Saya adalah pengguna medical card dari AIA. Bayaran bulanan adalah sekitar RM178 sebulan pada ketika ini (2025). Dan saya telah mendapat notis pemberitahuan bahawa bayaran caruman akan mula naik pada tahun 2026, 2027 dan seterusnya. Dan dari jadual pembayaran jelas menunjukkan kenaikkan yang akan menyentuh bayaran serendah RM200 selepas ini dan akan terus naik. Dan inilah sebab kenapa saya ingin berkongsikan dengan anda tentang program perkongsian bil perubatan yang bernama We Kongsi. Anda pernah dengar?
Ketika saya diceritakan tentang We Kongsi. Saya dengar, saya cuba fahamkan dan ianya adalah menarik. Bagi saya We Kongsi adalah ALTERNATIF kepada anda yang sedang mencari perlindungan kos perubatan yang semakin mahal dari kad perubatan (medical card) semasa. Kalau anda kini sedang menghadapi keadaan di mana bayaran caruman perubatan yang semakin meningkat, bercadang untuk terminate medical card atau sedang mencari alternatif perlindungan perubatan yang lebih murah. Maka We Kongsi adalah program yang patut anda cuba dan ambil tahu. Kenapa?

Kenapa Perlu Daftar Program We Kongsi
We Kongsi bukan program insurans atau takaful? We Kongsi bukan hibah pampasan. We Kongsi adalah program perlindungan kos rawatan dan perubatan sesama ahli dalam bentuk komuniti. Kos rawatan perubatan hospital anda akan ditanggung dan dibayar sama banyak sesama ahli yang aktif di dalam group komuniti. Dengan kata lain, ianya akan menawarkan kaedah pembayaran bil perubatan ahli yang lebih murah berbanding kaedah kad perubatan yang biasa orang gunakan di luar sana. Masih tidak jelas? Mari saya ringkaskan kepada anda.
Di bawah ini saya kongsikan kira kira ringkas bagaimana perkongsian bayaran bil perubatan kita di hospital ditanggung sama banyak sesama ahli aktif di We Kongsi. Sila baca dan fahamkan.

Bayaran Bil Perubatan Hospital Ahli Komuiti (We Kongsi)
- Adam adalah ahli dalam komuniti We Kongsi
- Adam dimasukkan ke dalam hospital selama 5 hari pada bulan september
- Bil kos rawatan beliau berjumlah RM30K
- Ketika ini, ada seramai 1000 ahli berdaftar dan aktif
- Bil hospital Adam sebanyak RM30K ini dikongsi dengan ahli seramai 1000 orang
- Setiap ahli dikenakan sebanyak RM30 pada bulan september yang ditolak (deduct) terus melalui akaun tabung setiap ahli
Berdasarkan contoh kiraan di atas ini. Setiap ahli di dalam komuniti dikenakan kos bayaran sebanyak RM30 sahaja untuk berkongsi dan membantu membayar kos rawatan perubatan Adam. Dalam program We Kongsi, syarikat menetapkan hanya maksimum RM50 sahaja yang boleh dikenakan kepada ahli di dalam komuniti. Kalau bil Adam adalah RM60K, jadi setiap ahli akan kena bayar RM60. Dalam kes ini, setiap ahli tetap kena bayar RM50 sahaja maksimum. Baki RM10 akan dibawa ke bulan depan (carry forward).
Kalau tidak ada mana mana ahli yang dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan. Maka tidak akan ada apa apa sumbangan pada bulan tersebut. Dengan kata lain bayaran bulanan yang dikenakan kepada setiap ahli adalah RM0 SAHAJA! Rasanya di sini anda pasti sudah jelas berapakah bayaran bulanan untuk “PERKONGSIAN” yang dikenakan terhadap anda setiap bulan di We Kongsi. Paling mahal pun RM50 sahaja yang anda kena share setiap bulan. Tetapi bayaran di We Kongsi bukan ini sahaja. Ada lagi, cuma masih murahlah. Teruskan baca untuk lebih jelas dan faham.
Tabung (Sharing Account)
- RM100 (Standard)
- RM200 (Deluxe)
Sharing account adalah bayaran pertama. Nanti selepas mendaftar, ahli wajib memilih samada mahu menyertai tabung (Sharing Account) yang berharga RM100 atau RM200. Katakan anda pilih pakej standard iaitu RM100. Maka anda kena topup akaun tabung anda sebanyak RM100. Bil perubatan ahli yang dimasukkan ke hospital akan ditolak (deduct) melalui akaun ini. Anda hanya perlu topup akaun ini hanya ketika ianya di bawah RM50 sahaja. Bayaran bil perubatan Adam seperti contoh cerita di atas tadi akan ditolak dari akaun perkongsian inilah nanti. Jelas? Faham?

