Ripple adalah sebuah perusahaan teknologi berasaskan BLOCKCHAIN. Syarikat ini memperkenalkan real-time settlement system, currency exchange dan remittance network untuk kegunaan institusi kewangan dan juga bank. Dan syarikat ini juga menghasilkan crypto yang bernama XRP sebagai native token. Jadi atas sebab hala tuju syarikat yang jelas yang akan menjadi pemain terpenting dalam industri kewangan dunia, maka saya terus beli XRP dengan matlamat jangka sederhana dan panjang. Sebuah peluang pelaburan ala baru dengan risiko 50/50 untuk berjaya.
Kenapa 50/50? Sebab industri berasaskan blockchain dan cryptocurrency sebenarnya agak asing bagi kebanyakkan orang awam. Malah masih tersangat ramai yang menganggap dunia crypto adalah scam terutamanya Bitcoin. Sebab itulah tidak hairan kalau ada orang merasakan individu yang membeli Bitcoin adalah bodoh kerana melabur dalam pelaburan yang scam. Alasannya adalah mudah. Apa kegunaan bitcoin? Jika tidak ada apa apa kegunaan, kenapa pula hendak beli bitcoin. Jadi sudah tentulah membeli bitcoin adalah tindakkan yang kurang cerdik. Itu adalah antara alasannya. Jawapan saya adalah persepsi yang salah dan kurang tepat ini berpunca dari kerana anda tidak ada ilmu berkenaan Bitcoin. Itu sahaja sebabnya.
Cara Beli XRP Di Malaysia
Berbalik kepada XRP. Kenapa kena beli XRP? Saya tidak suruh dan paksa anda anda untuk beli XRP pun. Saya hanya berkongsi pandangan sahaja. Tadi di atas saya sudah katakan yang syarikat Ripple adalah syarikat yang mencipta token yang bernama XRP ini. Dan syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menawarkan servis berbentuk real-time settlement system, currency exchange dan remittance network. Bahasa mudahnya, syarikat Ripple menawarkan penyelesaian kepada masalah transaksi kewangan.
Mungkin anda tidak tahu, tahukah anda bila anda mahu transfer duit ke luar negara misalnya, anda kena bayar cas transaksi yang mahal dan proses untuk wang tersebut sampai ke pihak penerima akan mengambil masa. Bila gunakan servis dari syarikat Ripple, masalah ini diselesaikan dengan mudah. Kos transaksi penghantaran duit ke luar negara menjadi terlalu murah. Dan proses transaksi untuk sampai kepada pihak penerima akan selesai dalam BEBERAPA SAAT SAHAJA. Dengan kata lain, memang betul pun Ripple mampu menawarkan penyelesaian transaksi dalam masa nyata (real-time settlement/payment).
Satu pertanyaan kepada anda. Anda biasa gunakan Maybank2U? Biasa gunakan CIMB Clicks? Dan anda pasti pernah gunakan servis DuitNow betul? Bila dan sebab apa anda gunakan fungsi DUITNow? Anda mahu gunakan DuitNow sebab mahukan proses pembayaran atau transaksi transfer secara INSTANT betul? Anda mahu duit yang anda transfer terus sampai kepada penerima betul? Kalau mahu transfer duit ke luar negara menggunakan CIMB clicks, anda kena guna fungsi SpeedSend betul? Jadi teknologi ini dari mana? Jawapannya adalah dari Ripple. Tidak percaya? Lihat sahaja gambar CEO Ripple bersama dengan Tengku Zafrul yang ketika itu menjawat jawatan penting dalam CIMB bank. Semua ini bukan kebetulan.
Jadi boleh untungkah kalau beli XRP? Jawapannya adalah 50/50. Saya lebih yakin kalau bercakap hendak membuat pelaburan yang menguntungkan, pastinya dengan membeli saham syarikat Ripple itu sendiri. Ketika artikel ini ditulis (July 2023), Ripple belum lagi menerbitkan IPO untuk penjualan saham syarikat mereka. Cumanya buat masa sekarang, jalan paling mudah adalah dengan membeli dan memiliki token yang bernama XRP. Biasanya perkembangan syarikat akan membantu menaikkan permintaan terhadap token nya berdasarkan sentimen. Macam mana hendak beli XRP?
Beli Coin/Crypto/Token
- [ Luno ] – beli coin XRP sah di Malaysia di sini
- [ Binance ] – beli pelbagai coin token termasuk XRP di sini
- [ TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/crypto di sini
Saya biasanya beli XRP di platform Luno sebab ianya berlesen dengan Bank Negara Malaysia. Dan kita bayar dengan matawang Ringgit Malaysia (RM). Seperti yang saya tulis di atas tadi, pelaburan dalam dunia crypto adalah dalam bentuk jangka sederhana dan panjang. Dunia kita sedang mengalami fasa pertukaran dari sistem kewangan global yang lama kepada sistem kewangan yang baru berasaskan teknologi blockchain. Ini pendapat saya ya. Boleh jadi betul atau tidak betul. Kalau betul, pelaburan kita ini boleh memberikan keuntungan dalam masa mendatang. Apa apa pun, please do your own research / DYOR ya. BYE!!!.