Saya sebenarnya sudah berpengalaman buat duit online dengan program affiliate sejak zaman blogging dulu dulu. Jadi sangat fahamlah tentang apa itu affiliate. Jadi apabila pihak Shopee menjemput untuk menyertai kempen YouTube affiliate shopping Shopee, saya memang terus berminat lah. Rasanya saya mula start buat affiliate YouTube + Shopee pada bulan 6 tahun 2025. Dan sampai sekarang masih lagi aktif kerana mengejar pendapatan bonus dan income dari affiliate dengan hanya video yang saya buat dari rumah sahaja.
Ramai orang bila hendak mula membuat video, mereka cakap tidak ada barang atau produk untuk di buat video. Mereka putus asa sebab merasakan terpaksa kena ada atau beli barang terlebih dahulu dan kemudian baru buat produk review. Sebenarnya tidak perlu pun. Bagi anda yang masih baru iaitu newbie dalam dunia affiliate. Kalau anda ada duit, belilah produk yang murah murah terlebih dahulu. Kalau anda tidak ada bajet, sila buat video berdasarkan produk dan barangan yang ada di dalam rumah anda. 90% produk review saya adalah barang dari rumah saya sendiri jer.

Buat Income Affiliate Guna Social Media
Biasanya dalam rumah kita ada sudu, pinggan mangkuk, periuk nasi, cerek air, dapur gas memasak, beras, tepung, katil, tv, ubat gigi, bedak, kasut, rak almari, kipas, seterika, ampaian, botol susu anak dan lain lain lagi. Rasanya majoriti dari kita pasti akan ada produk yang saya nyatakan ini di rumah anda betul tidak? Anda rakam dan buat produk review ringkas tidak lebih dari 60 saat. Dan kemudian anda share di media sosial. Jika tiada akaun media sosial, sila buat sekarang.
Ramai kecewa sebab pernah buat video dan share di media sosial, tapi komisen hampa. Sebab tidak ada views. Ramai kecewa sebab pernah share link affiliate di media sosial, tapi komisen hampa sebab tidak ada orang klik link. Ini adalah sebab terbesar kenapa ramai orang gagal buat duit dengan affiliate sebab tidak ada seni menjual dan tidak tidak tahu di mana mereka patut menjual.

Wajib Share Posting Link Affiliate Di Mana?
- YouTube
- Shopee
- Tiktok
- X (Twitter)
- Threads
Di atas ini saya senaraikan beberapa media sosial yang wajib anda cuba ke SEMUANYA!!!!
Bila mahu mengiklan atau menjual barang, sila elak dari nampak memaksa untuk jual barang. Ada orang datang kepada anda mahu jual barang A, bakal pembeli akan rasa macam dipaksa beli sedangkan mereka tidak perlu pun barang tu. Guna logik lah. Anda hanya perlu buat video atau ceritakan tentang kelebihan produk tersebut dan kenapa produk tersebut membantu menyelesaikan masalah anda. Bakal pembeli akan beli jika mereka rasa produk tersebut menawarkan penyelesaian kepada masalah dan keadaan mereka. Seni menjual tanpa kelihatan memaksa.

Kena join program affiliate yang mana? Sebenarnya kita kena ikut trend lah. Zaman sekarang (2025) adalah zaman affiliate untuk Tiktok dan juga Shopee. Sila pastikan anda daftar dan ada kedua dua link program affiliate ini. Affiliate Tiktok fokus kepada video Tiktok sahaja. Cumanya sekarang sudah ada penawaran link url affiliate Tiktok. Share link, dapat klik dan ada sales, maka anda layak dapat komisen. Dan link url affiliate Shopee lebih luas. Boleh jana income dari affiliate video dan juga link url affiliate yang ada. Cubalah.
Daftar Shopee Affiliate & Tiktok
- [ Shopee ] – sila daftar program affiliate Shopee di sini
- [ Tiktok ] – sila daftar program affiliate Tiktok di sini
Media sosial adalah lubuk berkampungnya bakal pembeli. Ramai pengguna habiskan masa di media sosial. Ianya adalah teknik bagaimana anda meningkatkan potensi untuk produk yang anda iklankan untuk lebih mudah terjual. Jadi silalah share di pelbagai platform. Kunci untuk berjaya adalah KONSISTEN. Sila buat post dan share affiliate hari hari. Algoritma media sosial akan membantu posting atau video sharing anda untuk dapat lebih banyak tontonan dan seterusnya lebih banyak akan convert kepada sales. Tidak percaya? Cubalah buat dahulu 60 hari tanpa gagal. BYE!!!