Baru baru ini rakan kenalan saya masuk ke hospital Sunway di seberang jaya Pulau Pinang kerana masalah “slip disc”. Sebutan nama yang betul untuk hospital ini adalah Sunway Medical Centre Penang. Beliau sebenarnya sudah lebih dari 5 kali ke hospital kerana masalah kesihatan yang setiap satunya adalah berbeza. Dan sudah tentulah sakit slip disk ini adalah sakit kali pertama yang beliau alami. Dan masalah penyakit ini adalah masalah yang biasa saya dengar untuk orang zaman sekarang iaitu masalah sakit pinggang, rasa kebas kebas dan tidak boleh rukuk ketika sembahyang.
Rakan saya sempat menunjukkan kepada saya salinan gambar hasil MRI untuk tulang belakang beliau. Dan ternyata masalah tersebut memang disebabkan dari masalah slip disk. Jelas di situ gambar tulang yang sihat dan tulang yang sudah terkena slip disk. Tulang kecil sudah mencucuk urat saraf yang mengakibatkan rasa sakit pada kawasan pinggang. Jadi apa cadangan doktor? 2 sahaja samada buat rawatan fisioterapi atau buat operation jika dirasakan kes tersebut memang memerlukan pembedahan.
Ramai yang buat carian berkenaan slip disk, slip disc, sakit tulang belakang dan sebagainya. Sebutan yang betul adalah “Slipped Disc”. Saya bukan doktor dan sudah tentu saya tidak akan menceritakan tentang penyakit ini tentang bagaimana ianya berlaku dan bagaimana cara untuk menyembuhkan masalah sakit ini. Saya bukan orang yang tepat. Dan artikel ini adalah lebih kepada penggunakan insurans iaitu medical card. Adakah ianya membantu anda dari segi kewangan dan keselesaan di hospital?
Rakan saya mempunyai perlindungan insurans kesihatan dari tempat kerja. Malang tidak berbau, ketika beliau mahu gunakan kelebihan tersebut, pihak majikan (kilang) mahu rakan saya buat ujian MRI dengan kos tanggungan sendiri terlebih dahulu. Jika terbukti masalah sakit beliau berpunca dari slip disc, maka barulah kilang tempat beliau mahu menanggung kos rawatan perubatan tersebut. Masalahnya adalah, kos untuk buat MRI adalah RM1000 lebih. Maka beliau terpaksa menggunakan personal medical card yang beliau masih langgan sehingga kini. Dan kos buat check MRI ditanggung 100% oleh pihak insurans.
Apa pengajaran yang kita boleh ambil? Kadang tempat kerja kita memang menawarkan benefit untuk perlindungan kesihatan. Namun oleh kerana tekanan kewangan dan juga ekonomi membuatkan syarikat mengubah polisi asal dari menganggung 100% kos rawatan perubatan kepada kaedah perkongsian iaitu co-payment atau deductible iaitu berkongsi sedikit kos bil perubatan yang dikenakan. Kalau anda ada duit simpanan, maka bolehlah. Kalau tiada? Hendak langgan medical card pula sudah berumur tinggi dan sudah tentu kena bayar mahal bulanan. Apa alternatif yang ada?
Sebab itulah dari dulu saya suka ajak anda dan mereka yang termasuk di dalam keadaan seperti ini untuk melanggan pelan perubatan WE KONGSI. Setiap bulanan bayaran yang anda perlu bayar adalah dari RM0 – RM90 sahaja. Tidak akan lebih. Dan setiap bulan tidak akan sama. Ada lebih dan ada kurang. Terbeban tak? Jawapannya sudah tentu tidak!!!
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Saya bukan mahu paksa anda join We Kongsi. Tapi jika anda diluar sana yang sedang mencari pelan perlindungan kos rawatan perubatan yang “murah” bawah RM100 sebulan. Tidak akan naik sampai bila bila. Kelebihan sama macam guna medical card yang biasa. Jika itu yang anda cari, saya betul betul mahu jemput anda untuk daftar, langgan dan gunakan pelan We Kongsi ini. Ini jujur dari hati saya ya. We Kongsi mengunakan konsep sharing iaitu kongsi bayar bil perubatan hospital sesama ahli. Berminat sila klik link di atas ini ya. BYE!!!.