Skip to content

Wanwidget

Cara Jual Beli Rumah Dan Buat Duit Dari Rumah

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Boleh Trade-In Dengan Produk LG Subscribe

Posted on November 3, 2025 by admin

Di pasaran Malaysia, sewa beli produk perkakas elektrik dan elektronik sangat sinonim dengan jenama seperti Coway, Cuckoo, SK Magic, Chung Ho, Diamond, Amway, Nesh dan juga Elken. LG tidak pernah menawarkan produk mereka untuk dibeli secara sewa beli sebelum ini. Kemudian pihak LG masuk dalam segmen jualan seperti ini dengan nama LG Rent-Up pada tahun 2024. Dan pada tahun 2025 ini dijenamakan sekali lagi dengan nama LG Subscribe. Tidak kisahlah apa sebutannya. Yang penting ianya adalah proses sewa beli yang boleh bayar secara ansuran bulanan. Jelas? Faham?

Jadi apa kaitan antara jenama Coway, Cuckoo, SK Magic, Chung Ho, Diamond, Amway, Nesh dan juga Elken dengan tajuk kita iaitu berkenaan TRADE IN? Rasanya tidak perlu saya ulas maksud trade-in sebab rasanya anda akan terus faham sahaja. Cumanya di dalam kes LG ini, pihak LG berbesar hati untuk memberikan promosi kepada pengguna produk seperti Coway, Cuckoo, SK Magic, Chung Ho, Diamond, Amway, Nesh dan juga Elken untuk beralih menggunakan produk LG dengan ditawarkan diskaun sebanyak 50%. Menarik bukan? Anda berminat?

Nak Tukar Pakai Produk LG Secara Trade In

Cumanya untuk program trade in dari LG ini, pihak HQ hanya membenarkan produk “Water Purifier” dan juga “Air Purifier” dari brand yang dinyatakan sahaja boleh ditukar kepada produk LG yang dalam kategori produk yang hampir serupa. Bahasa mudah anda boleh dapatkan promo 50% dari produk penapis air brand A kepada produk penapis air brand LG. Anda juga boleh dapatkan promo 50% dari produk penapis udara brand A kepada produk penapis udara brand LG. Jelas ya. Saya simple kan lagi melalui ringkasan di bawah ini.

Jimat 50% bayaran bulanan jika trade-in penapis air brand lain kepada water purifier LG
Jimat 50% bayaran bulanan jika trade-in penapis air brand lain kepada water purifier LG

LG Promo Trade In OHSEM

  • 50% diskaun bayaran bulanan selama 12 bulan
  • Contoh langganan produk water filter LG di atas adalah RM100 sebulan
  • Tapi anda hanya perlu bayar RM50 sahaja sebulan selama 12 bulan
  • Baki kontrak perlu sambung bayar sebanyak RM100 seperti biasa

Kiranya jika anda berhajat mahu menggunakan penapis udara atau penapis air dari brand LG. Dan sekarang sedang menggunakan brand yang lain. Maka anda layak mendapat kelebihan promo ini dengan ditawarkan untuk mula membayar sehingga 50% bayaran bulanan selama 12 bulan. Jelas? Faham ya.

Cara Beli Produk LG
  1. [ Pricelist LG Subscribe ] – Klik link ini untuk dapatkan senarai harga bayaran bulanan produk LG
  2. Pilih produk yang diingini. 
  3. Pilih samada mahu langganan selama 5 tahun atau 7 tahun
  4. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.
    • Nama Penuh
    • IC
    • Nombor telefon
    • Email
    • Produk
    • Alamat rumah
  5. Berikan dokumen seperti gambar full produk lama dan juga serial number untuk membuktikan bahawa anda memang pemilik sebenar kepada produk tersebut untuk dibuat pengesahan sebelum layak membeli produk LG menggunakan kaedah trade in untuk dapat benefit 50% ini
  6. Sertakan dokumen asas seperti IC dan akaun bank aktif.
  7. Anda boleh menyemak status langganan anda melalui aplikasi LG ThinQ
  8. Jika berjaya, produk akan dihantar dan teknisen LG akan buat pemasangan di rumah anda
  9. Pembayaran bermula 1 bulan selepas pemasangan secara auto debit kad kredit atau kad debit

Ada banyak kempen promo yang dijalankan oleh HQ LG setakat ini. Ada year end sales LG, ada OHSEM LG dan ada trade-in LG. Masing masing ada kelebihan yang tersendiri. Tidak kisahlah yang mana. Jika anda berminat. Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini dan nyatakan apa yang anda mahukan. Saya akan layan pertanyaan anda selepas itu. BYE!!!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cards
Powered by paypal

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2026 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme