Skip to content

Wanwidget

Panduan Cara Jual & Beli Rumah Mudah Online

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu
Proses renovasi rumah sebelum jual rumah

Cara Mudah Jual Rumah Guna Investor

Posted on August 14, 2025 by admin

Sebenarnya ramai jer pemilik rumah yang menghadapi keadaan di mana sukar untuk menjual rumah. Dan salah satu faktor terbesar adalah gagal mendapatkan pembeli iaitu buyer yang berminat untuk membeli rumah terbabit. Samada atas sebab rumah nampak tidak cantik atau pun harga yang diminta pula adalah terlalu mahal iaitu jauh di atas harga pasaran semasa. Jika anda adalah pemilik rumah dan berada di dalam dilema seperti ini, anda sebenarnya memerlukan pertolongan dari seorang “ejen hartanah” dan “investor hartanah” bagi membantu dan menyelesaikan masalah anda yang sukar menjual rumah.

Kisah saya sendiri mahu beli rumah terpakai (subsale) Di Pulau Pinang. Jom kita pandang dari sudut bakal pembeli rumah terlebih dahulu. Saya dulu pernah datang melihat rumah yang ingin dibeli. Masalahnya rumah tersebut agak buruk, kotor sana sini dan ada kerosakkan yang mana akhirnya kami suami isteri menolak untuk teruskan pembelian rumah tersebut. Sudahlah rumah dari jenis lama. Kalau selepas beli pun kena baiki, renovate rumah dan baru boleh duduk. Macam tidak berbaloi dengan kos yang bakal kami keluarkan selepas beli dan memiliki rumah tersebut. Dan ini adalah kisah selepas saya beli rumah pertama di Johor.

Jual rumah cara mudah guna investor untuk renovate rumah sebelum jual rumah kepada pembeli
Jual rumah cara mudah guna investor untuk renovate rumah sebelum jual rumah kepada pembeli

Berminat Renovate Rumah Sebelum Jual Rumah Guna Modal Investor?

Biasanya dari sudut pembeli kebanyakkan, mereka hendak rumah yang mahu dibeli itu dalam keadaan elok cantik keadaan rumah dan harganya pula murah iaitu tidak melebihi harga pasaran. Kalau mahal sedikit dari harga pasaran pun masih boleh diterima asalkan harganya masih dianggap munasabah berdasarkan faktor semasa keadaan rumah tersebut. Mudah cerita, hendak rumah terjual dengan mudah adalah, rumah mestilah kena cantik, bersih, elok, sambungan elektrik baik, tidak ada kebocoran perpaipan, ada kabinet dapur dan lain lain yang dirasakan perlu untuk zaman sekarang.

TETAPI, bukan semua pemilik rumah iaitu selaku owner ada duit untuk melakukan proses baik pulih rumah tersebut sebelum dijual. Jadi atas faktor ini, mahu tidak mahu anda memang perlukan bantuan agent properties yang bekerjasama dengan pemodal (INVESTOR) yang akan melabur wang mereka bagi proses baik pulih dan renovasi rumah anda. Ada ker investor macam ni? Jawapannya adalah YA ADA!!! Sebab itulah saya tulis dan kongsikan dengan anda melalui penulisan di dalam posting artikel ini. Menarik bukan? Teruskan membaca.

Mungkin ada yang masih kurang jelas. Begini. Di luar sana ada sangat banyak agensi hartanah. Dan di dalam agensi ini ada ejen hartanah yang kerja mereka membantu proses jual beli rumah terus kepada bakal penjual rumah atau kepada bakal pembeli rumah. Dan di dalam agensi ini juga ada peguam yang akan menguruskan proses dokumen seperti dokumen jual beli Sales & Purchase (S&P) dan berkaitan dengan agreement loan bank.

Dan kenapa agensi ini menarik kerana mereka juga telah bekerjasama dengan para pemodal yang kita sebut sebagai “investor” bagi menawarkan servis renovation rumah. Contoh proses renovation rumah adalah seperti memperbaiki kerosakkan pendawaian elektrik seluruh rumah, sistem perpaipan air dalam rumah, repair segala kebocoran, mengecat rumah, buat major cleaning iaitu cuci bersihkan satu rumah, buat plaster siling, buat kitchen kabinet dapur dan lain lain yang dirasakan perlu sebelum rumah akan dijual berdasarkan keperluan. Kiranya mereka akan makeup kan lah rumah kita. Jelas? Faham?

Renovate Rumah Teres (Sebelum & Selepas)

Gambar bilik air toilet sebelum dan selepas rumah setelah dibersihkan dan diperbaiki
Gambar bilik air toilet sebelum dan selepas rumah setelah dibersihkan dan diperbaiki
Ejen hartanah buat major cleaning dan proses pembaikkan rumah sebelum menjual rumah
Ejen hartanah buat major cleaning dan proses pembaikkan rumah sebelum menjual rumah
Ejen properties buat major cleaning dan cantikkan bilik tidur sebelum menjual rumah
Ejen properties buat major cleaning dan cantikkan bilik tidur sebelum menjual rumah
Keadaan rumah yang hendak dijual sebelum diserahkan kepada ejen hartanah
Keadaan rumah yang hendak dijual sebelum diserahkan kepada ejen hartanah
Gambar hadapan sebelum dan selepas rumah selepas dibersihkan dan dicantikkan
Gambar hadapan sebelum dan selepas rumah selepas dibersihkan dan dicantikkan
Ejen hartanah melalui investor membuat renovation rumah terlebih dahulu sebelum jual rumah
Ejen hartanah melalui investor membuat renovation rumah terlebih dahulu sebelum jual rumah