Yuran Pengurusan (Management Fee)
- BULANAN (Monthly) – bayar RM40 setiap bulan ATAU
- SETIAP SUKU BULAN (Quarter) – bayar RM100 setiap kuarter ATAU
- SETIAP TAHUNAN (Yearly) – bayar RM360 untuk setahun terus
Bayaran fi yuran pengurusan/yuran keahlian BUKAN bayaran medical card perkongsian bil perubatan ahli ya. Bayaran ini adalah bayaran yang akan digunakan untuk mengurus We Kongsi oleh syarikat yang memperkenalkan program ini seperti bayaran staff, pengiklanan, sistem IT, komisen dan sebagainya.
Management fee adalah bayaran wajib setiap bulan. Anda boleh pilih mahu bayar secara bulanan, atau setiap suku bulan atau tahunan. Katakan anda mahu bayar bulanan, maka kos setiap bulan untuk bayar yuran pengurusan adalah sebanyak RM40 sahaja. Bayaran total bulanan adalah Bayaran Tabung (Sharing Account) + Bayaran Yuran Pengurusan (Management Fee). Bayaran total maksimum cumalah RM50 (sharing) + RM40 (management fee) = RM90 SAHAJA.
Tetapi anda bukan setiap bulan kena bayar RM90 pun. Kalau bayar perkongsian perubatan bawah RM50, contohnya macam contoh cerita Adam di atas tadi adalah RM30, maka jumlah total bayaran bulanan anda adalah RM30 + RM40 = RM70 sahaja. Hendak lagi murah, anda langgan yuran pengurusan terus selama setahun iaitu RM360. Nanti setiap bulan anda hanya perlu bayar bayaran tabung perkongsian sahaja iaitu dari RM0 – RM50 sahaja. Mudah. Jelas? Faham?
Jadi apa kaitan We Kongsi dengan blog yang menceritakan tentang panduan jual beli rumah? Memang tidak ada kaitan pun. Harga rumah semakin mahal. Kos sara hidup sudah pasti semakin naik. Cumanya zaman sekarang sudah ramai yang ada kesedaran tentang perlunya ada dan mendapatkan perlindungan perubatan yang boleh menawarkan kos rawatan di hospital swasta yang lebih murah melalui perkongsian bil perubatan seperti We Kongsi ini. Mudah cerita, ramai ada kesedaran mahu “ada medical card” tetapi ramai tidak mampu memilikinya kerana bayaran yang mahal. Dan We Kongsi menawarkan penyelesaian terhadap masalah ini.
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kesimpulan. Melalui kaedah komuniti ini, anda boleh mendapatkan perlindungan kos rawatan perubatan dengan murah iaitu mampu milik pada harga di bawah RM50 sebulan. Itupun bayarannya bukan sama setiap bulan. Ada lebih rendah dan boleh jadi tidak dikenakan apa apa perkongsian pembayaran jika tiada ahli yang dimasukkan ke dalam wad hospital. Berminat? Anda boleh mendaftar dan menghubungi saya melalui link di atas ini ya. Saya harap, program We Kongsi adalah pilihan anda. BYE!!!.