Teringat zaman zaman persekolahan dulu. Buku rujukan yang ada ketika itu hanyalah sebuah buku teks fizikal sahaja. Memang tidak ada pun buku rujukan yang boleh dibeli dan dibaca ketika itu. Kalau hendak lebih pandai, kena pergi kelas tambahan tuisyen sahaja. Itupun kelas yang dijalankan secara persendirian di rumah orang. Tapi mungkin zaman tersebut bukan zaman persaingan, jadi pembelajaran di sekolah sudah memadai. Dan kalau pun tidak berapa pandai, zaman sekolah menengah masih ada lagi. Itu zaman sekolah rendah sayalah.
Cumanya selepas berkahwin dan ada anak. Dan kebetulan anak akan masuk ke kelas darjah 1 tahun hadapan (2026), maka saya mula cakna dan ingin ambil tahu tentang subjek pembelajaran anak. Adakah adna juga macam saya? Anak masuk sekolah rendah darjah 1 tahun hadapan? Atau anak anda kini sedang bersekolah di sekolah rendah kebangsaan tidak kisahlah samada darjah 1, darjah 2, darjah 3, darjah 4, darjah 5 atau darjah 6. Jika ya, anda sedang berada di halaman yang betul.

Set Kertas Soalan Peperiksaan Berserta Jawapan Untuk Sekolah Rendah
Saya ingin perkenalkan anda dengan koleksi set kertas soalan peperiksaan termasuk jawapan sekali untuk ke semua subjek mata pelajaran untuk ke semua kelas dari darjah 1 sehingga darjah 6. Menarik bukan? Malah kalau anak anda kurang menguasai ilmu pengetahuan dari buku teks sekolah jangan risau. Di sini juga ada diberikan ringkasan nota khas yang diambil dari buku teks sekolah bagi membantu anak anda untuk lebih faham tentang isi penting yang patut anak anda tahu dari buku teks tersebut. Menarik bukan?

8 Subjek Sekolah Rendah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikkan Islam
- Pendidikkan Seni
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Jasmani
Di atas ini adalah senarai mata pelajaran untuk anak anda yang bersekolah rendah kelas tahun 1. Ibu ayah yang anak baru pertama kali masuk ke sesi persekolahan kebangsaan. Pastilah akan berasa bimbang jika anak mampu untuk menguasai ke semua 8 matapelajaran itu nanti. Ada banyak. Anak penat belajar. Penat ke sekolah. Dan ibu bapa pula tidak mampu untuk membantu kerja sekolah lagi lagi kalau modul pembelajaran terkini yang ibu bapa sendiri tidak faham bagaimana untuk membantu anak sendiri.

Set Soalan Skor A Academy
- 62 set soalan
- 1067 halaman
- Ada jawapan
- Objektif & subjektif
Ke semua di atas ini adalah set nota lengkap untuk 8 subjek matapelajaran dengan 62 set soalan bagi persediaan menghadapi exam peperiksaan akhir tahun nanti. Dan nota yang diberikan adalah ringkasan yang diambil dari buku teks sendiri agar tidak lari atau berbeza dengan modul pembelajaran di sekolah anak anda. Cumanya nota seperti ini sangat membantu anak anda berkenaan isi kandungan terpenting yang perlu anak anda tahu dan faham.

Gambar gambar yang saya kongsikan di dalam artikel ini adalah snapshot sebenar bahan pembelajaran yang anda akan dapat. Tidak kisahlah anda beli set nota dan koleksi soalan peperiksaan untuk anak anda darjah berapa sekalipun. Ianya akan berikan ke semua modul subjek yang ada sesuai kelas darjah anak anda. Dan jawapan pun ada diberikan sekali ya. Paling tidak anda sebagai ibu bapa dapat membimbing anak anda sebab kenapa perlu memilih jawapan tersebut. Jelas? Faham?
Panduan Set Soalan/Jawapan Sekolah Rendah
- [ KoleksiSekolahRendah ] – dapatkan koleksi soalan berserta jawapan dengan nota persediaan peperiksaan exam untuk ujian akhir sesi akademik di sini
Oleh kerana anak saya akan masuk darjah 1 tahun hadapan, atas sebab itulah saya beli nota panduan pembelajaran dan juga set lengkap soalan peperiksaan termasuk jawapan dari sekarang. Setelah dibelek belek dan saya baru sedar yang setiap subjek kertas peperiksaan ada sangat banyak soalan yang perlu dijawab oleh anak anda ketika exam akhir tahun nanti. Jadi persediaan awal adalah sangat penting. Risau kalau anak tiba tiba culture shock kena jawab banyak soalan yang berat dan susah. Jika berminat hendak dapatkan kertas soalan sekolah rendah kebangsaan untuk anak anda, sila klik dan buat pembelian melalui link di atas ini ya. Ya, sebelum terlupa, anda juga boleh dapatkan koleksi soalan sekolah menengah melalui link yang sama ya. BYE!!!.
