Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Simkad Prepaid Eastel (MVNO UMobile)

Posted on January 29, 2026January 31, 2026 by admin

U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Anchor Communications Sdn Bhd dan terhasil lah syarikat telekomunikasi yang bernama “EASTEL”. Telco Eastel ini adalah bertaraf mobile virtual network operator MVNO yang akan menggunakan rangkaian network UMobile. Dengan kata lain, jika anda menggunakan simkad Eastel, maka simkad prepaid anda ini akan menggunakan rangkaian UMobile untuk membuat panggilan dan juga sambungan internet. Jelas?

Kena faham ya, telco utama di Malaysia adalah seperti Maxis, Celcom, Digi, Unifi, YES dan juga UMobile. Mereka ke semua ini bertaraf MNO iaitu pembekal rangkaian telekomunikasi. Syarikat telco lain seperti Tunetalk, Redone, Onexox dan juga Eastel adalah bertaraf MVNO yang menumpang dan menggunakan rangkaian telekomunikasi syarikat bertaraf MNO. Bahasa mudah adalah, jika anda menggunakan simkad Eastel, maka capaian panggilan suara dan internet untuk pengguna kad sim Eastel adalah dari UMobile.

Simkad Eastel Mobile menggunakan rangkaian UMobile
Simkad Eastel Mobile menggunakan rangkaian UMobile

Simkad Prabayar Eastel Mobile

Siapa pengasas syarikat telekomunikasi Eastel? Syarikat Anchor Communications Sdn Bhd ditubuhkan pada 24 Mei 2024 untuk menyokong ekonomi digital dalam penyediaan perkhidmatan telekomunikasi. Dan syarikat ini di kuasai oleh Anchor Consultant Sdn Bhd (69%) iaitu Aaron Lee dan Chia Han Hui sebagai CEO founder?, 30% oleh Shafinah Md Isa dan 1% lagi oleh Law Leck Song. Dan Harap jelas ya akan penerangan asas ini.

Pelan panggilan dan kuota data internet simkad prepaid Eastel mobile
Pelan panggilan dan kuota data internet simkad prepaid Eastel mobile

Pelan Panggilan & Data Internet Eastel (February 2026)

  • EZ35 : unlimited calls, 10 sms, 30 days, 200GB quota data + 100GB hotspot
  • EZ50 : unlimited calls, 10 sms, 30 days, 5GB roaming, 500GB quota data & hotpsot
  • EZ68 : unlimited calls, 10 sms, 30 days, 5GB roaming, 7000GB quota data & hotpsot
  • EZ98 : unlimited calls, 10 sms, 30 days, 10GB roaming, 999GB quota data & hotpsot

Ketika artikel ini ditulis, ada 4 plan yang ditawarkan. Ke semua plan didatangkan dengan pelan panggilan tanpa had. Airtime akan kekal aktif selama 30 hari. Dan pelan paling murah pun diberikan sebanyak 300GB kuota data internet. Panggilan antarabangsa (roaming IDD) yang di sokong buat masa ini adalah seperti Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Menarik bukan?

Kelajuan Data Internet & Hotspot Eastel (February 2026)

  • EZ35 : full high speed internet, 100GB hotspot data
  • EZ50 : full high speed internet, 500GB hotspot data
  • EZ68 : full high speed internet, 700GB hotspot data
  • EZ98 : full high speed internet, 999GB hotspot data

Kepada yang sudah terbiasa menggunakan pelbagai jenis rangkaian telco. Dan biasa menggunakan pelan telco samada yang murah atau mahal. Pasti akan perasan bahawa tidak semua perlukan kelajuan internet yang super laju. Namun di Eastel, pelan kelajuan internet yang paling perlahan adalah berkelajuan 6Mbps. Dan yang paling laju adalah di atas 100Mbps mengikut kawasan anda. Ya, simkad Eastel menyokong kelajuan 4G dan juga 5G.

Program bisnes usahawan Eastel adalah patuh syariah
Program bisnes usahawan Eastel adalah patuh syariah

Kelebihan Simkad Eastel (Sekarang)

  • Simkad prabayar (prepaid)
  • Tiada kontrak
  • Simkad Eastel berharga RM10
  • Kredit tersedia sebanyak RMXX
  • Guna line U Mobile
  • Ada capaian ULTRA 5G
  • Ada lesen NSP dan ASP
  • Patuh syariah
  • Boleh kekal nombor telefon lama (MNP)
  • Pengguna blacklist boleh guna
  • Mudah untuk reload topup kad sim
  • Ada komisen jika berminat jadi ejen dealer
  • Ada cashback reward sebagai pengguna

Ketika artikel ini ditulis, di atas ini adalah penawaran sedia ada yang sedang ditawarkan. Sebagai pengguna biasa, saya tidak merasakan apa apa kerugian jika saya menjadi pengguna kepada simkad prepaid Eastel. Pelan simkad yang paling murah RM35 pun menawarkan kelajuan internet yang sangat laju dan jumlah quota data sebanyak 200GB. Memang berbaloi lah. Jika anda anda mahu buat duit dengan bisnes telco Eastel pun modalnya cuma RM10 sahaja.

Servis perkhidmatan jika menjadi pengguna simkad Eastel
Servis perkhidmatan jika menjadi pengguna simkad Eastel

Kelebihan Simkad Eastel (Akan Datang)

  • eSIM
  • iOT SIM (internet of things)
  • SMEs
  • Postpaid
  • Co-branding
  • Device bundle
  • Micro Lending
  • Remittance

Kalau melihat kepada planning syarikat telco Eastel seperti perkongsian di atas ini. Nampaknya syarikat telekomunikasi Eastel memang benar benar serius mahu menjadikan ekosistem ekonomi digital benar benar berjaya. Ada simkad digital, ada pinjaman micro dan ada servis penghantaran wang ke luar negara dengan mudah.

Beli | Daftar Eastel!!!

  • [ RegisterHere ] – sila klik link ini untuk mendaftar menjadi ahli pengguna kad sim Eastel
  • [ Whatsapp ] – sila klik link Whatsapp ini untuk bantuan pertanyaan berkenaan simkad Eastel. Saya akan masukkan anda ke dalam group jika anda berminat beli dan bersama saya di dalam ekosistem Eastel.

WhatsAppButtonGreenSmall

Akhir sekali, jika anda mahu beli sim kad Eastel, sila klik link pendaftaran di atas atau hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya adalah ejen dealer Eastel yang berdaftar. Dan sudah tentu nombor telefon saya ini memang menggunakan rangkaian Eastel iaitu UMobile. Berminat untuk menggunakan simkad Eastel, daftar sekarang juga. BYE!!!.

KE SEMUA INFO DI SINI BELUM RASMI (January 2026) !!! – Jangkaan Eastel akan dilancarkan pada bulan Februari 2026. Dan artikel ini akan di kemaskini update dengan maklumat yang lebih tepat. Nantikan. BYE!!!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2026 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme