu. Orang yang sedang melakukan survey pun pasti hendak memilih produk LG. Masalahnya adalah berkenaan “harga”. Ramai hendak guna produk peralatan rumah dari LG tetapi tersangkut kerana masalah harga. Ya, produk LG kadang kala sedikit mahal.

Bayaran bulanan rental untuk penapis air water purifier Atom Tankless LG subscribe
Bayaran bulanan rental untuk penapis air water purifier Atom Tankless LG subscribe

Beli Produk Perkakas Elektrik Guna LG Subscribe

Di Malaysia, sistem pembayaran ansurans bulanan yang popular adalah dari jenama Coway. Ambil barang dan bayar langganan bulanan. Dan setiap beberapa bulan akan ada teknisen yang akan datang untuk buat pemeriksaan dan servis secara berkala. Itu adalah tentang Coway. Bagaimana dengan syarikat yang memang menjual produk dan barangan elektrik di rumah yang popular seperti LG? Ya, LG juga mula memasuki bidang ini dengan nama “LG Subscribe”. Jadi apa itu LG Subscribe?

LG Subscribe adalah program langganan peralatan rumah dari LG yang memungkinkan pelanggan menyewa produk seperti peti sejuk, TV, dan mesin basuh melalui pembayaran bulanan tanpa deposit besar atau pembayaran pendahuluan yang tinggi. Program ini termasuk servis, penyelenggaraan, dan jaminan penuh selama tempoh langganan, serta pemindahan milik produk setelah tempoh kontrak berakhir.

Bayaran bulanan rental untuk aircond penghawa dingin LG subscribe dual inverter
Bayaran bulanan rental untuk aircond penghawa dingin LG subscribe dual inverter
Kelebihan LG Subscribe
  • Tiada deposit: Tidak perlu mengeluarkan wang besar untuk pembayaran pendahuluan. 
  • Bayaran bulanan tetap: Pembayaran bulanan yang lebih mudah untuk mengurus bajet. 
  • Servis dan jaminan: Perlindungan jaminan penuh dan servis percuma disediakan sepanjang tempoh langganan. 
  • Penghantaran dan pemasangan percuma: Penghantaran dan pemasangan peralatan baru juga ditawarkan secara percuma. 
  • Peluang naik taraf: Pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menaik taraf atau menukar produk selepas tempoh tertentu untuk sentiasa menggunakan teknologi terkini. 

Saya tidak berhasrat bercerita panjang lebar berkenaan senarai produk LG yang boleh anda langgan. Anda boleh klik dan baca ya melalui link yang saya sediakan ini. Dan kesimpulan ringkas yang saya boleh berikan berkenaan LG subscribe ini adalah ianya adalah program sewa beli langganan bulanan untuk produk perkakas elektrik buatan brand jenama LG. Mudah cerita, anda berminat hendak guna dan pakai produk LG tetapi mahu bayar secara ansurans bulanan yang rendah, maka program LG subscribe ini adalah pilihan yang ada. Jelas? Faham?

Bayaran bulanan rental untuk mesin basuh dan pengering LG subscribe washer dryer
Bayaran bulanan rental untuk mesin basuh dan pengering LG subscribe washer dryer

Maklumat penting, jika anda mahu melanggan produk LG, sila pastikan yang nama anda tidak di blacklist atau ada rekod CTOS. Sila pastikan nama anda bersih ya.

Cara Beli Produk LG
  1. [ Pricelist LG Subscribe ] – Klik link ini untuk dapatkan senarai harga bayaran bulanan produk LG
  2. Pilih produk yang diingini. 
  3. Pilih samada mahu langganan selama 5 tahun atau 7 tahun
  4. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.
  5. Sertakan dokumen asas seperti IC dan akaun bank aktif.
  6. Anda boleh menyemak status langganan anda melalui aplikasi LG ThinQ
  7. Jika berjaya, produk akan dihantar dan teknisen LG akan buat pemasangan di rumah anda
  8. Pembayaran bermula 1 bulan selepas pemasangan secara auto debit kad kredit atau kad debit

Kena beli di kedai ker barang LG ni? Tidak perlu. Anda hanya pilih produk yang anda mahukan dari list yang saya berikan. Dan pihak kami selaku ejen LG yang akan membuat pendaftaran pembelian produk LG untuk anda. Berikan dokumen yang diperlukan. Jika permohonan berjaya, produk akan dihantar dan dipasang di rumah anda. Selesai. Bulan depan akan terus auto deduct pembayaran dari kad bank anda. Mudah.

Bayaran bulanan rental untuk smart tv LG subscribe
Bayaran bulanan rental untuk smart tv LG subscribe

Kenapa kena beli beli barang LG melalui program LG Subscribe ini? Jawapannya adalah supaya anda boleh dapatkan dan gunakan barang perkakas elektrik LG dengan bayaran rendah dan juga murah. Dan dalam masa yang sama jaminan warranty lebih lama dengan servis berkala sampai habis kontrak. Selesai. Cuba tanya diri anda sendiri. Berbaloi tak beli barang LG di kedai secara ansuran bulanan. Warranty 1-2 tahun jer. Servis berkala pun tidak ada. Kalau beli melalui program LG subscribe akan ada semua tu. Jelas? Faham? Berminat? Sila klik link di atas sekarang juga. BYE!!!.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme