Ya, saya pernah memiliki dan membeli rumah kali pertama 12 tahun lalu. Dan selepas berkahwin, saya dan isteri membeli aset hartanah yang kedua kami iaitu beli rumah Pr1ma. Dan selepas itu saya membuat keputusan untuk menjual rumah yang saya beli sebelum berkahwin dulu atas alasan dan sebab sebab tertentu. Kini aset dan rumah yang kami ada adalah rumah Pr1ma sahaja. Dan adakah keputusan kami ketika mahu beli rumah Prima ini adalah satu keputusan yang betul dan tepat?
Rumah pertama yang saya beli dulu adalah dari jenis rumah teres iaitu jenis landed. Dan rumah kedua iaitu Pr1ma ini pula adalah dari jenis apartment iaitu jenis bertingkat tinggi. Rumah Prima yang kami beli ini ada 33 tingkat. Dan keseluruhan perumahan ini ada sebanyak 1000 buah rumah. Dengan kata lain jumlah penduduk sudah tentulah ramai. Dan inilah kali pertama saya sendiri “hadap” suasana sebenar sebagai pemilik kepada perumahan jenis bertingkat tinggi dan ramai penduduk. Ada masalah yang menimpa? Ya ada!!! Jom saya hanya kongsikan pengalaman saya.
Beli Rumah PR1MA (Baik & Buruk)
Sebagai pembeli dan pemilik kepada perumahan jenis bertingkat tinggi seperti flat, apartment, pangsapuri atau kondominium. Rupa rupanya masalah yang paling utama adalah berkenaan kawasan letak kenderaan iaitu parking kereta. Ya, saya sedar yang rumah Pr1ma yang saya beli ini hanya menawarkan 1 parking kereta sahaja. Namun pada pandangan saya sebagai pemilik rumah jenis bertingkat buat pertama kali ini, saya merasakan kereta yang kedua sudah pastilah akan letak dan parking di kawasan petak letak kereta di bawah iaitu di sekeliling dalam kawasan perumahan. Rupa rupanya saya telah tersilap dan tersalah faham.
Petak kosong untuk letak kenderaan di bawah di dalam kawasan perumahan Prima rupa rupanya hanya di khaskan untuk pelawat (visitor) iaitu rakan, sanak saudara atau ahli keluarga yang berkunjung ke rumah Pr1ma kami. Jadi kepada pemilik rumah yang ada kenderaan lebih dari satu terpaksa parking kereta di luar kawasan perumahan. Jadi apa isunya? Isunya adalah ramai owner rumah yang ada kereta lebih dari satu. Semua parking diluar. Dan kebetulan kawasan parking diluar adalah terhad. Anda fikirlah sendiri apa yang berlaku ketika itu? Terpaksa parking jauh dan ketiadaan ruang parking untuk letak kereta. Memang satu masalah yang besar.
Hendak lebih faham? Saya ada sebuah kereta Proton Preve. Dan isteri pula ada sebuah kereta Perodua Myvi. Sudah pastilah saya akan berikan parking di dalam Pr1ma kepada isteri saya dan saya sendiri akan parking kereta di luar kawasan Pr1ma. Saya beli kerja pukul 7 malam. Sampai di rumah sudah pukul 8 malam. Dan bila sampai ke rumah pada pukul 8 malam, boleh dikatakan 95% parking diluar sudah penuh. Saya terpaksa parking kereta paling jauh setiap hari. Itulah yang saya sedang hadap sekarang.
Kisah ini adalah kisah saya beli dan memiliki sebuah rumah Pr1ma. Saya bukan hendak cakap yang rumah Pr1ma tidak bagus. Yang saya mahu tekankan adalah berkenaan tentang jenis rumah yang anda akan beli itu. Adakah rumah yang anda mahu beli itu dari jenis flat, apartment, pangsapuri atau kondominium? Jika ya, sila pastikan berkenaan masalah “parking kereta”. Adakah disediakan kawasan letak kenderaan yang dekat dengan rumah. Luas atau sempit. Jauh atau dekat. Semua ini adalah penting untuk keselesaan jangka panjang.
Itu adalah berkenaan keburukkan dari rumah jenis bertingkat tinggi ini dan bukan tentang Pr1ma sangat pun. Tapi apa kebaikkan beli rumah Pr1ma? Permohonan loan anda biasanya akan lebih mudah lulus kerana kriteria pemilikkan yang sedikit lebih longgar seperti downpayment yang lebih rendah, rate DSR yang lebih rendah, ada sekolah tadika, ada taman permainan kanak kanak di dalam kawasan Prima, ada kolam mandi, ada dewan untuk acara seperti perkahwinan dan lain lain. Dan ini adalah betul untuk rumah Pr1ma yang saya belilah. Ruma Pr1ma lain saya tidak pasti.
Ejen Hartanah Seluruh Malaysia
- [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat mendapatkan bantuan saya untuk beli rumah baru atau terpakai atau ingin jual rumah segera
Blog ini adalah tentang jual beli rumah. Jika anda mahu jual rumah Pr1ma anda, sila pastikan ianya sudah lebih dari 5-10 tahun berdasarkan syarat awal pemilikkan rumah Prima di seluruh Malaysia. Kalau rumah yang anda beli sudah melepasi sekatan penjualan, maka anda boleh jual rumah tersebut jika berminat. Dan kepada anda yang mahukan bantuan dari ejen hartanah untuk market dan jualkan rumah anda, anda boleh hubungi saya melalui link Whatspp di atas ini ya. Kami boleh touch up rumah anda, repair yang rosak, cantikkan rumah dan rumah anda pasti akan terjual dengan lebih mudah. BYE!!!.