Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Masuk Hospital Swasta Nak Pakai Medical Card Apa?

Posted on September 21, 2025November 2, 2025 by admin

Seminggu sebelum itu isteri ada mengadu yang perut beliau selalu sakit pada waktu malam. Sakit pinggang lah. Kena tidur mengiringlah dan sebagainya. Akibat sakit sangat, kami ke hospital KPJ dan baru dapat tahu yang isteri ada ketulan cyst dalam perut selepas ujian scan dilakukan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan meminta kami datang lagi seminggu kemudian. Hasil pemeriksaan menunjukkan yang ketulan cyst mula mengecut dan dijangka hilang dengan sendirinya. Dan kami berdua ke KPJ dengan berbekalkan medikal kad dari AIA ketika itu.

Ketika itu, entah kenapa saya mahu membuat semakan tentang program We Kongsi. Saya pergi ke kaunter receptionist dan tanya tentang We Kongsi. Jawapannya adalah mereka tidak tahu dan tidak pernah dengar. Rupa rupanya syarikat insurans/takaful hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan “program” perlindungan sahaja. Yang akan membuat semakan dan meluluskan tuntutan terhadap kos rawatan perubatan adalah syarikat TPA (Third Party Administrator). Dan setiap syarikat insurans takaful ada penyedia TPA mereka masing masing. We Kongsi juga begitu.

We Kongsi Menggunakan TPA Panel Dari e-MAS
We Kongsi Menggunakan TPA Panel Dari e-MAS

Murahnya Kad Perubatan WE KONGSI Untuk Ke Hospital Swasta

Selepas dibuat semakan, rupa rupanya program We Kongsi menggunakan Third Party Administrator (TPA) dari eMAS buat masa sekarang 2025. Dan saya meminta kaunter receptionist membuat semakan eMAS untuk semak adakah anak saya terdaftar di dalam program tersebut. Selepas dibuat semakan, alhamdulillah, program We Kongsi melalui eMAS memang telah mendaftar anak saya sebagai penerima manfaat perlindungan rawatan perubatan hospital termasuk untuk hospital panel KPJ. Terbaik.

Kembali kepada tajuk artikel ini. Hendak masuk ke hospital swasta hendak pakai medical card apa? Saya telah mendaftarkan anak saya sebagai pengguna We Kongsi. Selepas itu saya daftarkan pula isteri saya sebagai pengguna We Kongsi. Selepas kedua duanya melepasi tempoh menunggu (waiting period) 180 hari (6 bulan), dengan ini secara rasminya anak dan isteri telah menjadi pengguna yang mendapat manfaat perlindungan penuh kos rawatan perubatan swasta dari We Kongsi.

Soalan seterusnya. Kenapa We Kongsi? Jawapan saya adalah kerana MURAH!!!!

Medikal kad yang biasa dan popular di pasaran seperti AIA, Great Eastern, Prudential, Takaful Ikhlas, Etiqa, Manulife, Allianz, FWD dan sebagainya akan meningkatkan caj premium bulanan mereka beberapa tahun sekali kerana faktor kenaikkan kos perubatan di pasaran. Dengan kata lain, mahu tidak mahu, bayaran bulanan medical card anda PASTI akan naik. Cuma lambat atau cepat sahaja. Seberapa besar kenaikkan? Anda semak sendiri di internet. Ramai yang cancel dan terminate medical card mereka disebabkan faktor ini!

Adakah bayaran bulanan kalau guna We Kongsi tidak akan naik? Saya tidak mahu mengatakan YA! Tetapi itulah apa yang pihak We Kongsi katakan. Masa depan nanti kalau ada perubahan saya tidak pasti. Cuma buat masa ini, oleh kerana kaedah We Kongsi adalah menggunakan konsep sharing perkongsian, maka sudah tentu bayaran bulanan tidak akan naik. Contoh kira kira adalah seperti di bawah ini;

Bayaran perkongsian bil perubatan ahli We Kongsi bulan Ogos 2025 cuma RM31.72 SEORANG
Bayaran perkongsian bil perubatan ahli We Kongsi bulan Ogos 2025 cuma RM31.72 SEORANG

Bayaran Bil Perubatan Hospital Ahli Komuiti (We Kongsi)

  • ALI adalah ahli dalam komuniti We Kongsi
  • ALI dimasukkan ke dalam hospital selama 5 hari pada bulan Ogos 2025
  • Bil kos rawatan beliau berjumlah RM89K
  • Ketika ini, ada seramai 2800 ahli berdaftar dan aktif di We Kongsi
  • Bil hospital ALI adalah sebanyak RM89K ini dikongsi dengan ahli seramai 2800 orang
  • Setiap ahli dikenakan sebanyak RM31 pada bulan ogos yang ditolak (deduct) terus melalui akaun tabung setiap ahli

Berdasarkan contoh kiraan di atas, menggunakan konsep perkongsian (sharing) akan bil perubatan hospital, adakah bayaran bulanan yang anda kena bayar setiap bulan jika menjadi ahli We Kongsi akan NAIK??? Sudah tentu tidak. Malah bayaran bulanan setiap bulan adalah tidak sama. Ada banyak, anda sedikit. Maksimum pun cuma RM50 sahaja sebulan. Kalau lebih daripada RM50? Contohnya bulan itu perkongsian adalah sebanyak RM60 seorang. Maka lebihan RM10 akan dibawa ke bulan depan dan bulan ini hanya bayar maksimum RM50 sahaja. Jelas? Faham?

Daftar/Register We Kongsi

  • [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
  • [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
  • [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.

Hendak ke hospital swasta pakai medical card apa? Entahlah. Saya bukan hendak promote, ajak dan pujuk anda untuk mendaftar We Kongsi melalui saya. Hakikat sebenar semasa adalah, ramai terbeban dengan bayaran medikal kad. Ramai cancel dan terminate kad perubatan mereka. Dan dalam masa yang sama, jumlah ahli We Kongsi mula naik dari 1000, kepada 2000 dan kini sedang menuju ke 5000 orang ahli aktif. Trend ini menunjukkan apa? Ramai beralih untuk mendapatkan perlindungan perubatan dengan konsep sharing di We Kongsi kerana lebih murah dan mampu milik. Anda buat keputusan. Berminat? Daftar sekarang melalui link di atas ini ya. BYE!!!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme