Apa itu WE KONGSI? WeKongsi adalah sebuah program perlindungan kesihatan jenis mampu milik kepada ahli dalam bentuk komuniti. Fahamkan elok elok ya. Ianya adalah program perlindungan kesihatan dalam bentuk komuniti. Mudah cerita ianya sama seperti kad perubatan iaitu medical card yang anda biasa sebut dan dengar. Sama sahaja. Yang berbeza adalah dalam bentuk komuniti. Saya berulang ulang kali menyebut perkataan komuniti, komuniti dan komuniti. Jadi anda faham kaitan antara medical card + komuniti?
We Kongsi cumalah sebuah syarikat yang menyediakan platform sahaja. Ahli yang menyertai ini akan membentuk komuniti. Ahli akan bersama sama bersama ahli yang lain di dalam komuniti ini untuk berkongsi membayar kos bil rawatan ahli di dalam komuniti ini sesama sendiri. Saya mudahkan cerita ianya sama seperti sistem khairat kematian lah. Ke semua ahli akan menyumbang wang yang dimasukkan ke dalam tabung. Dan ketika ada mana mana ahli di dalam komuniti menerima rawatan perubatan, maka wang di dalam tabung ini akan digunakan untuk membayar kos bil rawatan tersebut. Jelas? Faham? Ini adalah ringkasan lah.
Macam mana hendak menyertai program We Kongsi ini? Berapa modal, duit atau bayaran bulanan yang kena bayar? Mahal atau tidak? Saya ringkaskan melalui perkongsian di bawah ini.
Yuran Pengurusan (Management Fee)
- BULANAN (Monthly) – bayar RM40 setiap bulan ATAU
- SETIAP SUKU BULAN (Quarter) – bayar RM100 setiap kuarter ATAU
- SETIAP TAHUNAN (Yearly) – bayar RM360 untuk setahun terus
Bayaran fi yuran pengurusan/yuran keahlian BUKAN bayaran medical card perkongsian bil perubatan ahli ya. Bayaran ini adalah bayaran yang akan digunakan untuk mengurus We Kongsi oleh syarikat yang memperkenalkan program ini seperti bayaran staff, pengiklanan, sistem IT, komisen dan sebagainya.
Bayaran Bil Perubatan Hospital Ahli Komuiti
- Adam adalah ahli dalam komuniti We Kongsi
- Adam dimasukkan ke dalam hospital selama 5 hari pada bulan september
- Bil kos rawatan beliau berjumlah RM30K
- Ketika ini, ada seramai 1000 ahli berdaftar dan aktif
- Bil hospital Adam sebanyak RM30K ini dikongsi dengan ahli seramai 1000 orang
- Setiap ahli dikenakan sebanyak RM30 pada bulan september yang ditolak (deduct) terus melalui akaun tabung setiap ahli
Berdasarkan contoh kiraan di atas ini. Setiap ahli di dalam komuniti dikenakan kos sebanyak RM30 sahaja untuk berkongsi dan membantu membayar kos rawatan perubatan Adam.
Dalam program We Kongsi, syarikat menetapkan hanya maksimum RM50 sahaja yang boleh dikenakan kepada ahli di dalam komuniti. Kalau bil Adam adalah RM60K, jadi setiap ahli akan kena bayar RM60. Dalam kes ini, setiap ahli tetap kena bayar RM50 sahaja maksimum. Baki RM10 akan dibawa ke bulan depan (carry forward).
Kalau tidak ada mana mana ahli yang dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan. Maka tidak akan ada apa apa sumbangan pada bulan tersebut. Dengan kata lain bayaran bulanan yang dikenakan kepada setiap ahli adalah RM0 SAHAJA!
Tabung (Sharing Account)
- RM100 (Standard)
- RM200 (Deluxe)
Selepas mendaftar, ahli wajib memilih samada mahu menyertai tabung (Sharing Account) yang berharga RM100 atau RM200. Katakan anda pilih pakej standard iaitu RM100. Maka anda kena topup akaun tabung anda sebanyak RM100. Bil perubatan ahli yang dimasukkan ke hospital akan ditolak (deduct) melalui akaun ini. Anda hanya perlu topup akaun ini hanya ketika ianya di bawah RM50 sahaja. Jelas? Faham?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kesimpulan. Melalui kaedah komuniti ini, anda boleh mendapatkan perlindungan kos rawatan perubatan dengan murah iaitu mampu milik pada harga di bawah RM50 sebulan. Itupun bayarannya bukan sama setiap bulan. Ada lebih rendah dan boleh jadi tidak dikenakan apa apa perkongsian pembayaran jika tiada ahli yang dimasukkan ke dalam wad hospital. Berminat? Anda boleh mendaftar dan menghubungi saya melalui link di atas ini ya. Saya harap, program We Kongsi adalah pilihan anda. BYE!!!.