Gambar rumah di atas ini adalah rumah milik saya sendiri. Inilah rumah pertama yang saya beli pada tahun 2012 dulu. Saya tidak pernah duduk walau sekali. Saya beli dan saya sewakan sejak dulu. Dan baru baru ini saya jual rumah yang dalam keadaan rosak sana sini, bil air pun sudah kena potong. Cukai pun tertunggak. Alhamdulillah, ejen dan juga investor telah perbaiki rumah ini sebelum ianya dijual kepada pembeli yang berminat. Jujur cakap, rumah saya telah dibaiki dan dicantikkan sebelum dijual. Memang terbaik.

Renovate Rumah Flat (Sebelum & Selepas)

Renovate ruang tamu sebelum dan selepas untuk jual rumah
Renovate ruang tamu sebelum dan selepas untuk jual rumah
Buat kabinet dapur sebelum dan selepas untuk jual rumah
Buat kabinet dapur sebelum dan selepas untuk jual rumah
Cat bilik sebelum dan selepas untuk jual rumah
Cat bilik sebelum dan selepas untuk jual rumah
Cat dan cantikkan bilik tidur sebelum dan selepas untuk jual rumah
Cat dan cantikkan bilik tidur sebelum dan selepas untuk jual rumah
Bersihkan yard sebelum dan selepas untuk jual rumah
Bersihkan yard sebelum dan selepas untuk jual rumah
Renovate bilik air toilet sebelum dan selepas untuk jual rumah
Renovate bilik air toilet sebelum dan selepas untuk jual rumah

Saya pasti, ramai pernah dengar dan lihat gambar sebelum dan selepas untuk proses renonasi rumah dengan tagline, “luar flat, dalam maca kondo”, haha. Dan ini adalah salah satu contoh sebenar. Ya, kita semua setuju, rumah flat yang buruk dan nampak lama usang, memang susah terjual. Dan salah satu cara adalah dengan buat proses renovasi dan berikan tampilan moden. Malah rumah flat boleh terjual dengan sedikit lebih mahal kalau kena dengan apa yang anda boleh tawarkan.

Renovate Rumah Terbengkalai Rosak (Sebelum & Selepas)

Baiki rumah rosak sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Baiki rumah rosak sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Baiki toilet tandas sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Baiki toilet tandas sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Buat kabinet dapur sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Buat kabinet dapur sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Cat dinding dan bersihkan bilik tidur sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Cat dinding dan bersihkan bilik tidur sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Proses renovasi rumah sebelum jual rumah
Proses renovasi rumah sebelum jual rumah
Rumah tamu sebelum dan selepas sebelum jual rumah
Rumah tamu sebelum dan selepas sebelum jual rumah

Gambar ketiga di atas ini pula adalah contoh sebenar bagaimana rumah buruk jenis terbengkalai lama, rosak, bumbung bocor, lantai kotor pun boleh diperbaiki, dicantikkan, buat renovation sana sini dan kemudian boleh dijual dengan mudah. Cuba lihat gambar sebelum dan selepas untuk 3 buah biji rumah yang pihak investor baru baru ini buat. Cantik? Menarik? Adakah rumah yang anda mahu jual juga di dalam kategori seperti di atas ini?

Kriteria Untuk Investor Pilih Rumah Anda Untuk Dijualkan

  • Harga yang owner mahu jual rumah tersebut mestilah di bawah RM350K
  • Seluruh Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak
  • Investor akan semak market value iaitu harga pasaran semasa
  • Investor melalui ejen hartanah akan hubungi anda untuk buat appointment tarikh

Jika anda mahu jual rumah melalui kami, maka kriteria di atas ini mestilah diikuti. Jangan risau, anda tidak perlu keluarkan apa apa modal pun. Rumah anda akan disemak oleh pakar hartanah di pihak kami. Harap maklum ya.

Cara Mula Jual Rumah Melalui Kami

  • Berikan butiran maklumat seperti;
    • Nama anda
    • No telefon
    • Alamat rumah
    • Gambar rumah
    • Snapshot gambar geran rumah
    • Nilai jualan rumah yang dimahukan
  • Berikan ke semua info di atas ini melalui link Whatsapp di bawah ini
  • Done!!!

Ejen Hartanah Seluruh Malaysia

  • [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat mendapatkan bantuan saya untuk tolong jualkan rumah anda secara online

Iklan saya yang terakhir. Anda ada rumah? Mahu jual rumah? Rumah anda buruk? Mahu renovate rumah sebelum jual? Tidak pandai jual rumah sendiri? Tidak tahu macam mana hendak jual rumah? Dan perlu bantuan ejen hartanah untuk tolong jual kan rumah bagi pihak anda? Jika ini adalah situasi anda, jom hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp di atas ini dan saya akan hubungkan anda dengan ejen hartanah sekarang juga. Berminat, jangan fikir panjang, terus hubungi saya sekarang juga. BYE!!!.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme