Teringat zaman zaman persekolahan dulu. Buku rujukan yang ada ketika itu hanyalah sebuah buku teks fizikal sahaja. Dan selepas itu bermula era buku latihan tambahan yang boleh dibeli di kedai buku. Ianya adalah set soalan ramalan sahaja dan bukannya sebuah koleksi soalan peperiksaan sebenar. Hanya selepas itu bermulalah era buku panduan yang menghimpunkan koleksi set soalan peperiksaan berdasarkan tahun. Siap dengan kertas jawapan sekali. Mudahkan hendak belajar. Itu zaman sekolah menengah sayalah.
Zaman saya ada UPSR, PMR dan juga SPM. Selepas itu UPSR di mansuhkan untuk budak darjah 6. PMR (Penilaian Menengah Rendah) pula ditukar menjadi PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang mana kini ianya juga telah dimansuhkan. Cumanya sekarang hanya tinggal SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia sebagai penentu untuk masuk ke gerbang pengajian tinggi seperti di kolej, politeknik dan juga Universiti. Masing masing ada pro dan con dan pihak kementerian pelajaran telah memastikan ianya adalah terbaik untuk pelajar sekolah.

Set Kertas Soalan Peperiksaan Berserta Jawapan Untuk Sekolah Menengah
Sepanjang sesi persekolahan dari sekolah rendah ke menengah, ujian peperiksaan yang ada sekarang adalah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) sahaja. Cuma exam peperiksaan yang besar dan paling penting adalah ujian akhir sesi akademik bagi kelas menengah tingkatan 5 iaitu exam SPM!!!. Disebabkan ini adalah yang paling penting, maka mendapatkan modul panduan pembelajaran yang paling efektif adalah sangat diperlukan seperti nota ringkas dan juga koleksi kertas soalan peperiksaan dari tahun tahun lalu. Setuju?
Ya, pihak sekolah telah menyediakan buku teks. Tapi untuk lebih faham, maka diperlukan kaedah mudah belajar dan ingat. Sebab itulah zaman dulu dulu ramai orang buat lukisan peta minda. Saya tidak pasti zaman sekarang macam mana. Yang pasti lukisan infografik pasti ada dan kekal relevan. Tapi siapa yang hendak sediakan nota nota ringkas dari buku teks sekolah anak anda? Kan bagus kalau ada orang yang telah siapkan untuk anak anda? Ya memang ada!!! Saya kongsikan di sini dengan anda ya.
14 Subjek Sekolah Menengah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikkan Islam
- Perniagaan
- Ekonomi
- Prinsip Perakaunan
- Matematik Tambahan (Add Math)
- Fizik
- Kimia
Di atas ini adalah senarai mata pelajaran untuk anak anda yang bersekolah di tingkatan 5. Tidak kisahlah samada anak anda berada di kelas aliran SAINS atau aliran Perakaunan, Perniagaan & Ekonomi. Jika anda mendapatkan modul lengkap ini, ianya akan menawarkan koleksi All in One iaitu ke semuanya sekali. Saya dulu adalah dari aliran sains. Jadi memang kena dapatkan koleksi contoh kertas soalan dan jug jawapan bagi mata pelajaran add math, kimia dan juga fizik yang sangat sangat penting untuk saya lulus cemerlang di dalam peperiksaan SPM ketika itu.
Set Soalan Skor A Academy
- Persediaan SPM
- 94 set soalan
- 5575 halaman
- Ada jawapan
- Objektif & subjektif
Ketika artikel ini ditulis, tarikh exam peperiksaan SPM untuk tahun 2025 adalah bertarikh 25 November hingga 23 Disember 2025. Ini bermakna sesi peperiksaan akan berlangsung selama 1 bulan. Dan tarikh yang paling baik untuk buat persediaan exam SPM adalah 1-2 bulan dari sekarang. Buat latih tubi jawab soalan peperiksaan yang diberikan. Dan banyakkan membaca nota yang disediakan kerana ianya adalah ringkasan dari buku teks terkini. Jangan lambat dan jangan buang masa.
Panduan Set Soalan/Jawapan Sekolah Menengah
- [ KoleksiSekolahMenengah ] – dapatkan koleksi soalan berserta jawapan dengan nota persediaan peperiksaan exam untuk ujian akhir sesi akademik di sini
Tidak kisahlah anda berada di kelas tingkatan berapa. Link di atas ini menyediakan modul set persediaan ujian akhir tahun akademik dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan lima. Anda boleh pilih mahu yang mana. Mula mula belajar pakai buku teks. Selepas hampir setahun, buat latih tubi untuk mudah ingat akan isi penting buku teks guna nota ringkasan yang disediakan. Kemudian berlatih menjawab soalan soalan koleksi kertas peperiksaan bagi membiasakan jenis dan bentuk soalan yang selalu ditanya di dalam exam contohnya SPM. Berminat, sila dapatkan nota dan set lengkap set soalan sekolah menengah melalui link di atas ini ya Sebelum terlupa, anda juga boleh dapatkan koleksi soalan sekolah rendah melalui link yang sama ya. BYE.