Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Cara Buat & Mulakan Rumah Homestay Guna AirBNB

Posted on August 16, 2025November 2, 2025 by admin

Anda baru beli rumah? Atau anda ada rumah lama? Dan berminat untuk convert untuk ditukarkan menjadi rumah “HOMESTAY”? Dan jika anda anda duit untuk proses renovasi rumah tersebut, tetapi anda pula tidak tahu cara yang betul untuk mencari dan mengiklankan kepada pelanggan. Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa tips atau teknik berupa panduan yang boleh anda cuba bagi mengiklankan servis perkhidmatan homestay anda kepada bakal penginap penyewa rumah homestay anda. Jom teruskan membaca.

Saya pernah menyewa homestay sehari di Melaka. Dan ketika itu, itulah kali pertama saya gunakan platform booking homestay online dari “AirBNB“. Dan jujur kata, pengalaman tersebut adalah memuaskan. Saya berikan rating 7.8/10. Dan saya sendiri mempunyai rakan yang memang menjalankan bisnes homestay. Dan homestay beliau adalah bernama Aqil Homestay Penang. Jadi dapatlah saya belajar dari pengalaman sendiri sebagai pengguna dan juga pengalaman sebenar dari rakan yang menjalankan bisnes perniagaan rumah homestay ini.

Daftar akaun Airbnb untuk promote dan iklankan bilik rumah homestay anda
Daftar akaun Airbnb untuk promote dan iklankan bilik rumah homestay anda

Daftar Register Akaun Airbnb Untuk Iklankan Homestay Anda

Sebenarnya apa itu AirBNB? AirBNB adalah sebuah platform online berupa website yang menawarkan pengguna untuk mencari rumah homestay berdasarkan tempat, negeri, negara, kawasan, jenis rumah sewa, jenis harga yang ditawarkan, spesifikasi homestay dan bermacam macam lagi. Dan sekarang AirBNB juga menawarkan kebolehan untuk mencari sesuatu yang berbeza seperti perkhidmatan (services) dan juga pengalaman (experiences) yang mana ada kaitan dengan industri cuti cuti dan perlancongan. Kiranya macam tawaran yang ditawarkan bagi melengkapkan pengalaman menginap di homestay lah ketika anda bercuti.

Itu adalah tentang AirBNB kepada pengguna selaku traveller. Bagaimana jika anda mahu jadikan AirBNB sebagai pemilik homestay? Ya, di AirBNB jika anda mengiklankan rumah homestay anda, anda akan disebut sebagai HOST atau HOSTING. Untuk memulakan homestay menggunakan Airbnb, anda perlu mendaftar sebagai hos, menyediakan profile yang menarik, menyenaraikan rumah homestay anda, menetapkan harga yang kompetitif, dan menguruskan tempahan serta komunikasi dengan tetamu. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

Pilih samada anda mahu register Airbnb sebagai host bagi Home atau Experience atau Service
Pilih samada anda mahu register Airbnb sebagai host bagi Home atau Experience atau Service

Daftar Akaun AirBnb

  • [ Whatsapp ] – Jika anda adalah pemilik (owner) rumah homestay, sila daftar (register) akaun AirBNB anda di sini untuk mula mengiklan homestay anda secara online

  • Verifikasi akaun: Sahkan maklumat peribadi anda untuk membina kepercayaan dengan tetamu. 
Sediakan Profil Hos yang Menarik:
  • Muat naik gambar berkualiti tinggi: Gunakan gambar yang jelas dan menarik yang menunjukkan keseluruhan ruang dan ciri-ciri menarik homestay anda.
  • Tulis deskripsi yang menarik: Jelaskan lokasi, kemudahan, dan peraturan rumah dengan bahasa yang mudah difahami.
  • Tetapkan harga yang kompetitif: Lakukan kajian pasaran untuk mengetahui harga sewaan di kawasan anda. 
Senaraikan Homestay Anda:
  • Isi butiran hartanah: Sediakan maklumat lengkap mengenai homestay anda, termasuk saiz, bilangan bilik tidur dan bilik mandi, serta kemudahan yang disediakan.
  • Pilih polisi pembatalan: Tentukan polisi pembatalan yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Muat naik gambar yang menarik: Pastikan gambar yang dimuat naik berkualiti tinggi dan menunjukkan ciri-ciri terbaik homestay anda. 
Urus Tempahan dan Komunikasi:
  • Balas pertanyaan tetamu dengan cepat
  • Sediakan manual tetamu
  • Gunakan kunci pintar atau peti keselamatan:
Kekalkan Kebersihan dan Keselesaan:
  • Pastikan homestay bersih dan kemas: Ini akan memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada tetamu anda.
  • Sediakan kemudahan asas: Pastikan homestay anda dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tuala, cadar, dan peralatan dapur.
  • Buat kejutan kecil: Anda boleh meninggalkan sedikit hadiah atau nota ucapan selamat datang untuk tetamu anda. 
Dapatkan Ulasan Positif:
  • Galakkan tetamu untuk meninggalkan ulasan: Ulasan positif akan membantu meningkatkan reputasi homestay anda.
  • Balas ulasan tetamu: Tunjukkan bahawa anda menghargai maklum balas mereka dan bersedia untuk menambah baik homestay anda.

Sebenarnya di Airbnb, pengalaman yang baik kepada pelanggan yang booking, tempah dan sewa bilik homestay anda adalah sangat penting. Ianya adalah berkenaan bagaimana maklum balas dari customer anda terhadap layanan anda terhadap mereka. Dengan review yang positif, ianya akan mengangkat homestay anda untuk mudah disewakan kepada orang lain juga yang seterusnya dapat meningkatkan keuntungan sewa dari rumah homestay anda melalui Airbnb. Jika anda adalah pemilik homestay, mampu berikan yang terbaik kepada pelanggan, jom bersama promosi dan iklankan homestay anda di Airbnb. BYE!!!.

2 thoughts on “Cara Buat & Mulakan Rumah Homestay Guna AirBNB”

  1. Hairul Hissam says:
    September 7, 2025 at 7:09 pm

    bisnes honestay ni mmg lumayan. Ada Airbnb ni sgt membantu usahawan homestay

    Reply
    1. admin says:
      September 8, 2025 at 8:07 am

      Dah lama x dengar kabar Hairul

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme