Salah satu kelebihan We Kongsi adalah kebolehan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik swasta dengan bayaran RM10 sahaja. Ya, Anda tidak salah dengar!!! Di We Kongsi, anda ke klinik swasta cuma bayar RM10 sahaja untuk mendapatkan servis mereka. Dan dalam masa yang sama, tidak ada had limit. Berapa bil yang kena, anda cuma kena bayar RM10 sahaja. Menarik? Memang menarik. Tapi sedih sebab ada yang ambil kesempatan dan salah guna. Jom saya kongsikan ceritanya.
Sila baca berkenaan apa itu We Kongsi di sini. Saya malas hendak ulang cerita banyak kali. We Kongsi sama macam program medical card yang lain. Yang menawarkan pakej bantuan perubatan ketika anda dimasukkan ke wad hospital lagi lagi ketika di hospital swasta. Anda akan diberikan perlindungan kos rawatan perubatan mengikut pakej yang ditawarkan sesuai dengan bayaran premium yang anda ambil dan langgan. Tetapi TIDAK ADA kelebihan untuk dapatkan rawatan di klinik swasta serendah RM10. Kecuali di We Kongsi sahaja!!!.
RM10 Caj Servis Outpatient Klinik We Kongsi
Pihak We Kongsi mengemaskini tawaran mereka, seingat saya bermula tahun 2025 lah dengan menawarkan kelebihan untuk mendapatkan rawatan di klinik, walau apa pun jumlah bayaran yang dikenakan, anda selaku ahli We Kongsi, hanya perlu bayar RM10 sahaja. Namun belum pun sampai setahun, pihak We Kongsi terpaksa mengemaskini tawaran mereka kepada had limit kerana tidak sangka ada “ahli” yang telah salah guna sehingga menyebabkan kerugian di pihak We Kongsi.
Plan Lama Klinik Swasta Dari We Kongsi
- Ahli hanya perlu bayar RM10 sahaja
- Tidak ada limit penggunaan bulanan atau tahunan
Secara normal, biasanya orang jarang ke klinik kecuali sakit. Dan setiap kali ke klinik swasta, pasti caj bil rawatan adalah dalam lingkungan RM50- RM300. Biasanya itulah harga yang dikenakan berdasarkan jenis sakit, jenis rawatan, jenis ubat, waktu anda mendapatkan rawatan samada siang atau malam dan sebagainya. Pihak We Kongsi akan menanggung ke semua bil ini dan ahli yang mendapatkan rawatan hanya perlu bayar RM10 sahaja.

Plan Baru Klinik Swasta Dari We Kongsi
- Ahli hanya perlu bayar RM10 sahaja
- Ada limit penggunaan bulanan dan tahunan
- Sebulan maksimum hanya boleh dapatkan 2 kali rawatan
- Setahun pula hanya boleh 6 kali rawatan sahaja yang mana sampai dahulu
- Ada limit caj yang dikenakan iaitu tidak lebih dari RM300 untuk setiap kali mendapatkan rawatan
Pelan baharu servis outpatient klinik panel We Kongsi adalah seperti di atas ini. Kalau bil yang dikenakan adalah bawah RM300. Maka anda hanya perlu bayar RM10 sahaja. Kalau bil yang dikenakan adalah RM350. Maka anda kena topup lah lagi RM50. Kalau bulan ini sudah 2 kali ke klinik panel We Kongsi, kalau anda ingin dapatkan rawatan kali ke-3 dalam bulan yang sama, maka anda kena tanggung kos bil rawatan perubatan 100% seperti yang dikenakan. Tapi persoalannya adalah dalam masa 1 tahun anda akan ke klinik swasta sebanyak lebih dari 6 kali? Rasanya tidak.
Kenapa dari awal pihak We Kongsi memperkenalkan fungsi klinik panel swasta ini? Kerana mahu kurangkan bebanan terhadap kepada perkongsian dana setiap ahli. Katakan Ali kena demam panas. Kalau ke hospital swasta, walaupun mendapatkan rawatan pesakit luar (outpatient), tetap kena caj yang lebih tinggi berbanding ke klinik swasta biasa. Maka mendapatkan rawatan di klinik adalah lebih praktikal kerana caj yang lebih murah. Dan bebanan “perkongsian” setiap ahli We Kongsi akan jadi lebih rendah. Itu adalah fokus asal lah.
Tapi…. Ada ahli yang telah salah guna dengan mendapatkan rawatan klinik panel We Kongsi sebanyak 30 kali dalam sebulan. Dan ini secara tidak langsung mengganggu tabung perkongsian We Kongsi. Ya, memang kita hanya bayar RM10 sahaja. Namun baki caj bil tetap pihak We Kongsi yang kena bayar. Kalau bil perubatan anda di klinik adalah RM400, anda bayar RM10, tapi ahli We Kongsi yang lain kena tanggung baki RM390 pula. Kalau ada ahli yang kerap ke klinik banyak kali setiap bulan bagaimana?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Ya, memang ada orang yang betul betul sakit. Kalau betul betul sakit, seharusnya ahli kena mendapatkan rawatan di hospital terus. Kerana itulah matlamat asal We Kongsi. Ahli layak mendapatkan perlindungan perubatan di hospital swasta dengan jumlah perkongsian bil rawatan perubatan yang rendah. Kelebihan mendapatkan servis pesakit luar di klinik swasta hanyalah sebagai kelebihan yang menjadi pelengkap dan bukan untuk di salah guna. Harap maklum ya.